Story Mory Cik Lala

Monday, April 28, 2014

Muka bengkak. Mata bengkak

Semalam masa cuci kete lepak bawah pokok sementara nak habis. Hantar kat kedai je pun. Tetiba rasa gatal gatal kat muka. Pastu mata jadi bengkak. Seluruh muka pun bengkak bengkak. Balik rumah dari cuci kete tu saya telan ubat gatal je sebab dah tak tahan sangat.

Pagi ni datang jugak ke opis dengan muka dan mata yang bengkak. Hari jumaat ni saya apply cuti. Minggu ni keje sampai hari Rabu je la. Kalau Jumaat ni tak cuti memang hari ni tak datang keje dah. Cuti banyak banyak nanti dapat pulak warning email daripada boss.

Malu la pulak nak tepek gambar kat sini. Korang bayangkan aje la macam mana rupa saya yang bengkak sana sini tu. Malam ni baru nak pi klinik kot.

Korang sambung cuti tak hari jumaat ni? Nak jalan jalan pi mana tu? Jangan lupa bawa balik oley oley tau.


Nampak tak mata saya yang bengkak tu. Tu baru mata. Kat muka muka pun hbis bengkak jugak. Esok mungkin ke klinik dulu sebelum masuk opis. Mungkin kena ambik ubat surutkan bengkak tu.

16 comments:

  1. Alergik ya.. ala, kalau tepek gambo apa salahnya, mana tau ada yang kasi derma..boleh pergi cuti cuti mesia..he he..Insyaallah 1 mei ni CM balik kampung che abang..sambung jumaat..

    ReplyDelete
  2. Harus ambik cuti Jumaat tu separuh hari je kot.

    ReplyDelete
  3. ngape sampai bengkak kak? aduyai seriau nak bayangkan kak

    ReplyDelete
  4. akak mmg ada alahan ke? kalu dana mmg tak lah lepak2 bwh pokok.... kot2 ada ulat ke ulat bulu ke... sesia je kan

    ReplyDelete
  5. alamak sampai macam sekali yerk... apaler pasal jadi cam gitukan...

    ReplyDelete
  6. alahai...kenapa plak tu eh...alahan ke apa...SA jumaat ni sambung cuti...malas nak kerja..mood merudum

    ReplyDelete
  7. kenapa eh?
    alergik ke?
    sy mata bengkak biasa..ketumbik..muka x plk

    ReplyDelete
  8. Ana ada alahan sesuatu kakak rasa.
    Kalau tak tak kan tetiba jadi bengkak gitu.
    Harap dah beransurlah sekarang ni

    Kakak esok cuti, jumaat kerja sabtu/ahad cuti balik.

    ReplyDelete
  9. Better pergi klinik akak.. nanti takut melarat pulak..

    ReplyDelete
  10. Assalam..
    Kenapa nak tunggu esok...takut melarat nanti...tang muka pulak tu...
    Apa pun harap cepat sembuh ya...

    ReplyDelete
  11. kenapa jadi macam tu??? elok g klinik cepat2 ana...

    ReplyDelete
  12. Allegik kot....gatal ke tidak tu IL?

    ReplyDelete
  13. anak sekolah mcm bese..en laki pon keje...so, kita pon keje jer laaaa...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.