Sunday, March 30, 2014

Jom shopping








Nak jadi anak soleh tak? Nak jadi anak soleh kena la bawak mak jalan jalan hari sabtu ahad. Ha ha ha. Boleh ke buat statement camtu. 

Kesian mak saya. 5 hari dia terperap kat rumah. Kalau time sekolah dia sibuk pulak uruskan cucu cucunya pi sekolah. Cucu cucu ni kalau ada nenek memang mengada. Nak nenek buat itu la buat ini la. Kalau ibu sorry la. Malas nak layan. Nak apa buat la sendiri kecuali kalau nak makan. Yang tu boleh la ibu buatkan. Kalau ikutkan kehendak dorang, bila besar nanti tak boleh berdikari. 

Mak saya memang suka la sangat kalau dapat shopping kat NSK ke, Giant ke atau pun Mydin. Dia ni jenis rambang mata. Ada je benda dia nak beli. Sebab tu tak boleh bagi duit kat dia banyak sangat. Nanti macam macam dia beli. Memang tiap tiap bulan kena bagi duit untuk dia belanja separuh masuk tabung haji separuh. Cucu cucu suka la kalau pi shopping dengan nenek. Boleh pau macam macam. Yang nenek pun beli la jugak tak kira murah ke mahal. Adoi. Kesian kat nenek. Dah la tak de pendapatan siap kena pau lagi. 

Hari Sabtu Ahad memang selalu bawak dia pi jenjalan. Tak kira la kemana asalkan keluar rumah.

Note: Panasnya kat luar tu. Sakit kepala bila keluar rumah. Ni hujan baru je nak turun. Alhamdulillah. Sejuk sikit muka bumi Allah swt ni.

Esok dah start keje. Esok dah start sekolah balik. Esok jugak jalan start sesak balik. 5 hari saya cuti. Tapi tak terasa pun. Pejam celik pejam celik dah nak naik keje balik.

Via Blogger
4:51pm

11 comments:

  1. Nenek memang suka belanja bila cucu nak apa sahaja. Teringat masa kecil-kecil dulu.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....masa hujung minggu masa y sesuai dilungkan dgn ahli keluarga...

    ReplyDelete
  3. Anak2 dgn nenek la nak bermanja lebih… saya pun mcm tu jugak… tak kuasa nak layan mereka lebih2… tapi dgn nenek/atuk, semua yg mereka nak mesti dapat…. huhuhu
    Cepat kan masa berlalu skrang ni….

    ReplyDelete
  4. Selamat hari isnin...hari ni budak2 dah mula sekolah semula....
    Memang jam lah..sekolah depan rumah bunda ni dah riuh rendah sejak pagi tadi...setelah seminggu senyap...

    ReplyDelete
  5. Tu la... Anak2 pn sm. Kalau dgn tok dgn nenek mcm2 dia org mtk. Nenek dgn atok ni jenis melayan.

    ReplyDelete
  6. Kalo terperap dlm umah lama lama memg bosan

    ReplyDelete
  7. Kalo terperap dlm umah lama lama memg bosan

    ReplyDelete
  8. oooo elok tu ana...bawa mak g tempat2 yg dia suka...biasa la klu nenek ni...apa cucu nak semua bagi... :)

    ReplyDelete
  9. Sama mcm arwah mak saya dulu. Suka sgt dia shopping kat mydin.

    Jemnya nak masuk ke NSK tu ye.

    ReplyDelete
  10. mesti anak anak akak mnja dgn nenek ni kna

    macam NSK SELAYANG je ni.hihi
    betul tak?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.