Story Mory Cik Lala

Monday, September 9, 2013

Kisah sabtu ahad kami





Danial demam sejak hari Rabu lepas. Tapi suhunya tak la tinggi sangat. Dalam 37.7 camtu je. Tapi sampai hari Jumaat demamnye tak baik baik jugak. So ai bawak dia jumpa Doktor Pakar Kanak Kanak hari Jumaat tu. Lepas ambik darah, doctor kata Danial kena bacteria infection. So, doctor bagi ubat demam dengan Augmentin (antibiotic). Dalam kepala ai Danial tak serasi dengan augmentin ni sebab kalau dia demam makan je augmentin demamnya tak baik baik pun. Tapi maknye ni tak tercakap la pulak kat doctor.
Balik rumah seperti yang dijangka memang demam Danial tak baik baik walaupun dah makan augmentin. Hari Sabtu petang I decide nak tukar ubat lain yang Danial selalu makan. Sampai kat klinik, doctor tuan punya klinik tu tak de. Yang ada doctor locum je. Ingat senang la kalau kita refer balik kat klinik tu sbb rekod sebelum ni dah ada. Tapi doctor yang locum tu pulak muda (cam baru habis kontrak dgn klinik kerajaan je). Macam macam soalan pulak dia Tanya. Yang best tu soalan dia macam mana puan boleh tau suhu anak puan tinggi? Off course la ai cek dengan thermometer kan. Takkan nak cek dengan meter air pulak. Dia boleh Tanya memang ada thermometer ke kat rumah. Aduhai la doctor. Kalau boleh nak je jawab cam ni.
" Sume ai ada kat rumah kecuali Doktor je. Kalau doctor ai boleh beli, Doktor pun ai nak beli"
Lepas jawap punya jawap soalan doctor tu akhirnya dapat la ubat azithromycin pulak. Lepas makan ubat ni demam Danial dah baik. Tapi jadi gatal gatal la pulak. Habis muka dia bengkak bengkak tergaru garu. Hari Ahad pagi bawak jumpa doctor lain pulak sebab dah marah dekat doctor muda tu so tak mau pegi  klinik semalam dah. Lepas makan ubat gatal tu baru ok. Tapi petangnya Danial demam balik. Mungkin sebab dia minum Oreo Milk shake. Teringin sangat la kut. Mak ni tak sampai hati nak tolak permintaan anak beli la jugak. Ai bagi lagi azithromycin tu sebab ubat tu kena bagi 1.5ml 3 kali sehari selama 5 hari. Tapi malam tadi Danial jadi gatal gatal balik dan bengkak sana sini. Sah la Danial tak tahan dengan azithromycin tu. Balik keje petang ni nampaknya kena la bawak Danial jumpa doctor lagi. Kalau tidak selagi tu tak settle.
Dah anaknya demam maknye pun berjangkit la jugak demam. Hari Sabtu ai kena masuk hospital kejap. Doktor masukkan drip 1 botol sebab demam sampai 40 darjah. Buat test darah nasib baik negative denggi. Kalau tak hari hari la maknye nangis takut kena cucuk ambik darah. Lepas masuk air tu baru rasa lega sikit. Dah boleh bangun. Kalau tak asyik terbaring je kami dua beranak.

Yang zithromax tu memang selalu ambik tapi tak pernah allergic pun. Beza ubat dua ni yg botol coklat tu kena makan sampai 5 hari sedangkan yang botol putih tu 5ml sekali sehari selama 3 hari je.

(Susahnye nak buat entry dengan fon ni. Susah nak edit edit)

3 comments:

  1. Semoga Danial dan maknya dah sihat sepenuhnya. :)

    ReplyDelete
  2. owh update guna fon ye..lain mcm sikit tgk..sbb ada yg dah hilang beberapa patah perkataan..huhu.. get well soon ye daniel..

    ReplyDelete
  3. Terrer dh cik ana bab ubat2an ni ek
    Kena amik tau gak kann x leh nk depend kt doktor jek

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.