Friday, March 28, 2014

Captain America

Hari ni saja ambik cuti sempena cuti sekolah. Oleh sebab tak ke mana maka bawa anak anak tengok wayang ajelah citer Captain America kat TGV Wangsa Walk. Dekat je dengan rumah. Anak anak kata citer ni best. Boleh la nak dikatakan best la jugak. Saya ni tak suka cerita yang ganas ganas atau perang perang. Sebab tu la takde perasaan sangat bila tengok citer ni. Sekadar layan anak anak isi masa lapang cuti sekolah.
Yang tak bestnya masa tengok wayang tu. Beli la pop corn. Tapi pop corn tu perisa ayam. Korang boleh tak imagine macam mana rasa popcorn tu. Selalu kan rasa pop corn manis manis gitu. Tak sangka pulak ada popcorn baru. Budak budak pun tak suka nak makan pop corn tu. Membazir je beli. Dah la beli sampai 3 tau. Yang cashier tu pun tak cakap pop corn tu perisa ayam. Kalau tidak confirm tak beli.
Zaman sekarang ni dah senang nak beli tiket wayang. Beli online je. Tak payah la beratur panjang semata mata nak beli tiket. Beli online lepas tu sampai sana collect je tiket kat kaunter express. Kan mudah camtu. Kalau nak harga tiket murah korang pi la tengok sesi pagi. Kalau petang mahal la sikit. Kalau saya memang suka tengok wayang sesi pagi. Boleh cepat balik rumah. Kalau malam lagi la tak suka. Malam masa untuk berehat dan berada di rumah.

5 comments:

  1. saya skali je prnh tng tayangan pagi.

    ReplyDelete
  2. fae plan nak tgk capt america hari isnin ne

    ReplyDelete
  3. Mcm mana la agaknya rasa popcorn perisa ayam tu… tak boleh nak imagine…
    Ha ah, sekrang ni semua benda main order online jer…. yg untung kalau order online, boleh compare harga :)

    ReplyDelete
  4. Betul tu Kak..aida pon suka beli tiket wayang thru online je walaupun ada extra charges RM1 lebih baik lagi dari kena beratur pepanjang n kelam kabut nak pergi ambik tiket kan..Tapi Pop corn perisa ayam tu memang tak bleh blah..aida pon tak suka!

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak tgk movie. Huhu...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.