Story Mory Cik Lala

Tuesday, June 3, 2014

Bila teman bergaduh tak de di rumah

Rindu pulak bila takde teman nak bergaduh kat rumah. Si kakak tu memang dari kecik lagi tak lekat kat rumah. Ada je yang pinjam. Dia pun memang suke tido kat rumah opah la. Tido kat rumah umi la. Asik nak berjalan je. Sampai la sekarang macam tu. Pantang cuti sekolah dia pun tak lekat kat rumah.

Yang no 2 tu pulak masa kecik kecik tak berapa nak berjalan sangat. Apa apa pun nak pegi dengan ibu. Kalau saya tak pegi dia pun sanggup tak pegi. Tak macam yang sulung tu lebih independent. Tapi sejak dah sekolah ni dia pun dah pandai nak ikut si kakak. Dia pun dah pandai nak tido rumah umi la opah la. Pantang orang nak pi jalan sumenye nak ikut.

Tapi yang kecik Danial ni saya tak bagi dia ikut pi tido rumah umi atau opah. Kalau nak pi jalan jalan je boleh. Tu pun saya pesan kat dorang supaya jaga dia betul betul. Baru 5 tahun kan. Tak pandai la sangat nak jaga diri tu. Danial ni banyak masa dok kat rumah je. Dia pun tak kisah tinggal berdua dengan nenek je. Lagi aman kut. Lagi pun dia main sorang sorang kat rumah. Main robot la tengok utube la. Kalau ada si abang tu bergaduh aje kejenye. Tapi si Danial ni lebih suka dengan kakak berbanding dengan si abang. Dia kata bagi abang tu kat orang lain pun tak pe. Sebab si abang tu suka sangat kacau dia.

6 comments:

  1. Lelaki dgn lelaki biasalah agak lasak sikit tak sama dgn perempuan sebab itu lebih suka pada kakak. Tapi bila besar kelak mereka akan akrab dan bila teringat mesti gelak sama-sama..

    ReplyDelete
  2. mesti sunyi kan kak... kalau ada anak2 nie riuh sikit umah.. =D

    ReplyDelete
  3. bila teman gaduh x ada...sunyi la umah tu ana....

    ReplyDelete
  4. Rasa sunyi je kan kak kalo teman gado xde kt umah

    ReplyDelete
  5. danial, mai la bagi abang dekat ciksu, boleh..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.