Nak tanya la kawan kawan yang terror bab bab masak ni. Kenapa kadang kadang kita masak sambal tapi sambal tu tak kaler merah ek. Jadi cam kuning kuning sikit especially bila kita blend cili tu sekali dengan bawang. MIL kata masukkan gula siap siap masa menumis tu. Dah try pun tapi still tak kaler merah jugak. Sampai kadang kadang tu saya campo dengan kicap sikit sebab nak bagi kaler dia merah merah gelap. Tak tau la betul ke tak cara saya tu.
Lagi satu nak tanya macam mana nak tau cili kering tu pedas ke tak ek. Biasanya kalau beli kat kedai mesti tokey kedai tu bagi cili yang pedas jugak even kita dah bagitau yang kita nak cili yang tak pedas. Kadang budak sampai tak boleh makan kalau cili tu pedas sangat. Usah kata budak. Saya pun tak lalu nak makan kalau sesuatu masakan tu pedas sangat.
x pasti pulak kite cik ana
ReplyDeleteselalu kite buat sambal mmg merah jek, kita pon biasa blend skali cili ngan bawang tu
org kate kalau cili yg licin jek pedas, pilih yg kerinting2 tu kurang pedas
sy tumis cili pon mmg siap2 ngan bawang..kaler merah jer jadiknya..musykil gak ley jadik kaler kuning...xpasti la kak..
ReplyDeletekalo nak taw cili tu pedas, permukaan cili tu berkilat..kalo xpedas yang menggerutu sikit..itu pemahaman say la...
kena masak cili tu lama kak ana... sampai naik minyak... baru le cili tu warna gelap2 sket dan lebih sedap....
ReplyDeletecili kering ada mcm mcm jenis.
ReplyDeletesetengah tu dorng tgk kalau nk hitam sgt tu kurang pedas, merah sgt tu pedas katanya.
so far setakat ni saya beli mmg pedas la. tp xla pedas sgt.. kalau pedas sgt kurangkan kuantiti masa masak tu la.
kalau masukkan gula masa menumis tu, nak cepatkan cili & bwang tu garing.
kalau mcm sy selalunya, sy rebus cili kering tu dulu, pastu blender dgn air +minyak sikit .smpan dlm bekas. bila nak guna terus cmpur dgn bawang kisar..
lagi satu masa masak pastikan minyak cukup dgn cili yg diletakkan tu. kdng kdng bila minyk x cukup cili td x pecah minyak.
so, bila masak sambal pstikan betul betul pecah.. in shaa Allah..