Monday, February 17, 2014

Mood suam suam kuku




Pagi semalam pergi Giant sebab encik Hubby teringin pulak nak makan Lamb bbq yang bini buat. Beli tak sesedap yang bini buat katanya. Pukul 12.15 tengahari bergerak pulak ke McD Damansara sebab birthday anak buah yang di sambut kat situ. Danial dah praktis nyanyi lagu happy birthday dah beberapa hari yang lalu. Balik dari tu kami terus ke KLCC.  Konon konon maknye nak tengok handbeg. Maklum la tak puas hati dengan hanbeg yang baru  beli tu kan. Tapi tak beli pun sebab beg yang saya nak tu tak de. Lepas tu terus balik rumah. Tak de mood nak jalan jalan. Masak la Lamb bbq yang cik abang kite tu nak. 

Itu aje aktiviti kitaorang semalam. Mood weekend lepas pun cam suam suam kuku je. Si anak dara yang sulung tu tak habis habis ajak pergi butik Girls kat KLCC tu. Nak beli file katanya. Tapi saya tak belikan pun. Siap dia nangis nangis bagai pun saya tak belikan jugak. Asyik nak membeli aje. bulan ni saja dengan kasut rodanya lagi. Ada saja benda yang dia nak membeli.

7 comments:

  1. amboi...siap tahu nama kedai..bebudak sekarang kan..hehe..zmn sy dl beli kat pasar malam je...hihi..nnt zmn ank dara saya ni bsr ntah mcne plak..

    ReplyDelete
  2. Salam IbuLala..biasa la naka2 kita..tau beli jer,tak tau camna mak-ayah cari duit.Zaman kita dulu mmg payahhhh nak dpt apa yg kita nak.Faham mak-ayah org susah......

    ReplyDelete
  3. bila dah ada anak ni memang macam2 nak beli kan kak? i know that and experiencing it now walaupun ash belum pandai meminta lagi...he he he...

    ReplyDelete
  4. Takpe kak..at least ade jugak aktiviti nak di buat..takdelah terperap je kat rumah kan..

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni kalau keluar pun memang mood membeli barang anak. Barang emaknya tak boleh beli depan hubby takut kena tazkirah panjang. Budak sekarang memang dah pandai demand, ikut apa yang mereka nak. Tak mainlah nak rela hati terima apa yang makpak belikan macam kita dulu-dulu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.