Story Mory Cik Lala

Wednesday, April 3, 2013

Demam pulak

Hari ni saya cuti sebab si kecik ni demam pulak. Dah berbulan bulan dah tak demam. Start demam since semalam. Dah bawa jumpa doktor. Dah on antibiotik sebab doktor kata tonsil dia bengkak.

Hari ni repeat jumpa doktor sebab nak ambik refer letter. Demamnya on and off. Lepas makan ubat atau masuk voren demamnya turun. Tiga empat jam kemudian demam tinggi balik. Ooo tak boleh jadi ni. Tengok keadaan dia malam ni. Kalau demam still tinggi nampaknya esok kena la refer kat Pusrawi jugak. Tak nak biar lelama sebab takut pulak melarat.

Walaupun demam aktif tetap aktif especially tang mulut tu. bercakap non stop. Menyanyi la bagai macam mak nenek.

Tadi doktor ambik darah sikit. Result darah putih memang agak tinggi menunjukkan ada jangkitan kuman. So mungkin ambik masa sikit nak response dengan antibiotik tu.

Landing dengan ibu kat sebelah sambil tengok otomen kat ipad


Doktor tengah ambik darah

15 comments:

  1. kalu anak sakit, kita sbg ibu risau jer..

    apa2pn moga cepat sembuh, jgn lupa makan ubat tau..

    ReplyDelete
  2. Get well soon Danial Amsyar....

    ReplyDelete
  3. semoga danial amsyar kembali pulih..

    ReplyDelete
  4. alahaii...moga cepats sembuh ye nak...
    kalu anak tak sehat kita akan susah hati kan kak...
    ishhh

    ReplyDelete
  5. Alahai siannya Amsyar, moga cepat sembuh ye sayang

    ReplyDelete
  6. Alahai kasihanya dia
    Makan ubat yek kasik cepat sembuh
    Ibu cuti rehat skali la kann

    ReplyDelete
  7. Harapnya hari ini dah beransur pulihlah ye..
    Tengok dia tidur sayu hati... kesian.

    ReplyDelete
  8. Moga Danial cepat sembuh ya...
    rajin2 makan ubat tau..:)

    ReplyDelete
  9. sama yang saya, kalau demam mak aih lambat nak kebah.hmm panas dalam kot kak?dah cuba bagi air badak?

    ReplyDelete
  10. ala kesiannya..moga cpt smbuh....

    ReplyDelete
  11. kalau anak demam mmg susah hati kan...

    ReplyDelete
  12. anak buah aida pun baru lepas demam.. hari tu dekat seminggu juga dia demam.. sawan, lepas makan antibiotik dan minum air putih banyak Alhamdulillah dah sihat sekarang.. musim barangkali sekarang nie.. Hope danial amsyar sihat cepat2.. :)

    ReplyDelete
  13. siannya dia...aunty doakan semoga cepat sembuh ya...

    ReplyDelete
  14. Kalau anak demam ni mmg tak senang dudukkan IL...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.