Story Mory Cik Lala

Wednesday, July 9, 2014

Lauk yang sama je


Sumber gambar : google

Puteri sulung saya tu, kalau dapat ayam masak merah ke siakap 3 rasa ke memang tak pandang lauk lain dah. Hari hari lauk yang sama pun tak pe. Encik hubby pulak hari hari dengan ikan bakarnya. Seko rm20 pun tak pe asalkan ikan bakar beli. Ditambah dengan masak lemak tempoyak pucuk ubi dan masak lemak daging salai. Kalau kuih pulak wajib ada popia basah dan goreng. Sepanjang pose ni tak miss lagi popia tu. Kalau masak lemak daging salai dengan pucuk ubi tu selang sehari kut beli. Nasib la saya dan anak yang no 2 ni tak kisah. Makan saje la apa yang ada. Jangan membazirkan. Kalau saya pun sibuk nak pilih menu sendiri alamat penuh la meja tu. Alangkan meja 8 orang pun dah tak muat hari hari. Suami saya ni memang tak kedekut. Cakap la nak makan apa pun mesti dia beli. Tapi saya tak suka membazir. Beli setakat ala kadar je. Asalkan habis makanan semua tu.

Note : 
Yang sikecik 5 tahun tu suka otak otak. Beli hari hari pun mesti dia belasah punya. Gaya cam orang nak buka pose. Tapi tak pose pun sebenarnya. Tak sampai seru lagi kut.

13 comments:

  1. sedapnye..terliur plak tgk gbr tu,..ades...
    ari tu jiran htr ikan bakar.sedapnye la..hehe...tp jarang beli lauk kat bazar.sbb takut tak hbs..masak sendiri blh bajet smp sahur.. ;)

    ReplyDelete
  2. Kalau hari-hari menu tapi habis takpe la..ish, kalau che mid dapat gulai tempoyak pucuk ubi, hari-hari pun tak pe... daging salai lagi..aduhai...mau berat badan tambah bila raya nanti he he

    ReplyDelete
  3. looks tempting kak even akak ckp lauk yang sama....hehehehe

    ReplyDelete
  4. dh itu je lauk yg menaikkan selera berbuka kan... akak tumpang sekaki lah dpt mkn sedap2 je heheheh

    ReplyDelete
  5. ari2 makan ni jek? tak jemu ek
    beli pon tempat yg sama je ke? lain2 tempat dpt rasa yg berbeza walau jenis lauk sama kann

    ReplyDelete
  6. Senang juga kalau macam ni. Hari-hari beli lauk pauk yang sama. Cuma takda kepelbagaianlahkan. Nak buat macamana. Mak-mak memang selalu mengabaikan keinginan sendiri demi keluarga :)

    ReplyDelete
  7. ok la klu habis dimakan klu beli byk2 ... kami yg masak 2-3 jenis pun jenuh nk perabih ..huhuhu mkn ber2 je ... anak2 mkn sikit2 je

    ReplyDelete
  8. rumah ni pun tak sah kalau takde sambal..

    ReplyDelete
  9. hri hri sama pon tak pa asalkan puas hti.
    selera sama senang la kan..

    ReplyDelete
  10. tekak berbeza..citarasa berbeza..tp kita yg tukang buat/tukang beli...ikutkan aje la..dah suka kan

    ReplyDelete
  11. selagi makan dan tak
    membazir takpelah kak, amboi si kecik tu pun ada menunya juga haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.