Friday, March 15, 2013

Part 2 ~ Jom berkenalan


Lepas spm saya belajar di tingkatan 6 sekejap. Itupun 6 bawah je sebab masa awal masuk 6 atas tu dapat panggilan dari ITM dalam bidang accounting. Nak jadi akauntan la konon. Saya dapat ITM Manjung. Nasib baik dekat je dengan kampung. Bus stand pun depan asrama je. Bila time weekend terkedek kedek la angkut beg nak balik kampung. Jalan kaki je. Tak payah nak nek bas bagai. Cuma ambik bas balik tepeng je. Kadang kadang balik berjemaah dengan kengkawan. Kadang kadang balik sorang. Nak habiskan 3 tahun diploma tu punya la azab. Nak balik kampung tiap tiap minggu tak boleh pulak tu. Dua minggu sekali baru boleh balik.

Lepas habis diploma sambung pulak degree. Pun accounting jugak. Tak habis habis accounting kan. Time tu yang nampak accounting je. Tak terpikir plak nak tuko course lain. Bila dah nak keje baru realise nape la aku tak tuko course lain. Baru la terbukak sikit minda tu. balik balik debit kredit. Tu je la.

Pertengahan tahun 2000 saya pun grade. Apply keje kat odit firm kat tepeng. Gaji time tu RM500 je. Ulang alik pi keje nek bas merah. Pagi2 dah tunggu bas. Keje odit firm cina pulak tu. dalam tu sumenye cina. Sorang dua je malay. Tak lama keje kat situ pastu tuko keje tempat lain pulak. Pernah keje kat kedai proton kat penang tapi sebulan je pastu lari. Ada la yang tak puas hati tu kan.

Lepas tu berhijrah pulak ke shah alam. Dulu masa ambik degree kat shah alam jugak. So dah familiar sangat la area tu. dapat keje kat kompleks PKNS tu wat akaun. Lepas keje setahun tuko keje lagi. Kat kompleks tu jugak tapi post assistant company secretary. So keje sebagai assistant company secretary sampai la sekarang.

~ to be continued ye~


- Posted using BlogPress from my iPad

4 comments:

  1. Di syarikat itulah rezeki tertulis, ya? :)

    ReplyDelete
  2. wah...alhamdulillah rezki perkejaan mencurah curah kak:)

    thanks sebab sudi inggah blog kina..kina balas kunjungan ya...:)

    xp kina tak paham maksud akak tentang nuff tu....:)

    ReplyDelete
  3. patot jadik akontan nih
    bile nak amik lesen LS cik ana
    ke ada dh..ohh kena tgu cite abih dulu la kan
    tak menyabau hihi

    ReplyDelete
  4. best nyer. dapat tukar2 keje.so mesti tempat skarang best kan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.