Friday, February 21, 2014

Pengalaman mengajar erti kedewasaan

Masa dalam kereta pagi tadi anak sulung saya komplen. Ada orang hantar message dalam facebook dia kata dia gedik, muka macam ba alif ba ya. Allahuakbar. Dia tak buat salah apa pun dengan budak tu. Bila selidik balik rupanya budak tu sama kelas dengan dia masa darjah 1 dulu. Dia tak rapat sangat pun dengan budak tu. Tak tahu le kenapa budak tu marah sangat dekat dia.

Sebagai ibu menyirap darah bila saya dengar. Tapi saya kata kat dia kakak jangan layan la budak budak macam tu. Kalau kita nak jadi baik kita kena kawan dengan orang orang yang baik. Biar lah apa orang nak kata. Asalkan kita tak kacau orang sudah.
Banyak cerita yang dia beritahu saya. Katanya kawan yang pernah dia baik satu masa dulu dah tak kawan dengan dia sekarang ni. Malah budak tu menghasut pulak supaya orang lain jangan kawan dengan dia jugak.

Tapi bila saya pikir balik itulah fenomena sekolah rendah dimana budak budak tu belum matang. Tapi dalam masa yang sama kesian jugak kat anak saya tu. Nak buat macam mana kan. Tu la adat resam kehidupan. Pengalaman mengajar kita erti kedewasaan.

15 comments:

  1. allahhuakbar...rasa macam sedey je baca...kesian kat anak kakak ni

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. pengalaman mematangkan kita...

    ReplyDelete
  3. Budak yang tak matang lagi mmg begitu kak. tapi tu lah kasar plak bahasa kawan anak akak tu...erm.... itu semua akan mendewasakan mrk....

    ReplyDelete
  4. Kak lala...
    Kesian la anak kakak...betul tuh setuju sgt dgn akak, mmg dh adat resam bila bercampur gaul pasti ada yg kurang senang dgn kita walhal kita x cari masalah pun dengan dia....

    ReplyDelete
  5. kalau dh sebut ba alif ba ya tu...noe pun angin...block terus... bab2 kawan n x kawan tu...mmg biasa...kita dulu pun mcm tu jugak...tapi lepas tu kawan balik

    ReplyDelete
  6. Budak2 kak...mmg gitu. Jgn suruh anak akak lyn...biarkan saja, lama2 diamlah tu...huhu

    ReplyDelete
  7. ye betul tu..sedangkan ibu pun dulu pernah alami benda yang sama kan....

    ReplyDelete
  8. Alahai kesiannya kakak kena ejek kat sekolah ..semoga dia tabah dan tak memburukkan orang lain jugak..semoga ALLAH terus pelihara dia di sekolah dan kat mana2 jugak..Amin!

    ReplyDelete
  9. bahasa tak elok didengar..
    baru skolah rendah.aduhai. sedey la kan.

    smga anak akak terus kuat dan tabah utk hadapinya..aamiin

    ReplyDelete
  10. Budak2 gtulah.
    Tp mak bpk kenalah tegur kalau tau

    ReplyDelete
  11. Kecik kecik lagi dah psiko kan budak tu. Apa la salah kakak tu pada dia. Tak faham jugak makcik Lyd yg membaca ni.

    ReplyDelete
  12. haihh... mau tak bengang disamakan menatang hrm tu kat anak sendiri... mmg la bebudak x matang kak.. tp kalo dididik elok oleh mak bpk xkan smpai jadi prangai mcm tu kak...

    ReplyDelete
  13. Alahai, kesiannya kat dia... tak pasal-pasal orang nak dok kutuk. Kes jealous tak bertempatlah ni kot.... tapi kalau kita sebagai mak mendengarnya haruslah menyirap darah. Suka-suka hati aje nak panggil anak orang dengan gelaran bukan-bukan.

    ReplyDelete
  14. kat fb anak sy lak..bdk2 ne main gurau2 dia kata SYAHMI GEMUK..KUAT NANGIS..dorang main debuk2 anak sy tu..sy pm bdk2 tu..sy ckp JANGAN BULI ANAK SAYA!!..dorang siap mintak maaf cakap TAK LA..MAIN BENJO AJER..sabau jer aku...haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.