Wednesday, February 19, 2014

Alhamdulillah ada jugak orang ingat

Asik dengar orang je pegi Mekah. Bila tuan tanah pulak nak pegi kan. Insya Allah. Dalam perancangan tu. Moga Allah permudahkan niat yang suci ni.
Pagi tadi ada anak jiran tumpang kete nak pi sekolah. Jiran selang beberapa buah rumah la. Maknya sister kat hospital. Keje shift malam. Depe sekolah pagi. Saya gerak dari rumah pukul 6.40 pagi. Hantar Nabila sekali pegi sekolah. Budak budak tu pun satu sekolah dengan Nabila. Sekali arung je kan. Alah. Ape adahal kalau setakat nak tumpang kan. Lagipun kalau pegi dengan van sekolah lambat. Kadang orang dah masuk kelas baru nak sampai sekolah kan.
Buah tangan dari Mekah ni anak anak jiran la yang bagi. Ayahnya baru balik dari umrah. Alhamdulillah. Syukur sangat sangat. Ada jugak orang ingat kat kita kan. Memang baik dengan jiran ni. Dulu masa anak anaknya sekolah petang sama dengan Nabila memang selalu la gilir gilir ambik anak anak balik sekolah. Kalau saya ambik Nabila saya akan ambik anak anak dia sekali. Kalau dia ambik anak anak dia pulak dia akan ambik Nabila sekali. Kalau balik dengan van kan lambat sampai rumah. Mengaji Al Quran pun macam tu jugak. Gilir gilir hantar. Tapi sekarang diaorang dah tak mengaji sama dengan Nabila. Nabila mengaji kat rumah ustaz. Diaorang mengaji dengan bibik je kat rumah.

Kurma dengan coklat

2 helai jubah

Sejadah dan keychain

Semua hadiah hadiah tu saya suka sangat. Terima kasih sangat sangat.

7 comments:

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.