Story Mory Cik Lala

Friday, January 6, 2012

Tiada had masa tukar MyKad baru

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta orang ramai supaya tidak berpusu-pusu ke pejabat cawangan JPN untuk menukar MyKad mereka kepada MyKad struktur baru bagi mengelak kesesakan di kaunternya. Ketua Pengarahnya Datuk Jariah Mohd Said berkata, kesesakan di kaunter itu dikhuatiri akan memberi kesan terhadap usaha menyiapkan MyKad dalam tempoh sehari oleh kerana terlalu banyak permohonan diproses. Beliau berkata, penukaran kepada MyKad struktur baru bukanlah sesuatu yang diwajibkan, dan ia adalah perkhidmatan yang berpanjangan tanpa tarikh akhir yang khusus. “Sepanjang Selasa dan semalam, Cawangan JPN Putrajaya menerima 2,984 permohonan untuk menukar kepada MyKad struktur baru, manakala cawangan Shah Alam 1,579 permohonan,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

P/S :  Tadi konon-konon nak pegi la tukar Mykad tu. Rupa-rupanya tak boleh lagi. Kalau nak tukar sekarang kena pegi Putrajaya atau Shah Alam. Kalau nak tukar kat sini start 7 Februari.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.