Story Mory Cik Lala

Wednesday, November 28, 2012

Hujan lebat petang semalam

Petang semalam kan hujan sangat lebat dan berpanjangan. Padahal sebelum tu cuaca bukan main cantik lagi. Tiba tiba je hujan. Dah la meeting ai habis lambat. Kira kira jam 6 lebih gitew. Nasib baik sempat kejar komuter pukul 6.40. Patutnye tren tu pukul 6.25 pm. Nak jadi rezeki kan. Sampai Stesen Batu Caves dalam pukul 7.15 pm. tapi tak leh nak balik lagi sebab tak de transport. Encik hubby pulak masih kat tempat keje dia. Nak redah hujan pun naik moto. Kena la tunggu hujan reda sikit. Lama jugak la ai menunggu kat stesen komuter tu. Nak jalan kaki keluar cari cab pun tak boleh sebab hujan terlalu lebat.

Dekat pukul 8 malam jugak la encik hubby sampai. tu pun meredah hujan jugak. Sebab tunggu punya tunggu hujan tak henti henti. Dengan jalan jemnye. Dah la pukul 9.30 malam nak ambik Zafran balik tusyen. Aduh sengsaranya bila hujan lebat petang petang ni. Nak drive tak berani kalau ada meeting. Sebab memang ada potensi balik lambat. Tempat parking tu pulak agak terpencil. Hi..tak berani la nak jalan sensorang kalau balik lambat.

Akhirnya sampai kat rumah semalam pukul 8.30 malam. Setelah meredah hujan tanpa baju hujan dan helmet. Habis basah kuyup. Kesejukkan jangan cakap la. Sampai rumah, mandi mandi pastu pegi ambik Zafran balik tusyen plak. Sempat la jugak beli makanan untuk makan malam.

Alhamdulillah.

16 comments:

  1. huhu... hujan lebat + jem = sakit kaki drive.. adooi kak, selalunya AT balik dalam tempoh 1 jam dah sampai umah, semalam dekat 3 jam baru sampai umah...

    ReplyDelete
  2. kalau hujan lebat memang bahaya sikit bagi penunggang motor...

    ReplyDelete
  3. Sempat abik anak on time still ok juga kalau tak kesian dia.

    Tempat kakak semalam pun hujan juga. Apa yg kakak suka kalau hujan pokok bunga kakak macam subur tau.

    ReplyDelete
  4. sekarang nih memg musim ujan je kan

    ReplyDelete
  5. jam 8.30 malam baru sampai rumah....mesti penatkan...esok awal pagi nak keluar lagi...

    ReplyDelete
  6. kesian nya, lain kali bawa payung. sambil bawa motor, haha

    ReplyDelete
  7. jgn demam udahla.. huu. sekarang mmg musim hujan. kat taiping ni hari2 hujan. huuu

    jom singgah baca sebentar.. =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/11/7x-umur-dunia.html

    ReplyDelete
  8. Salam kenal kak :)

    huhu..samelah kat sini..
    pagi2 cuaca okey je.. xde tande2 nk hujan..
    alih2..petang je dah guruh berdentum + ujan lebat..

    mudahan2 hujan rahmat :)

    ReplyDelete
  9. kalau parking yg agak terpencil,mmg bahayalah kalau balik sorg2 kan kak.. nasib ada hubby akak :-)

    ReplyDelete
  10. hari2 pon hujan lebat.. TQ brg dah sampai . Leh tgk kat N3 KA hehe

    ReplyDelete
  11. tag ye

    http://semekarartie.blogspot.com/2012/11/simple-giveaway-pink-orange-shoppe.html

    ReplyDelete
  12. sekarang petang dkt nak abes keja ja ujan kan...apapon lega sebab ibu lala da selamat sampai di rumah..

    ReplyDelete
  13. js pun aritu kena redah jammed ..sbb smart tutup...huhu

    ReplyDelete
  14. mmg brtambah2 stress klau musim2 hujanni kan?salam kenal..jmput follow kmbali :)

    ReplyDelete
  15. sekarang msim hujan,,...memang cuaca x menentu kan

    ReplyDelete
  16. fifi naik moto g balik kerje.. tiap2 hari kene hujan.. tapi gagahkan jugak.. lagi rele kene hujan dari tersangkut jammed.. selalu atas moto peluk en. suami sambil cakap.. da lame tak main hujan kan abang.. kecik2 dulu pantang hujan nak main.. da tue2 taknak pulak.. sekali sekale Allah bagi peluang main.. ape salahnye kan.. hihi.. tapi kalau hari2 boleh seleseme kot..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.