Story Mory Cik Lala

Sunday, December 28, 2014

Sekolah dah nak mula


                                     

                        

Seperti biasa bila sekolah dah nak mula mak mak la yang bertungkus lumus tulis nama atas buku anak anak. Kalau nama tu pendek okey la kan. Zaman sekarang ni nama anak anak panjang meleret leret. Padan muka mak mak penat nak tulis.

Tahun ni tak mo pakai cop cop dah. Print aje lepas tu tampal. Lagi senang. Tapi kena rajin menggunting la pulak. Rajin tak rajin kena buat la jugak. Hasilnya puas hati.

                      

Wednesday, December 24, 2014

Pray for Pantai Timur


SMK Manik Urai. 

Ya Allah. Kesian sangat tengok gambar ni. Menurut info mangsa banjir sekarang berada di tingkat 4. Moga bantuan kepada mereka cepat sampai. Moga mereka selamat semuanya.


Moga hujan yang turun segera berhenti. Moga Allah selamatkan mereka semua.

Monday, December 15, 2014

Sekolah dah nak buka

Sekolah dah nak buka. Last 2 wèek sempat pegi beli baju sekolah Zafran memandangkan dia nak berkhatan Sabtu ni 13 Disember 2014. Nak tunggu sembuh nanti lambat pulak. Kalau lambat mula la baju dan kasut sumenya tak de saiz. Memang tiap tiap tahun saya akan beli awal awal. Tak suka buat persediaan last minit. Last week pun pasaraya yang jual baju sekolah ni dah start sesak.

Baju dengan kasut sekolah wajib beli setiap tahun sebab baju yang ada tu jangkahayatnya memang pakai setahun je. Baju yang putih tu dah jadi cam kaler belacan. Ater cane nak pakai lagi tahun depan kan. Setiap tahun memang beli baju sekolah kebangsaan 3 pasang (RM35 sepasang). Baju sekolah agama 2 pasang (tak ingat berapa harga). Kasut putih 2 pasang (RM26 sepasang). Stokin 3 pasang. Sampin 3 helai sebab sampin tahun lepas dah koyak rabak. Treksurt sukan T90 3 helai. Tshirt sekolah (belum ada stok). Lencana dan tanda nama memang tahun lepas dah oder banyak banyak. Senang nak jahit kat baju baru nanti. Buku sekolah pun dah beli Jumaat lepas. Alat tulis pun dah shopping kat Mydin Ahad lepas. Tinggal sikit sikit je lagi barang sekolah yang perlu dibeli. Settle awal awal tak perlu nk pening kepala dah. Sekarang pun dalam proses nak balut buku mana yang dah ada. Nanti tak la kelam kabut sebab nak kena balut buku kakak yang darjah 5 jugak. Untuk label nama kat buku tulis tu saya taip je kat komputer lepas tu print atas kertas sticker dan tampal salotep diatasnya. Fungsi guna kertas sticker tu supaya label nama tu tak tercabut. Kalau nk print atas kertas A4 biasa pun boleh lepas tu tampal dengan salotep. Tapi rasanya kurang berkesan sebab nanti salotep tu akan tercabut. Alah kertas sticker tu pun RM5.90 je untuk 10 helai. Atas satu kertas sticker tu boleh buat nama dan kelas sepenuh penuh page. Jimat kan. Korang pulak buat macam mana?

Saturday, December 13, 2014

13.12.2014 - tarikh keramat saya jadi dewasa


Bertarikh 13.12.2014 anak teruna saya dah bersunat. Lega bila dah settle semuanya. Buat kat Gombak Medical Centre dengan bayaran rm150 sahaja. Buat secara local bius laser dan jahit.


Rupa rupanya pada hari ini juga ada group kanak kanak yang akan bersunat jugak anjuran Perwanis. Seramai 40 orang yang berdaftar dalam group ni. Patut ka semalam nurse calk suruh datang awal sebab ramai katanya. Ingatkan tak la ramai mana. Hari ni saja yang nak berkhatan dari group ni ada 40 orang. Yang berdaftar dengan GMC sendiri ada 10 orang. Anak saya daftar sendiri dengan GMC. Sebab tu la turn dia cepat.



Thursday, December 11, 2014

Majlis anugerah 2014


Tema Arab.


Suka tengok bebola yang tergantung tu. Plan nak buat macam tu jugak untuk birthday anak anak nanti.


Dah tema Arab haruslah makanannya nasi arab. Terlalu banyak makanan sampai tak habis dan tak cukup meja nak hidang. Walau macam mana pun rezeki untuk yang suka tapau makanan bawa balik rumah.


Ini lah teamwork saya. Ada lagi 3 orang yang tak de dalam ni. Yang sorang lagi tu ofkos la boss kan. Harus la takde dalan gambar ni. Sorang cuti cuti kasih sayang dan sorang lagi duduk kat meja lain.

Sape terror cer teka mana satu saya. Hi hi hi. Comel tak  Kak Ton? Bila duduk dengan orang orang kurus terasa gemoknya diri ini. Huh sentap jap.

Wednesday, December 10, 2014

Jawapan kek dalam kotak


Coklat Indulgence

Pemenang pemenang yang berjaya meneka dengan betul ialah :

1) Engku Muzahadin
2) mama tisya
3) aryan azra
4) Mar Mansor
5) Syuhada Salleh
6) Nora Karim

Kepada kawan kawan yang tersenarai di atas, sila emailkan nama, alamat dan no telefon anda ke

rohana.athmad@gmail.com

Tahniah

Tuesday, December 9, 2014

Heppi birthday ibu


Suprise bday party dari anak dare untuk ibunye. Elok saya masuk rumah je suruh saya tengok tv la bagai. Konon konon nk suprise lah tu. Dah tahu sangat.

Happy birthday to me


Alhamdulillah. 

Terima kasih ya Allah sebab memberi kesempatan untukku menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 39 pada hari ini.

Friday, December 5, 2014

Batuk o batuk

Batuk o batuk
Danial ni dah lama batuk
Hampir 2 bulan dah kut
Pagi pagi kerap batuk
Koh koh koh
Antara tengah hari ke malam tak berapa kerap dah
Tapi still batuk lagi
Dah bagi ubat batuk prospan dan ventolin
Dah ambik nebulizer
Pun masih tak hilang jugak

Ada tak petua macam mana nak hilngkan batuk ni
Sekarang ni saya memang hari hari bagi danial madu
Dengan gula melaka
Ada terbaca petua dalam gugle yang gula melaka boleh hilangkan batuk berkahak
Sekadar mencuba je la
Harapnya danial cepat sembuh

To all of you
Ada tak petua petua lain nak hilangkan batuk ni

Danial ni sejak usia 2 bulan memang ada bronchitis
Memang selalu masuk wad because of bronchitis ni

Thursday, December 4, 2014

Sunat o sunat

Anak saya yang no 2 tu umo 8 tahun
Sebuk nak sunat tahun ni jugak
Kawan kawan ramai yang dah sunat katanya
Makanya dia pun eksaited nak sunat jugak
Masalahnya sekarang saya tak plan pun nak sunatkan dia tahun ni
Memang tak ada booking kat mana mana pun
Tup tup dia kata nak sunat dalam masa terdekat ni
Mak oiii
Dia ingat boleh sunat camtu aje kot
Pi klinik sunat pastu terus balik
Mak dia ni pun terpaksa la cari pakcik gugle
Nak cari teknik sunat yang paling tak sakit
Kebanyakkan yang ada tak buat teknik smart clamp
Yang ada laser dan jahit saja
Kalau kat hospital ada la
Kat hospital pun kalau sunat biasa bius setempat pun dah cost RM499
Itu rate kat Pusrawi la
Kalau bius penuh satu badam RM935
Tak kisah la dari segi harga
Asalkan anak selamat dan tak sakit
Tak sanggup nak tengok anak meraung raung kesakitan

Korang yang dah biasa sunat anak
Buat cara apa ye.
Laser, potong atau smart clamp

Bila ada anak lelaki mak dok pening pikir pasal nak sunat anak la pulak
Hu hu hu

Kalendar 2015 lebih


Sape ada kalendar meja 2015 lebih hulur hulur la sikit kat saya ye.

He he he. Muka tak malu.

Wednesday, November 26, 2014

Alang alang tengah murah


Dah alang alang ada diskaun kan rembat 3 terus. Beli jenama lain lain sebab sumenye first time nak cuba. Antara ke tiga tiga tu bedak clear smooth tu paling murah. Ada diskaun 35%. So harganya jadi RM12++. Bedak pixy tu harganya RM15++ after diskaun dan bedak bb silky white tu RM14++ je.


Selalu pakai bedak ni je. Tapi susah nak beli sebab kena tunggu ada promotion baru boleh beli kan. Sebab tu la bertukar kepada bedak bedak yang kat atas tu. Nak try mana satu yang sesuai.

Korang pulak suka pakai bedak apa.

Saturday, November 22, 2014

Internet kat rumah


Kat rumah ni memang susah nak dapat internet. Internet ada tapi kat atas sekali. Kalau lepak kat bawah memang selalu la tak dapat internet. Kalau nak internet full kena dok atas. Tapi nak makan nak minum semuanya kat bawah. Tak kose nak bertapa kat atas. Kat atas tu naik untuk tido je. Dalam sebulan ni pulak Cik Lala tak boleh turun naik tangga. Nak kena jaga jugak luka jahitan tu. Takut naik turun karang terbarai pulak jahitan. Jenuh pulak nak pi repair bagai nanti.

Kat rumah ni line maxis ke celcom ke apatah lagi digi memang nan hado. Rumah atas bukit tapi line hampeh. Memang kalau orang call memang la tak dapat. Kalau dah line pun tak de apatah lagi internet kan.
 
Nak upload entry ni pun berkali kali cuba baru dapat. 

Thursday, November 20, 2014

Second last day school











Hasil kerja 2014. Ada banyak lagi benda dalam kotak tu. Tapi tak sempat nak ambil gambar sebab dah dipunggah oleh kakak dan abang Danial.

Rasa berbaloi jugak hantar Danial ke Tadika Little Caliphs ni. Memang la yurannya agak mahal iaitu RM230 sebulan. Tapi hasilnya cukup memuaskan. Kat sekolah Little Caliphs ni anak anak kita diajar solat wajib dan solat sunat dhuha. Bacaan dalam solat, doa dan surah surah lazim turut diajar. Danial ni setiap hari dia akan baca surah surah yang dia belajar kat tadika bersama sama dengan doa. Doa dhuha tu selalu dia menyanyi kat rumah. Dalam dok saja saja sambil main tu dia akan berzikir dan mengaji. Dia jugak selalu tanya macam ni. "Ibu, pokok tu Allah yang buatkan."

Banyak lagi saya nampak progress Danial sejak belajar kat sini. Tak pe lah bayar mahal sikit asalkan ilmu yang anak dapat tu berguna untuk dunia dan akhirat. 

(Kalau ada idea lagi nanti saya sambung ye).

Appendiks


Kena appendiks ni tak semestinya demam, muntah dah jalan sampai terbongkok bongkok. Macam Nabila ni cuma sakit perut je pada asalnya. Tapi dia aktif, lalu makan dan boleh berjalan macam biasa. Tapi dalam sehari banyak kali dia komplen dia sakit perut sampai dah tak larat nak dengar. Dia kata kalau time  sakit perut tu rasa perut macam nak pecah. Eii ngeri pulak dengar kan.

Nasib la cepat bawa dia pergi cek kat hospital. Doktor kanak kanak yang merawat dia kata 90 percent appendiks. Doktor yang buat ultasound pun suspek appendiks. Dan doktor pakar bedah kanak kanak juga suspek appendiks. Masa buat scan tu tak nampak appendiks tu sebab usus nabila banyak angin.

Ahad 16 Nov 2014 jam 11.30 pagi Nabila ditolak ke bilik bedah. Jam 12.30 tengah hari dah selamat ditolak ke recovery room. Dan di transfer ke wad jam 1.50 petang. Alhamdulillah sumenya berjalan dengan lancar. Hari Rabu 19 Nov 2014 dah discaj. Terima kasih ya Allah.

Pada hari Isnin, disaat saya menjaga Nabila di wad, anak kedua saya pulak call mengatakan kakinya dihempap dengan pagar sekolah. Pagar tu agak besar. Maklum la pagar surau aka sekolah agama. Saya minta ayahnya bawa dia cek up di klinik dan buat x ray. Nasib baik tak retak dan tak patah. Tapi kakinya ada luka kecil. Hari ni alhamdulillah. Nampak kakinya pun dah ok. Bengkak pun dah semakin kurang.

Wednesday, November 19, 2014

Nasi lemak sedap di Pusrawi




Suka beli nasi lemak ni kalau datang pusrawi. Nasi lemak yang sedap. Harganya lupa nak tanya. Sape yang duduk kat kampung pandan tu boleh terus beli kat rumah. 

Yeay dah boleh balik hari ni. Luka operation pun dah nampak ok. Alhamdulillah.

Monday, November 17, 2014

Dah selamat operate



Dah selamat operate semalam Ahad 16 Nov 2014. Masuk ot room jam 11.38 pagi. Keluar ot room jam 12.30 tengah hari. Naik ke wad biasa jam 2.00 petang. Dr betugas ialah Dr Zulkifli bin Haji Laidin. Appendiks dah merah dang bengkak. Nasib tak pecah. Nasib cepat buat operation.


Ni gambar sebelum operation. Dah ready tukar baju. Tunggu masa je nak tolak ke ot room.

Saturday, November 15, 2014

Nano cooling gel


Dulu masa kecik kecik saya peminat setia minyak cap kapak. Selalu rasa pening kepala. Bila dah keje tak de lah usung minyak cap kapak tu ke hulu kehilir sangat. Tapi tetap kena ada simpan kat rumah.

Sejak kena vertigo hari tu jatuh cinta pulak dengan nano cooling gel ni. Sebelum ni guna minyak Fatihah yang oder dari Kelantan. Tapi minyak tu takde stok buat masa ni. Jumpa pulak dengan gel ni. Okey jugak. Sejuk je bila roll on kat kepala tu.

Tapi tak tahu gel ni ada jual kat mana. Dapat pun dari kampung. Ada tak sape sape pernah jumpa gel ni.

Nabila warded

Tengah skype dengan kawannya.

Boring dan lapar katanya. Last makan pukul 9 pagi tadi.

Sempat lagi buat loom band.

Warded kat Pusrawi Jalan Tun Razak. Dr kat sini pun suspek appendiks. Sekarang ni tengah tunggu pakar bedah datang cek. Kalau confirm appendiks kena terus buat operation. Kawan kawan doakan ye moga dipermudahkan semuanya. Datang ni pun sehelai sepinggang je tak bawak baju bekal. Selalu tu memang spare siap siap dalam kete. Hari ni pulak terlupa.


Friday, November 14, 2014

Vertigo

Baru hari ni masuk keje minggu ni. 4 hari tak keje. Hari isnin bawa nabila cek up. Hari selasa pulak saya mc kena vertigo. Hari rabu bawa danial follow up. Hari khamis sambung mc lagi sebab vertigo tak hilang hilang. Vertigo ni kalau tak kena ubat dia memang la tak hilang. Semalam baru teringat nama ubat untuk vertigo tu. Nama ubat tu stugeron. Tapi doktor bagi ubat nama Cinna. Katanya nama lain bagi stugeron. Ubat ni kan ada macam macam nama. Dah makan ubat tu baru lega. Kalau tidak seluruh alam nampak berpusing. Pejam mata ke buka mata ke sama saje. Kalau pejam mata lagi nampak dunia ligat berpusing. Hari ni baru lega sikit.

Apa itu vertigo?

Vertigo is the feeling that you or your environment is moving or spinning. It differs from dizziness in that vertigo describes an illusion of movement. When you feel as if you yourself are moving, it's called subjective vertigo, and the perception that your surroundings are moving is called objective vertigo.

Unlike nonspecific lightheadedness or dizziness, vertigo has relatively few causes.

Sakit appendiks tu macam mana


Hari selasa 4 November 2014 nabila call dari sekolah. Katanya sakit perut sangat sangat dan dia nak balik. Ayahnya pun jemput dia balik dari sekolah dan bawa dia ke klinik. Di klinik doktor bagi ubat gastrik dan ubat angin.

Sakit perut tu masih berulang lagi sampai la hari sabtu. On and off. Hari sabtu 8 November 2014 tu saya bawa nabila cek up kat hospital Columbia Asia. Hasil ultrasound tak nampak sakit apa apa. Tapi bila doktor tekan kat bahagian appendiks tu dia komplen sakit. So lepas tu refer pulak dengan doktor bedah. Doktor pun tekan kat bahagian appendiks tu jugak dan dia komplen sakit kat situ. Doktor pun tak tau nak cakap nabila sakit apa dan dia suggest for operation. Doktor hanya cakap besar kebarangkalian appendiks. Saya mintak balik dan nak pikir dulu apa keputusan yang harus saya buat. Takkan nak simply operate sedangkan doktor pun tak pasti nabila sakit apa.

Hari isnin 10 November 2014 saya bawa nabila cek kat hospital pakar uitm pulak for the 2nd opinion. Doktor uitm kata bukan appendiks sebab nabila aktif berlari ke sana ke sini. Kalau appendiks dia mesti muntah muntah dan tak boleh jalan dah sebab sakit sangat. Hasil urine dan blood test memang ada sedikit infection dan doktor bagi antibiotik augmentin untuk dimakan selama 5 hari.

Hari ni pun masih sakit perut lagi. Tak tahu nak buat apa dah. Ada tak sape sape yang ada pengalaman having appendiks kat sini. 

Wednesday, November 5, 2014

Doa bahagia suami isteri

Parking punya cerita


Sejak dah tak boleh parking kat depan stesen komuter batu caves saya susah nak pi keja. Hari ni hari pertama saya parking kat dalam kawasan kuil yang dalam gambar tu. Pagi tadi yang saya nampak semuanya kete kete pemilik india. Mungkin jugak kete kete cikgu sekolah tamil kat situ atau mungkin jugak kete pengguna pengguna komuter. Anjing berkeliaran kat area situ sampai takut saya nak jalan dibuatnya. Nak pulak ada anjing yang dok perati time kita berjalan tu.

Jauh disudut hati saya berharap ada jugak melayu yang parking kat situ. Tak lah saya sorang sorang saja. Tak sabar nak balik petang ni. Nak tengok ada melayu lain tak yang parking kat situ selain saya. Kalau ada jugak yang lain baru lah lega rasa hati.

Wordless Wednesday


Semalam petang balik keje tengok moto tecik ni sebuk je parking sebelah moto ayah dia. Cam la si kenit tu pi sekolah bawak moto kecik dia tu.


Dah addicted pulak dengan goreng pisang cis coklat ni. Memang sedap. Masa mula mula beli rasa cam tak best sangat. Tapi bila dah selalu beli rasa cam sedap pulak.