Story Mory Cik Lala

Friday, January 6, 2012

Hari kedua sesi persekolahan 2012

Hari ni dah hari kedua Nabila bersekolah di Tahun 2 dan hari pertama Zafran di Tadika. Alhamdulillah bagi Nabila semuanya berjalan dengan lancar. Hari ni Nabila dah mula naik van sekolah pagi dan petang. Bagi Zafran pula, walaupun ini tahun kedua Zafran di Tadika yang sama, tetapi amat sukar baginya untuk menyesuaikan diri. Pagi tadi aku hantar dia ke sekolah dengan harapan everything will be fine. Bila balik dari sekolah je, aku dengar dia kata, "ibu, tadi Zafran menangis sebab teringat kat ibu".

Macam tu la gelagat anak-anak sementara nak biasa dengan sesi persekolahan 2012. Semoga Nabila dan Zafran belajar bersungguh-sungguh dan menjadi anak yang soleh dan solehan. Ibu sentiasa mendoakan anak-anak ibu berjaya di dunia dan di akhirat, dilindungi dan dipelihara Allah swt sentiasa.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.