Story Mory Cik Lala

Monday, January 9, 2012

13 jenis barang kawalan harga

BERA 8 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menyenaraikan 13 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai kesemua barangan tersebut akan diumumkan beliau pada minggu depan dengan penguatkuasaan skim kawalan harga itu adalah untuk tempoh selama 12 hari iaitu empat hari sebelum sambutan hari perayaan dan lapan hari selepas perayaan. "Skim kawalan harga itu bertujuan mengelakkan peniaga dan pekedai mengambil kesempatan menaikkan harga barangan pada musim perayaan ini. "Antara barang yang dikawal ialah ikan bawal putih, udang besar, bawang putih dan beberapa jenis barangan lagi," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli Jawatankuasa Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Bera di sini, hari ini. Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, kerajaan memperuntukan RM40 juta bagi membina 60 lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang akan dibuka sepanjang tahun ini. Katanya, setakat ini terdapat 25 KR1M beroperasi di seluruh negara dan sambutan yang diterima daripada rakyat cukup memberangsangkan. Tambahnya, selain KR1M, terdapat 125 kedai runcit biasa yang menjual barangan jenama 1Malaysia di seluruh negara dan jumlah itu akan ditingkatkan kepada 500 kedai. ''Sehingga kini 250 jenis barang dijual di KR1M dan usaha menambah barangan itu akan dilakukan dari semasa ke semasa," ujarnya. Katanya, peniaga yang menjual barangan jenama KR1M perlu menyediakan rak atau tempat berasingan bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai dan penguna.

6 comments:

  1. Kakak belum lagi berpeluang ke KR1M. Kalau betul murah dan berkualiti nak juga pergi. Tapi dengar kata banyak jual mineral water je hihi...

    Belum pergi belum tahu kan...

    ReplyDelete
  2. Salam berkenalan.....Kak Nurul follow yea....

    ReplyDelete
  3. kalau kat putrajayaniekan..mmg hanginjer kalau perayan2 mcmnie..kat pasar tani terutama barang2 mentah mmg mahai..sayurpun mahai gila...

    kat cni mmg nurul keje masakjer.makan luar jarang..nak jimat..tapi tgk harrga barang mentahpun semakin mahal.kalau raya lagilah..mcm tak ada sekatan harga..

    ReplyDelete
  4. Ros : tima kasih sudi datang

    Kakzakie : saya pun tak pernah pegi kedai tu lagi. Dengar citer barangnye tak kualiti sangat.

    Nazayiena : tq follow. Nanti akk follow awak ye..

    Dalila : Sama sama

    Wan Nurul : kat sini pun barang mahal jugak. Rasa cam rege bahan mentah lebih kurang je dgn mknn yg jual kat luar tu...tapi apa apa pun bagus kalau rajin masak..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.