Tuesday, January 17, 2012

DRB-Hicom beli Proton RM3 billion

KUALA LUMPUR: DRB-Hicom Bhd, konglomerat yang dimiliki usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dipilih untuk mengambilalih Proton Holdings Bhd (Proton Holdings) dalam satu janji niaga yang keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih RM3 bilion.

Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dalam satu kenyataan semalam, mengumumkan penjualan 42.74 peratus kepentingannya dalam Proton Holdings kepada DRB-Hicom Bhd pada harga RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion.

Harga itu mewakili premium 6.2 peratus berbanding harga saham Proton Holdings pada penutup dagangan di Bursa Malaysia pada Jumaat lalu, sebanyak RM5.18 sesaham.

Selepas selesai proses jual beli berkenaan, DRB-Hicom akan membuat tawaran awam mandatori (MGO) bagi baki saham Proton Holdings yang masih belum dimilikinya.

Selain DRB-Hicom, Khazanah sebelum ini menerima tawaran pengambilalihan daripada Pengerusi Proton Holdings sendiri, iaitu Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh. Turut dikatakan membuat tawaran adalah Kumpulan Syarikat Naza (NAZA) dan kumpulan Tan Sri Arumugam Apavoo Packiri dan Gerald Lopez.

Walaupun harga MGO belum dimuktamadkan, namun Ketua Penyelidik OSK Research, Chris Eng menjangkakan DRB-Hicom akan membuat MGO pada harga pembeliannya, iaitu RM5.50 sesaham berikutan ia adalah paras harga tertinggi dalam janji niaga itu.

Mengambil kira kos bagi MGO itu, DRB-Hicom dijangka perlu membelanjakan lebih daripada RM3 bilion bagi pengambilalihan berkenaan. Selain Khazanah, pemegang saham utama lain Proton Holdings ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pegangan 10.72 peratus dan PETRONAS (7.85 peratus).

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata penjualan pemilikan sayap pelaburan kerajaan itu dalam Proton Holdings kepada DRB-Hicom, diputuskan selepas proses penilaian terperinci bagi memastikan pemegang saham baru pengeluar kereta nasional itu mampu membawanya ke tahap pertumbuhan strategik seiring dengan aspirasi kerajaan meningkatkan lagi sektor automotif nasional.

Katanya, DRB-Hicom juga dikenal pasti sebagai pihak yang paling sesuai mengambilalih kepentingan Khazanah dalam Proton Holdings berdasarkan penilaian cadangan menyeluruh, selain menawarkan strategi perniagaan yang jelas dan boleh dilaksanakan.

Khazanah melaksanakan penilaian secara komprehensif terhadap cadangan yang diterima. Ia termasuk penilaian berdasarkan beberapa kriteria utama, iaitu keupayaan kewangan dan sumber melaksanakan pengambilalihan, sumber untuk meneruskan pelaburan dalam perniagaan, menggalakkan transformasi menyeluruh industri automotif Malaysia melalui Proton Holdings dan rantaian nilainya serta komitmen untuk mengekalkan integriti operasi Proton Holdings dan ekosistem industri.

“Komitmen ini penting kerana sebagai pengeluar kereta nasional, Proton Holdings mempunyai pengaruh dan kesan yang amat besar kepada keseluruhan rantaian nilai sektor automotif negara,” katanya.

Azman berkata, cadangan DRB-Hicom turut memperlihatkan kelebihan dan kewibawaan kumpulan itu dalam memiliki rangkaian perkongsian strategik dalam sektor automotif tempatan dan antarabangsa.

Sumber : Berita Harian 17/1/2012

6 comments:

  1. menguntungkan ke beli proton.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. salam kak...

    maaf lama tak singgah..ni blog baru akak ye...kenapa dgn blog lama? apapun, saya dah follow sekali blog baru ni...

    saya tak singgah bukan bermakna saya tak ingat kat akak, tapi saya agak sibuk dan tak BW sgt...mana yg sempat je...huhu...

    kadang2 n3 saya tu saya autopublish jer..hehe...

    anyway, tengs kak keep comment kat blog saya...sayang akak!!

    ReplyDelete
  3. Salam, dah sampai pun.. nasib baik tak jam..

    ReplyDelete
  4. Hope ada perubahan dengan proton :)


    p/s : Minta tolong vote me on FB ye :)
    https://apps.facebook.com/boniavalentine/?share=276694f128094ba57c7.46496071

    ReplyDelete
  5. Tengs pada kawan kawan yang dah follow saya. Nanti saya follow balik ye. Ambik masa sikit sebab kat opis ni banyak sgt yg kena block. Kat rumah baru boleh follow.

    Myra : Saya dah 'like' ye. Harap murah rezeki.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.