Story Mory Cik Lala

Saturday, December 14, 2013

Yeay dah balik rumah


Rindunya kat rumah.

Alhamdulillah adik dah balik rumah. Sikit pun tak merengek sakit tu sakit ni. Cuma sesekali je komplen sakit tekak.

Tengah pening nak masak apa untuk orang sakit ni. Nasi bubur dia tak nak. Hari kedua lepas operate dah makan nasi goreng. Tu pun saya suruh test tekak dulu sakit ke tak. Kalau tak sakit boleh makan. Laju je dia makan. Maknanya boleh la tu.

Tadi balik dari sepital dah beli stok eskem banyak banyak. Suke la tu dapat makan eskem. Kalau hari hari biasa mana saya bagi dorang ni makan eskem sangat  takut demam dan batuk. Tapi kali ni terpaksa. Harap harap cepat baik.

Doktor kata kalau nak cepat baik kena bagi dia makan selalu. Aktiviti mengunyah
tu dapat menghakis 'slave' yang kat tempat luka tu. 

Alhamdulillah adik ni jenis yang tak merengek. Lepas operate tu dia dah boleh main dan bercakap. Walaupun air liur tu bertakung kat dalam mulut. Mungkin sebab dia rasa perit kut nak telan.

Oleh kerana adik tak banyak karenah sebelum semasa dan selepas op tu ibu nak reward adik. Ingat esok cam nak bawa adik pi beli hadiah tapi adik dah boleh ke pi jalan jalan esok??




Sent from Samsung Galaxy Note

11 comments:

  1. Alhamdulillah, adik dah baik dan boleh balik rumah….

    ReplyDelete
  2. wah...dah balik umah...adik tu kuat...mesti cepat sembuh...hadiah?? ok je nk kasi reward kt adik...rasanya elok dia stay dulu kt umah...

    p/s sambil2 klik nuffnang ana.. :)

    ReplyDelete
  3. Sian dia... mujur tak byk peel..
    Moga cepat baik spenuhnya..

    ReplyDelete
  4. Sedih dan terharulah kakak Ana. Moga semuanya berjalan lancar. Boleh menelan makanan dengan baik. Tapi kalau boleh jgn bagi yg keras dan pedas/berminyak dululah kesian...

    Cepat sembuh ye sayang...

    ReplyDelete
  5. boleyyyy...hadiah punya pasal ley jalan...ehhe

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah moga cepat sembuh yer adik!

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..semuanya dipermudahkan..tumpang hepi mendgrnya. =)

    ReplyDelete
  8. anak laki kena la kuat..kan adikk
    tp bebudak kalau dia rase tak sakit, mmg ok jekk kann
    wah wah adik dpt reward laaa...ibu belikan apa??? mintak yg best2 tau
    kalau aunty mimi la org nk bg hadiah sakit pon terus baikk hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.