Story Mory Cik Lala

Wednesday, July 23, 2014

Tak suka last minit

Dah nak raya ni baru terpikir kenapa la saya tak tempah langsir raya. Kalau tempah sekarang pun tak sempat nak siap dah. Selalu camtu. Last minit baru terpikir. Nak buat apa dah. Tinggal beberapa hari je lagi nak raya. Raya la dengan langsir 2 tahun sudah. Sejak pindah rumah ni saya cuma ada 2 langsir je. Patutnya kena ada 3 baru la sedang elok kan. Baru la boleh ganti ganti. Tapi saya bukan raya kat sini pun. Balik kampung jugak. Tukar langsir baru tu sekadar nk sedapkan mata sendiri je.
Tahun ni plannya nak buat biskut raya yang anak anak suka. Tapi awal awal lagi depa dah request beli biskut raya untuk di makan. Bila beli tu bukannya makan sampai habis pun. Macam macam biskut saya dah beli kat rumah tu. Tak sempat nak tunggu raya diaorang dah rasmi dulu. Tak sabar nak makan katanya. Makan lah nak oi. Kalau habis kita beli lagi ye. Oleh kerana dah banyak biskut kat rumah tu saya cancel plan nak buat biskut. Mungkin lepas raya boleh buat lagi kan. Lagipun dah beli bahan bahan biskut samprit susu. Biskut yang menjadi kegilaan ramai orang. Nampak pun macam sedap je. Sekarang ni habiskan dulu biskut yang ada. Tak suka membazir.

Note:

Baju raya saya tu sampai hari ni tak ada kabar berita. Mulanya kata nak hantar hari isnin. Lepas tu selasa pulak. Ni dah hari rabu masih tak tau apa status. Hari sabtu ni kena la bawa puteri sulung saya tu pi cari baju raya. Tak suka betul last last minit ni tau. Beli untuk dia je la. Maknya tak payah pun takpe. Nasib la saya ada baju yang kaler sedondon. Boleh jugak pakai di pagi raya tu nanti. Baju melayu dah siap gosok. Baju kurung tak nampak bayang pun lagi. Stress.

12 comments:

  1. last minute punya cerita kdg2 blh buat tension.huhu

    ReplyDelete
  2. Hehe..bila last minit memang macam tu akak. Semua rasa nak sahaja kan. Apa-apa pun kena buat persiapan dan kena perpada juga. Semoga di mudahkan urusan akak sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Sedih pulak kalau yg diharapkan tak kesampaian..
    Tak apalah lain kali jgn tempah kat org yg sama..

    ReplyDelete
  4. sy langsir mmg jarang tukar kak..sebab balik raya kat kg kan.. kawan2 yg dtg rumah sini pun berapa kerat sgt...hehe
    biskut pun sama, beli jer..tempah dgn kawan... :)

    ReplyDelete
  5. call la kak tanya baju akak, pasal marble tu, kalau dah polish x leh mop sebarangan, nanti cpt hilang kilat dia..

    ReplyDelete
  6. Laaa sangkut kat mana baju raya akak..mcmne nak raya tue..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Saya pun salu tiap tahun bertekad taknak last minit. tapi in the end last minit jgk. adoila. nasib baik la anak baru soranggg

    ReplyDelete
  8. sabar je la .. bab tak siap lg tu yg panas hati sikit ..seswai ngan tajuk hot fm pg tadi

    ReplyDelete
  9. k noe bab langsir...mmg x bertukar...hahahha...ada 2 je langsir...hehe...anak akak pun sama...beli biskut...hampir langsai dah...

    kena beli baju lain la jawabnya ana...x yah la nak harapkan baju tu

    ReplyDelete
  10. Okje rasa nak terkencing tailor tu siapkan baju awak IL hehe....yelah memasing dah bertanya katanya....sabar aje le gamaknya

    ReplyDelete
  11. Kalau bab langsir tu,sama lah jugak..aida pon dah lama tak tukar langsir baru..hehee..lebih prefer beli baju raya dari beli langsir raya..kikik..kuih raya pon nak buat lepas raya..gege

    ReplyDelete
  12. Huwaaaaa sedih yer...akak nanti beli baju readymade je eh tahun depan...sekarang ni langsir pun byk jual readymade kt nagoya tekstil...cantik2...julia beli langsir pun readymade...senang :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.