Story Mory Cik Lala

Wednesday, April 9, 2014

Training kat opis - Dale Canergie Course

Sape pernah attend Dale Canergie Course. Tujuan training ni diadakan adalah untuk membina keyakinan diri apabila bercakap dihadapan orang ramai.
Setelah 6 tahun keje kat sini akhirnya kena gak attend training ni. Memang setiap staff kat sini dikalangan eksekutif wajib attend training ni. Training ni diadakan setiap hari khamis pada setiap minggu bulan April ni. Maka bulan April ni bagi saya tak menarik sebab banyak homework bila attend training ni.
Salah satu homework yang kena buat ialah kena prepare untuk presentation esok. Siap kena bawak peralatan bagai. Tujuan homework tersebut adalah untuk belajar bagaimana cara yang betul untuk memberi arahan supaya orang tu faham. Nanti saya cerita ye apa yang berlaku lepas presentation tu esok dan apa yang saya buat untuk presentation tu. Doakan saya berjaya tau.

{Mood malu sebenarnya nak buat presentation tu. Rasa tak nak join kelas tu esok. Tapi kalau skipp class maknanya saya kena repeat balik nanti. Nak tak nak memang kena join jugak}.




Kemain banyak dapat buku. Hambik ko. Baca la sampai pengsan.

7 comments:

  1. mak oooi tak nakler gi courseni.. kena fikir banyak sangatni...

    ReplyDelete
  2. wahhh siap ade presentation ek...sure best training ni
    kite dh lama tak attend training..sejak tglkan AA huhu

    ReplyDelete
  3. Good luck!
    Semoga segalanya dipermudahkan… biasa gugup 2,3 minit jer… lepas tu mesti tak sedar masa yg berlalu sbb syok bercakap kat depan :)

    ReplyDelete
  4. all the best, mesti boleh buat punya !

    ReplyDelete
  5. that is great isn't it... dale carnegie course is quite expensive isn't it?

    ReplyDelete
  6. ikut hati memang rasa x suka training2 semua..
    tmbh lagi dah lama kerja..
    padahal penting ni.

    ReplyDelete
  7. ooo baru faham...presentation apa...bagus la...tuk build keyakinan diri bila bercakap depan org ramai

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.