Story Mory Cik Lala

Monday, November 12, 2012

Nak hantar pi tusyen ke tak nak...

Tengah pening pikirkan, perlu ke hantar anak ke pusat tusyen pada cuti sekolah ni kalau dia masih belum pandai membaca. Masalahnye kelas malam pulak tu. Start pukul 8.00 malam sampai pukul 9.30 malam. Seminggu ada 4 kelas dari hari isnin sampai hari khamis. Kalau waktu siang ada kelas pukul 9.00 pagi dan 11.30 pagi. Masalahnye sape pulak nak hantar tu sebab ai kan bekerja time tu. Kalau hantar malam pulak takut derang ni dah mengantuk. Maklumlah anak ai tu teramatlah aktif di siang hari. Untuk maklumat u olls, anak ai tu dah 6 tahun, lelaki. Dah 2 tahun belajar di tadika yang sama tapi masih belum pandai membaca. Tak fokus sangat time belajar. Tapi kalau main memang dia fokus habis. Tahun depan dah nak masuk Darjah 1. Takut pulak dia masuk kelas yang hujung hujung. Tu la sebab ai nak hantar dia pi tusyen.

Apa pendapat u olls.

7 comments:

  1. Kakak rasa baik ajar sendiri di rumah. Kesian pulak baru 6 tahun kena tuisyen. Cari buku yg jenis ajar bunyi dulu- kalau di sini kita panggi phonix (pronounce fonix). Jadi bila dicantum dia boleh automatic tahu. Biasa diajar anak 4 tahun sebab itu biasa 4-5 tahun dah boleh baca. Cubalah... harap dapat membantu. Ibu mana tak susah hati kan..

    Kakak doakan moga anak cepat pandai.

    ReplyDelete
  2. sy dulu mak tak anta tuisyen pun kak..tuisyen kan diri sndri

    ReplyDelete
  3. sama la dgn anak Ayu ni, tahun dpn nak masuk drjh satu.. tp satu hapa pon xpandai baca.. kalau ikutkn Ayu dah start ajar dia mmbaca & mengaji masa umur 3 tahun lg.. tp lmbat jugak.. bab main cepat tangkap..

    ReplyDelete
  4. emmm saya pun xpasti kak... sbb ank pun msh kecik.. tp rasanya mcm kalau umo 6 thn tu mcm awai sgt plak dah g tusyen.. bak kata akak lah, mlm2 dorg tido awai.. takut terlena plak ime mengajar...

    emmm kalau saya, maybe saya xkan hantar tuisyen lg tp saya akan ajar dkt umah... :-)

    ini pendapat saya yg blm ada pengalaman lah kak.. hihi

    ReplyDelete
  5. sama kes ngan anak mayang akak dah 7 thn x pandai baca.. dalam proses belajar kat umah aje... akak anta kat minda optima ke?

    ReplyDelete
  6. anak mayang pun kuat main tapi x fokus belajar sgt.. sama gak le 3 thn tadika tapi masih x leh baca... aritu nak wat assesment utk disleksia tp cancel .. tangok le nak try this week .. tengah kumpul info utk disleksia sekarang ni... anak mayang 2nd ni kalau bab menghafal amat le menakjubkan.. tapi tu le x leh baca lagi ..

    ReplyDelete
  7. anak sy plak r 4tahun...minggu dpan stat kelas membaca...arap tk bg tekanan kat dia..;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.