Story Mory Cik Lala

Wednesday, January 16, 2013

Exam saringan darjah satu

Dah 3 hari anak anak ai tak ke sekolah sebab belum sembuh dari sakit mata. Insha Allah esok boleh dah la kut. Lama sangat cutinye. Tapi sakit mata ni memang lambat nak sembuh dan berjangkit pun. Kang tak pasal pasal satu sekolah pulak yang kena.

Yang kesiannya si zafran la. Gara gara sakit mata yang teruk dia tak dapat ambik exam tentukan kelas kat sekolah. Exam tu start hari isnin lepas. Ai pulak yang risau pasal exam tu. Ada tak sesape yang tahu pasal exam saringan kelas darjah satu tu. exam tu berapa hari, berapa jam, subjek apa. Macam macam persoalan bermain dalam kepala ni. Nak tanya cikgu pun lupa pulak nak ambik no telefon cikgu hari tu. haih..

8 comments:

  1. anak sulung saya dah amik exam penentuan kelas 2 minggu lepas. exam tu x bnyk soalan kalau x silap. soalannya berbentuk padan dan suaikan perkataan dan gambar yg sesuai, isi tempat kosong, simple maths and english. jgn risau sgt ye. cuma kena rajin buat ulangkaji je. nnt try tny cikgu mcmane, bole tak amik exam tu lagi sbb exam tu penting tu utk tentukan kelas anak kita

    ReplyDelete
  2. betul tu examnyer bm , maths & eng. very simple one. but mesti tau bacalah. Ni anak bongsu KA yang kata. Dia semua ok je bila ditanya. Seb baik duduk dlm kelas pertama hehehe. So dun worry lah ye

    ReplyDelete
  3. anak kita belum pernah alami sakit mata lagi...

    ReplyDelete
  4. dulu samalah anak2 pun jangkit tapi org kata minum air teh bunga cepat baik..dah try mujur serasi sakit mata tak sampai seminggu

    ReplyDelete
  5. sian dia sakit mata...dah sembuh ke kak? cemana anak akak skrg?

    ReplyDelete
  6. tak tau pula ada exam saringan utk thn satu ni..yg sy tahu exam saringan tingkatan satu je

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.