Wednesday, January 25, 2012

Lawatan ke Petrosains

Semalam secara tak sengaja kami ke Petrosains. Konon konon sesaja nak jenjalan kat KLCC je. Tapi anak anak sibuk request nak masuk Petrosains. Memandangkan semalam masih lagi cuti umum, ramai jugak rakyat jelata ke sana. Kami dapat masuk pukul 3 petang disebabkan terlalu ramai orang. Jenuh jugak la menunggu turn nak naik kenderaan pengimbas masa tu.


Main ni dulu sementara nak masuk dan tunggu ayah shopping






Tengah try handle kapal korek (pek hoe)


Ni la heli yang rosak tu

Kat dalam mini panggung wayang. Tengah tunggu nak tengok movie.Spec tu kena pakai sebab gambar 3D.

Kalau nak rasa cane geraran gempa  bumi boleh try kat sini. Terhoyong hayang dah aku tengok deme deme  nih.


Tiket masuk pukul 3. Pukul 1 dah kena beli. Kalau  beli lambat nanti tiket pun habis.

Kat pelantar minyak tu ada 2 helicopter. Sepatutnya boleh naik. Tapi disebabkan heli tu rosak, tak dapat la budak2 merasa cane feel naik heli.


Time  ni la kena beratur nak naik kenderaan Doraemon tu.

Tengah que panjang nak  masuk ke Petrosains.

Itulah sahaja antara gambar-gambar yang sempat aku curi-curi snap. Sebenarnya tak boleh snap kat sana. Anak-anak suka sangat sebab impian mereka tercapai. Siap request nak pergi lagi. Kalau tempat-tempat macam ni, budak-budak la yang paling hepi sebab mereka baru nak explore kehidupan ni. Nampak tempat ni macam kecik aje, tapi lenguh jugak la kaki ni melangkah. kitaorang spend masa kat dalam tu 2 jam jugak la. Ada jugak yang spend sampai 4 jam.

3 comments:

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.