Story Mory Cik Lala

Friday, September 27, 2013

Tazkirah hari Jumaat

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni ๐Ÿ˜Š

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..

Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"


๐ŸŒฟ๐ŸŒธ๐ŸŒฟ sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W ๐ŸŒฟ๐ŸŒธ๐ŸŒฟ

8 comments:

  1. Sentiasa bersyukur seadanya kita..
    Semuanya adalah aturan dr Allah.. :-)

    ReplyDelete
  2. Bersabar, bersyukur dan berdoa
    insyaallah allah beri, dia tahu apa yg terbaik utk kita
    salam jumaat cik ana

    ReplyDelete
  3. bagus tazkirah ni. Selalu kita tak perasan, duit bukan satu2 nya rezeki. Kesihatan pon rezeki. Kebahagiaan hidup pon rezeki. Kalau bnyk duit tapi hidup x tenteram pon buat. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah rezeki dari Allah sentiasa ada. Dapat berselawat :-)

    ReplyDelete
  5. Rezeki ada di mana2 yang penting usaha...... :D

    ReplyDelete
  6. pernah baca.. hurm... setuju sgt2... jadi kita haruslah sentiasa bersyukur...alhamdulillah...!

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah....syukur apa yang ada...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.