Story Mory Cik Lala

Friday, January 3, 2014

Cerita semalam

Penat tak hengat semalam. Mana taknya. Pagi semalam pukul 5.15 pagi dah bangun buat macaroni goreng. Danish dengan Danial tak nak  makan la pulak. Dah jemu katanya. Padahal dah lama tak  buat pun. Bebudak ni ikut musim kan. Kadang tu buat hari hari pun tak pe. Kadang pulak tak nak. Nasib la si Nabila tu makan. Siap bawak bekal pi sekolah pagi. Balik sekolah pun makan lagi. Kalau tak kecik hati ibu penat penat buat tak de orang makan.

Pagi tu dah hantar Nabila pi sekolah kebangsaan (dah darjah 4 tau), balik hantar Danish pulak pi sekolah agama. Nak settlekan yuran sekali. Lepas bayar yuran saya angkut Danish balik rumah sekali sebab tak belajar pun. Daripada main sampai kotor baju seluar baik saya bawak dia balik.

Lepas tu pergi Giant pulak sebab nak beli lauk. Angkut pulak si Danial. Si kenit tu kalau saya ada kat rumah mesti dia nak ikut kalau pegi mana mana. Kalau tinggal merajuklah nanti. Kat Giant beli ayam ngan udang je. Beli sikit je sementara nak tunggu hari minggu. Hari minggu boleh pegi pasar sebab lauk lagi fresh kan.

Balik dari Giant tu hantar Danish pi sekolah kebangsaan pulak. Tunggu kejap sementara nak masuk kelas. Punya la lama pulak perhimpunan tu. Dah la sakit kepala nih. Panas terik kan. Dah Danish masuk kelas baru la balik rumah dengan si Nabila. Danial pun tak ketinggalan la mengikut. Sampai rumah dalam pukul 2.

Pukul 3 pegi sekolah agama lagi sekali sebab nak bayar yuran si kakak pulak. Nasib la orang tak ramai. Balik dari sekolah agama saya pun kebabom pengsan merehatkan minda dan fizikal. Dengan si Danial sekali pengsan. Cam dia pulak bawak kete.

Pukul 6 keluar lagi sekali sebab nak ambik Danish balik sekolah kebangsaan pulak. Jalan jem tak hingat. Maklum la hari pertama sekolah kan. Selalu saya ambik Danish depan pagar dalam pukul 6.45 petang. Tapi semalam pukul 7 lebih baru sampai depan sekolah dia. Punya la sesak. Dalam pukul 6.10 kat depan sekolah tu memang dah sesak pun.

Camtu la jadi mak mak ni. Penat woo jadi supir ni sebenarnya.

Sent from Samsung Mobile

3 comments:

  1. Bila sibuk macam tu mesti masa pun dirasakan singkat je kan sis?

    ReplyDelete
  2. non stop yer kak jadi mak supir... hihihi.. xpelah demi anak2 berkorban apa saja.. in shaa Allah mereka dah besar nanti mereka la plak jadi pak/mak supir utk mak mereka..... =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.