Story Mory Cik Lala

Wednesday, April 16, 2014

Semalam punya cerita

Kisah semalam yang kena naik tangga dari ground floor ke tingkat 13. Mak ai. Cam nak tercabut kepala lutut dan nyawa bagai. Ni semua gara gara lif rosak pagi pagi buta. Dah cun sampai before opis hour. Tup tup tengok ramai member opis melepak kat bawah. Ingatkan kebakaran ke apa.

Dah la semalam ada meeting Pengarah. Tak semena mena kena escort Tan Sri panjat tangga ke tingkat 13 tu. Dia rileks je. Kita yang termengah mengah. Dalam hati Tan Sri pi la jalan dulu. Tapi jangan harap la. Selagi kita tak panjat tangga tu dia pun duduk situ jugak. DAh la bawa banyak barang. Dengan jajannya dengan jeruknya dengan handbegnya. Siap Tan Sri tu pulak yang offer diri nak bawa beg saya tu. Owh tidak.

Sampai je kat tingkat 13 tu tengok bos tengah tunggu Tan Sri. Saya terus blah masuk opis. Tak larat dah nak cakap apa apa. Sampai je tempat duduk rasa nak pitam. Nasib baik ada kipas yang comel yang boleh pasang through komputer tu. Baru la lega. Sampai ke hari ni lenguh kaki tu masih terasa. Maklum la orang jarang exercise.

13 comments:

  1. mak ai, tinggkat 13? tinggi tu…. mmg patuh rasa nak tercabut lutut…
    Kat sini selalu juga kena fire drill kat opis… tu pun cuma tingkat 5, dah rasa nak tercabut kepala lutut...

    ReplyDelete
  2. aduhla kak... kalu dana mau dh fengsan kt tingkat 10 kot hhahah
    sbb opis dana tingkat 6 penah la lif rosak mmg rasa mengeletar lutut kalu tkt 13 tak tau tercabut lutut rasanyer huhuhu... bgs tul tan sri tuh kak...

    ReplyDelete
  3. alamak boleh bayangkan.. mesti oh tidak tak nak fikir... memang semput tahap gabanler...

    ReplyDelete
  4. Hadoii... naik tangga 13 tingkat ke? Penatnya. Dah la kena escort dgn tan Sri, Bagusnya tan sri tu. Humble. Kim salam kat dia ye. 8agaknya tan sri tau dlm beg ibu lala ada jajan. sebab tu dia offer nak bawak. heheh.

    ReplyDelete
  5. Mesti tegang urat betis kan...pakai kasut tumit tinggi tak?

    ReplyDelete
  6. aik...biar betul..tingkat 13 tuh...kalau SA mau dah tercabut pinggang dah tu....lift mana yang rosak kak...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..mak aihh punya la tgi nak naik smpai tgkt13..huhu..sbr jala kak..hihih

    ReplyDelete
  8. oooo...ini cerita sebenarnya...mau sakit kaki tu...hehehe

    ReplyDelete
  9. hahahaha... tu dia... kesiannya... :)

    ReplyDelete
  10. Mak aiii tinggi tue akak.. bertabah la kalau lift rosak kan.. =D

    ReplyDelete
  11. hr2 camne cepat kuwus kak..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.