Saturday, November 17, 2012

Risau risau risau

Kan hari tu ai citer kat uolls yang ai nak pi jumpa dentist. Masa jumpa hari tu sekejap la sangat. Doktor kata gigi ai ni dah tak boleh tampal. Sebaiknye buat crowning je. Hallamak..lambat la pulak sebab kena jumpa doktor lain la pulak. Sebab doktor yang jumpa hari tu doktor locum je. Crowning crowning ni tuan punya klinik je yang buat. Nak jumpa tuan punya klinik ni punya la susah. Appointment full memanjang.

Dalam hati ni risau la jugak sebab dengar citernye banyak prosedur yang kena buat sebelum buat crowning tu. kena matikan akar gigi dulu la. Dah dua kali buat rawatan akar baru leh buat crowning. Cost kalau buat crowning saja pun dah RM750. Makkk ai..mahalnye. Ai ni dah la penakut. Buat rawatan akar tu sakit ke. Kalau buat crowning tu berapa lama la pulak. Dalam kepala ni macam macam dok pikir. Dengan cuti yang dah tak berapa nak ada ni nak jumpa doktor lagi. Aduhaiii...tapi kalau tak buat tak larat pulak nak menanggung sakit gigi ni.

4 comments:

  1. nyanyi la pulok..hihi

    tak penah buat.so tak tau nak kta camna..
    mahai juga erkk..

    bab gg ni seriau kan

    ReplyDelete
  2. saya pon takot kalau gi dentist...baca entry ni dah lama betul tak ke dentist..dekat 6-8 tahun ni...Adeyh!

    ReplyDelete
  3. sy yg bc entry ni plak yg terasa skit/...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.