Story Mory Cik Lala

Monday, February 17, 2014

Nak ponteng lagi

Tadi anak no 2 saya call. Tak nak pergi sekolah kalau pening katanya. Saya kata tak boleh sebab Jumaat lepas dah ponteng. Anak anak ni ada je alas an kan kalau tak nak pergi sekolah. Setahu saya dia tak de homework yang belum disiapkan. Selalunya kalau homework tak siap ye la tak nak pergi sekolah. Tapi  bila bagi duduk kat rumah kemain sihat lagi. Melompat la bagai. Suka bergaduh dengan adik yang tak tahannya.


Sekarang ni tak tahu la apa cerita dia. Kejap lagi baru nak call rumah tanya dia pergi sekolah ke tak. Melampau la pulak sampai 2 hari nak ponteng kan. Kalau tak diikutkan haruslah mengamuk tu. Hai lah anak.

8 comments:

  1. hai cik lala..
    gitewlah guper anak2 zaman sekarang ni..pening jew tak mau pi sekolah..
    sy pon tak galakkan kat anak2 sy untuk sentiasa ponteng ke sekolah..bukan apa takut dorang tertinggal mata pelajaran kan !..

    bab gaduh adik badik tu sama peel anak2 sy juga..stres jugak dibuatnyer hehe..

    ReplyDelete
  2. Betul tu akak. Kadang-kadang balik dari kerja kita kena pantau juga kerja sekolah anak-anak macam yang akak buat tu. Bagi nasihat untuk anak-anak. Insyallah lama-lama mereka akan rajin dan bergerk sendiri tanpa kita suruh.

    ReplyDelete
  3. kalau boleh jangan biasakan kak... hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. macam2 peel anak ni kan..terus ingat saya zaman sekolah dolu

    ReplyDelete
  5. Macam-macam ragam anak zaman sekarang kan..kita kena pandai handle..kalau tak,habis,semua nak diikutkannya..hehee

    ReplyDelete
  6. Anak saya pun sama, kalau demam minta cuti sekolah konon. Pastu dok rumah, sihat aje. So bila sekali terkena, saya beritahu dia mesti jumpa doktor minta MC lepas tu saya nak minta doktor cucuk punggung supaya sakit cepat baik. Teruslah sihat angkat beg nak pergi sekolah!

    ReplyDelete
  7. jgn diikut sgt. suka pulak nnti ponteng kan

    ReplyDelete
  8. kalo ank sy da kena jerit!! sori... no ponteng2!!! (mak garang cam singa, gini la..)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.