Friday, February 15, 2013

Kek Mentega Cair (Blended Butter Cake)

Ni la resepi kek mentega edisi blended yang ai buat hari tu
senang sangat.
Leh buat sambil pejam mata
Jom try...

Kek Mentega Cair (Blended Butter Cake)
Sumber : Myresipi

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. ) 
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak
  • 1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan)
  • 250 g mentega cair (guna yang berkualiti)
  • 1 1/4 cawan susu segar - dr peti sejuk
  • 4 biji telur
  • 1 sk esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)

Cara-cara
 1.     Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender.Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk.

2.     Masukkan tepung sedkit2 sambil dikacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati.

3.     Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega.

4.     Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hngga masak.

5.   Kek yang dah siap ni moist skali,sekiranya permukaan kek kelihatan melekit,boleh bakar dengan api atas utk menggaringkan lagi.

20 comments:

  1. Mana gambar dia Ana. Macam tak puas bila habis baca semua tak nampak pula hasil yg Ana buat.

    ReplyDelete
  2. rajinnya buat kek...saya ni tah bila nak membuatnya...adehhh

    ReplyDelete
  3. bahannya pun mudah...sedap semestinya...

    ReplyDelete
  4. masuk loyang yer? kalo masuk dlm cup mcm entri akak sblm ne boley jugak kan?

    ReplyDelete
  5. kalau la saya ni pandai buat kek, mmg dah buat mcm2 dah kot. tapi tang nak mencari bahan2 tu yg agak malas. hehehehe

    ReplyDelete
  6. dah terbayang2 dah kek siap yang akak buat tu depan mata...he he he...

    ReplyDelete
  7. akak kalu buat sambil pejam mata..konpom la hangus kek tu..hehe,masa mata celik pun terkial2 nak meamasak

    ReplyDelete
  8. wah senangnya nak buat....kena try ni...thank you ibu lala share resepi :-)

    ReplyDelete
  9. simple je nk bt nyer ek, tp kalu buat agak2 jd tak ek hehehe

    ReplyDelete
  10. senang ni. nak cuba la. guna blender je kan.

    ReplyDelete
  11. akak, saya dah komen entry ni kan,.. ?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.