Story Mory Cik Lala

Friday, September 6, 2013

Birthday boy yang demam


Demam lagi. Pagi pagi ai dah drive bawak Danial pegi hospital. Dah 3 hari demam tak baik baik. Pegi berdua je dengan Danial. Nasib baik Danial tak muntah dalam kete. Kalau tidak mesti haru biru nak drive. Dari Danial kecik ai dah biasa berdikari bawa dia ke hospital. Cek up, follow up, masuk wad memang sume ai yang uruskan. Sesekali ada la jugak si ayah ikut. Tapi tu pun bertalu talu talipon ayah berbunyi. Orang sini call, orang sana call. Resah gelisah dibuatnya. Kalau pegi sendiri tenang dan aman rasanya.
Balik dari hospital Danial ajak makan kek. Ai bawak dia ke Secret Recipe. Birthday boy nak makan kek. Nak beli mainan jugak. Lepas makan kek kat Secret tu Danial terus muntah. Nasib la tak ramai orang time tu. kalau tidak mesti orang tak lalu nak makan tengok Danial dok uwek uwek kat situ. Danial danial. Lepas beli menan kami terus balik rumah.
Hari ni birthday Danial. Ai plan nak celebrate sekali dengan birthday abang. Birthday abang 12.9. Beza 6 hari. Seperti biasa Buat kecil kecilan je pun family family je. 
Yang penting buat kan.

Selamat hari jadi Danial. Moga Danial cepat baik demam, jadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat. 

6 comments:

  1. aisey..
    letih dh nampk tu..
    hope cepat ler baik..
    kesian hero dh demam

    ReplyDelete
  2. happy birthday danial...smoga cpt baik..bole celebrates ngan abg skali nanti

    ReplyDelete
  3. Allah......jgn mengelat makan ubat yaaa.... Ibu Lala pown kena jaga kesihatan jugak, skng ni demam sng nak dekat.

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sembuh Danial! Kami di sini mendoakan

    ReplyDelete
  5. ololo birthday boy demam yer...makan ubat yek..moga cepat smbuh ek..

    ReplyDelete
  6. alahaii kesiannye tgk danial.. deqla doakan cpt2 la danial sembuh..kita yg demam pun kdg2 x tertahan rasanya, apa lagi bebudak..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.