Story Mory Cik Lala

Wednesday, January 8, 2014

Tanah runtuh di jalan Mahameru


Alhamdulillah nasib baik semalam tak keja. Kalau keja pun memang tak bawak kete. Kalau tidak mesti sangkut berjam jam kat sini. Memang petang semalam hujan lebat sangat kan. Time budak budak nak balik sekolah pulak tu. Bila hujan petang petang ni hati mula la sayu teringat kat anak anak yang nak balik sekolah. Yang nak menapak dari sekolah nak naik van. Habislah basah kuyup. Sebagai alternatifnya terpaksa la ambik anak anak balik sekolah setiap petang sebulan dua ni sementara nak musim kemarau pulak. Harap harap komuter tak buat hal. Boleh sampai pukul 6:30 kat stesen pastu zrassss pi sekolah. Memang la jem sikit. Tapi asalkan anak anak tak basah kuyup.

Note:
Tengah menahan sakit gigi yang zruppp sampai sakit kepala. Dah tiga hari sakit gigi sakit kepala nih. Makan ubat tahan sakit pun tak jalan. Bukan ada masalah gigi berlubang ke apa. Cuma masalah gigi sensitif. Start ngilu bila kena makanan atau benda benda sejuk pastu terus la berdenyut denyut. Kalau jumpa doktor apa rawatan doktor ek kalau gigi ngilu ni.

8 comments:

  1. terkejut gak nani tengok berita malam tadi.. pasal tanah runtuh tu.. sib baik takde mengorbankan nyawa...

    sakit gigi sensitif ni mesti akak suka makan banyak asam kan.. sbb tu hakisan selaput kat luar gigi.. hihi.. moga cepat dapat penyelesaian utk gigi tu ye.. ngilu bila nak bukak mulut.. kan

    ReplyDelete
  2. Nasib baik xde kemalangan jiwakan smlm...
    Lebih baik jumpa doktor jugak...

    ReplyDelete
  3. uiss nyeri rasa kalau sakit gigi ni..
    gunalah ubat gigi sensodyne untuk gigi sensitif..boleh mengurangkan rasa ngilu kat gigi tu..
    salam kenal :)

    ReplyDelete
  4. Jenuh la siapa terperangkap jalan tu. sian baru balik kerja...

    ReplyDelete
  5. yela kak jammed terok.. kami terpaksa ikot jln lain.. tp tetap smpai umah lmbt... huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Try guna ubat gigi sensodyne.. Insya'Allah mujarab utk gigi sensitif. Doktor pun biasa akan syorkan.

    ReplyDelete
  7. salam ana...lamanya kite tak bersua kan di alam maya ni..rindu giler dgn kwn2 tu yg start balik ni...hrp kekal la kerajinan ni...ana..kite pun pernah kena sakit gigi tu..takde lubang pun cuma gigi sensetif gak..sakit mcm nk pecah kepala..last2 dh tak tahan berlarutan terpaksa gi cabut jgk..bru lega..mana boleh tahan asyik kena mkn ubat tahan sakit je kn..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.