Thursday, September 27, 2012

Suke sangat dengan hadiah ni...

Henbeg baru hadiah dari encik hubby. Baru 2 hari guna. Berseri seri lagi. Actually sayang gak nak guna.Tapi beg yang ada pun dah koyak. Maka eloklah digunakan pun. Ntah la muat ke idak nak isi mak nenek kat dalam tu. Henbeg baru ni guna untuk pakai pi keja je. Kalau time keluar dengan hero heros ku, memang la tak muat beg secomel ini. Nak isi pampers lagi, makanan la, tisu la, puting kosong la dan lain lain barang lagi.





Nanti nak cari lagi satu yang lebih besar supaya dapat isi banyak barang kat dalam tu. Baru la meriah sampai bahu pun senget sebelah.

Segmen : Follow And Follow

Klik banner di atas untuk join.


Tuesday, September 25, 2012

BLOGLIST KESUMA ANGSANA



Jom klik banner kalau nak join.

Saya suka blog KA yang
simple dimple nih.
Blognye yang bewarna hijau
membuatkan mata segar bugar.
Tak ngantuk nak buat keje
lepas melihat kehijauannya.

Skateboard owh skateboard

Beriya riya anak anak ajak pegi Giant Ahad lepas semata mata nak beli yang ni. Zafran memang suka sangat dengan skateboard. Dari yang mini sampai la skate board yang 2 roda tu, sume dia ada. Nanti ai snap gambarnya ye. Memang dia suka buat koleksi. Yang 2 roda tu, orang besar pun belum tentu boleh main. Tapi Zafran selumber je. Mulanya ai takut nak belikan skateboard yang 2 roda tu. Takut dia tak pandai main. Lepas beli tu, hanya 2 atau 3 kali praktis je, dia dah terror. hurm..kagum kagum. Dalam hati ai pikir, patut la dia beriya iya sangat nak sebab dia tahu kebolehan dia.



Yang si adik pulak tak habis habis dengan otomen dia la. Masa Zafran kecik kecik dulu, Zafran tak pandai membeli. Bila orang tanya Zafran nak beli apa, sume dia geleng kepala. Dapat kat adik, sume dia nak. Adoiii..hari hari keluar rumah, hari hari la nak beli menan. Nanti ai snap gambar koleksi menan adik pulak. Otomen kecik, sedang, besar sumenye ada. Kalau pegi kedai menan kat chowkit tu, maka berbakul bakul la hasilnya.



Anak la anak..

Pening kepala mengadap buat benda nih. Buat setengah hari pun tak complete jugak. Aduhai Zafran nih, len kali jangan la beli menan yang complicated macam nih. Darah tinggi ibu dibuatnya. Ayah lagi la tak boleh tengok. Penin katanya. Ibu jugak yang kena jawap.

Ada tak sape sape yang tahu kat mana ada jual menan roller coaster??




Monday, September 24, 2012

Minat sangat

Minat sangat la dengan spiderman
superman, otomen tu ha
kat rumah macam macam man dah ada
dari anak sampai la
ke atuknye
tak pernah jemu

Saturday, September 22, 2012

Nak try jugak

Zafran dapat hadiah roller blade
masa harijadi hari tu
adik pulak dapat baju dan seluar.
nak belikan roller blade pun
adik kan kecik lagi
kang buatnye terjatuh
patah pulak sana sini
tak ke haru dibuatnya


Thursday, September 20, 2012

Celebrate birthday boys

Celebrate birthday boys on 16 September hari tu. Danish lahir 12 September, Danial pulak lahir 6 September. Kalau sama tarikh kan bagus. Waktu bersalinkan Danial awal 3 minggu dari tarikh jangkaan. Tu pun hari hari ai cakap kat Danial suruh dia keluar cepat sebab ai dah tak larat sangat. Jadinya ada beza 6 hari tarikh kelahiran abang dan adik. Asalkan September jugak okeylah tu. Senang nak celebrate sekali.

Ada kawan ai pulak, dia pilih bulan lain lain untuk kelahiran anak-anak dia. Yang pertama tu lahir bulan Mac, yang kedua lahir bulan April dan yang ke tiga lahir bulan Mei. Makanya tiap tiap bulanlah celebrate birthday kan. korang pulak macam mana?? 

Ni hadiah Danial. Suke sangat dia dapat hadiah ni.


Kek pilihan Danish - Kek Red Velvet








Kek pilihan Danial - Kek Carrot Walnut

Menu :
Mee Udang, Satay dan kuah kacang, Nasi impit, Lemang dan rendang, Cream Puff, Kek Carrot dan Red Velvet, Agar agar laici, air sirap ais dan teh tarik.

Jom kita simpan duit raya anak anak

Setiap kali raya tiap tiap tahun pening nak menghandle duit raya anak-anak. Mana taknya, sume duit raya derang ibu yang kena simpan. Dapat kat ayah pun bagi ibu simpan gak. Nak simpan duit anak, duit ibu lagi, kadang-kadang duit ayah pun ibu gak kena simpan. Hurm. Tugas ibu ni bukan setakat menjadi seorang ibu malah menjadi Menteri Kewangan jugak di rumah.

Pagi tadi ai baru berjaya memasukkan duit raya anak-anak ke akaun Tabung Haji. Dapat tak banyak pun. Tapi kalau yang sikit tu disimpan lama-lama jadi banyak jugak kan. Budak-budak ni akaun Tabung haji ada, Ambank ada, Bank Rakyat pun ada. Cadangnya bila ai cuti nanti nak keluarkan duit deme deme ni dari akaun Bank Rakyat dengan Ambank dan nak masukkan kat Tabung Haji. Tambah sekarang ni pulak urusan Tabung Haji ni boleh buat kat Bank Islam. Senang la sikit aktiviti menabung tu.

Korang pulak macam mana. Dah simpan duit raya anak-anak. Ke dah habis 'terguna'. Hi hi hi. Kalau dah terguna tu jangan lupa ganti balik tau bile ada duit nanti. Besa la jadi parents ni, memanjang 'sesak' kan. Anak-anak je yang tak tahu sesak.


Friday, September 14, 2012

Mengidam nih!!!

Angan-angan ke cita-cita
bestnye kalau dapat nih
agak agak boleh dapat tak


SAN FRANCISO – Apple melancarkan iPhone 5, yang lebih kecil dan ringan serta sejumlah ciri-ciri terkini, tersenarai dalam kategori 4G, pada satu majlis yang dinanti-nantikan dunia, di sini semalam. Produk terbaru ini 18 peratus lebih tipis dan 20 peratus ringan berbanding iPhone 4S. Apple berkata iPhone 5 akan berada di pasaran mulai 21 September ini. Apple mendakwa telefon pintar terbaru ini sebagai yang paling tipis dalam dunia buat masa sekarang.

Naib Presiden (Pasaran Sedunia) Apple, Phil Schiller berkata, ia mempunyai skrin yang lebar iaitu paparannya sehingga empat inci berbanding 3.5 inci sebelum ini, dan beratnya pula 112 gram iaitu 20 peratus lebih ringan berbanding iPhone 4S. Ia membawa kamera 8 mega pixel dan resolusinya 1136 x 640. Lebarnya 2.4 inci manakala tingginya 4.9 inci dan setebal 7.6mm. Selain itu menurut Schiller, iPhone menggunakan pemproses A6 yang lebih baik, memiliki kuasa memproses dua kali lebih pantas berbanding komponen sebelum ini dan disertakan penghubung 4G LTE sesuai dengan platform 4G.

“iPhone baru beroperasi menggunakan cip A6, bermakna anda boleh mengendalikan foto, muzik dan pelbagai aplikasi dengan cepat,” katanya lagi.

Apple juga dilaporkan telah memperbaiki jangka hayat bateri dan menyediakan ciri-ciri kamera yang lebih baik. Ia juga dikatakan mempunyai tiga mikrofon. Produk terbaru ini boleh diperoleh dalam warna putih dan hitam. Pratempahan bagi iPhone 5 akan bermula Jumaat ini. 

Uolls guna phone apa dan 
apa yang syok dengan tepon
yang uolls guna tu.
Jom share

Thursday, September 13, 2012

Nuffnang owh nuffnang

Sepanjang berblog
ini je yang ai dapat setakat ni
pelik bin hairan bila orang lain
boleh dapat amount yang banyak
tak reti bin tak pandai pun ye jugak
ada sape sape yang boleh
tolong ajarkan tak
jeles tengok kengkawan
yang kejap kejap dapat check
lagi satu nak tanya
macam mana cara nak ambik
gambar screen yang tertera
di atas pc tu ek



Terima kasih daun keladi

Subhanallah

Cer tengok gambo ni
Macam rupa kepala ikan kan..


Subhanallah..

Wednesday, September 12, 2012

Rasa fobia pulak

Alhamdulillah
lepas 3 hari hantar kat kedai
kete saya dah pun siap
cuma gambonye saje yang
tak de kat sini
rasa fobia jugak nak drive
lepas kejadian Rabu lepas
tapi sampai bila nak fobia
tak boleh bergerak ke mana la
kalau tak boleh nak drive sendiri
nak harapkan encik hubby
dia pun banyak keje lain
yang nak dibuat

Wednesday, September 5, 2012

Remuk Hatiku

Remuk hatiku sebagaimana 
remuknye kete ku
kejadian berlaku pagi tadi
masa nak hantar Nabila pegi sekolah











Estimate cost untuk 
repair benda ni
boleh tahan la jugak
mau meraung dibuatnya
tapi pasrah je lah
mudah mudahan ada hikmah 
yang lebih baik
yang Allah bagi




8th GiveAway (GA)


Jom join GA paling menarik




klik sini kalau nak join


Due 25/9/2012