Story Mory Cik Lala

Monday, April 14, 2014

Orient Star Lumut










Orang lain berjalan time cuti sekolah. Kami berjalan time sekolah. Leceh la kalau bercuti time cuti sekolah ni. Sesak. Harga barang pun mahal. 

Cek in 12hb april 2014. Kami bercuti selama 3 hari 2 malam. Cek out 14hb april 2014. Bermalam di Orient Star Lumut. Kedudukan hotel betul betul di pekan Lumut. Kalau nak naik feri ke Pulau Pangkor hanya boleh berjalan kaki sahaja dari hotel. Nak makan nak shopping barang barang laut pun boleh jalan kaki sahaja. Di sekeliling Orient Star ni macam macam ada. Kedai makan, tempat shopping dan kalau nak jalan jalan cuci mata pun boleh.

Harga hotel ni satu malam Rm255 including tax. Boleh request extra mattres dengan harga Rm35 atau extra bed dengan harga Rm55. Tapi kalau saya pergi bercuti semestinya kena bawak karpet, bantal kecik, selimut, extension plug dan seterika. Karpet pun bawak yang ringan je. Selimut pun bawak yang nipis je. Maklum la semua anak anak nak berkepit dengan ibu mana nak muat kalau nak tido atas katil semua. 

7 comments:

  1. Salam Ibu Lala..pulau pangkor pon lom pernah sampai pon :(

    ReplyDelete
  2. bercuti upanya Ana...noe biasanya kalau g lumut...balik hari je...jarang stay sana...

    ReplyDelete
  3. Saya kalau pergi sini tido sini marah akak ipar...ehehehee...

    ReplyDelete
  4. Tak pernah dengar pasal hotel ni. Nampak macam ohsem aje. Ni yang meruap-ruap semangat nak bercuti during weekdays nih.

    ReplyDelete
  5. berbaloi².. tp kt org x blh kena tunggu cuti sekolah...

    ReplyDelete
  6. betul tu.sedia kelengkapan selengkapnya dgn ahli keluarga.hihi.jimat pon jimat kan

    ReplyDelete
  7. brp star ne kak? nk survey gak la..bln 9 ada family day opis..kena rate murah2 la br sume family dpt g..:))

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.