Thursday, January 30, 2014
Hotel di Langkawi
Macam mana nak buat Scroll Box
Wednesday, January 29, 2014
Fakta anak sulung
Betul ker seperti apa yang diperkatakan. Saya pun anak sulung jugak. Kebanyakkannya betul lah especially yang no 3 tu. Memang hobi saya gelak sampai tak ingat dunia. No. 14 pun betul jugak. Saya tak berani nak keluar malam malam. Tapi sejak anak dah sekolah ni selalu je kena keluar malam sebab nak beli barang sekolah. Kadang cikgu nak itu nak ini. Sape lagi nak beli kalau bukan maknya. Mengaji Al Quran pun malam jugak. Tapi no 8 tu sangat tak betul. Saya bukanlah artis yang nak jadi tumpuan ramai orang kan.
Nak tanya ni
Power bank yang paling saya suka
Port paling best
Tempat paling best dalam tren. Tepi sekali. Boleh lena sambil sambil lentok kepala. Silap haribulan kalau tak sedar boleh terlajak ke port klang.
Dah boleh parking
Saya dah parking semula kat tempat asal. Parking betul betul kat depan stesen. Ramai je yang parking kat sini. Sepanjang Thaipusam hari tu saya parking kat tempat bayar. Tapi agak jauh nak menapak sorang sorang. Nak nak keadaan sekarang even pukul 715 pagi pun suasana masih gelap. Lalu pulak depan kuil. Ho ho ho. Menyeramkan. Tapi tu la. Parking kat depan komuter ni sesak la pulak kalau lambat sebab kat depan tu ada sekolah Tamil. Kalau balik awak ok lagi.
Korang parking kat mana. Bayar ke free of charge.
Note :
Weng kepalaku. Pukul 130 pagi tadi terjaga pastu tak leh lena dah sampai pagi. Cam ne nak meeting pagi nih....
Tuesday, January 28, 2014
Bila annual leave tak luak luak
kalau saya bagi annual leave sebulan pun tak cukup
macam macam urusan nak dibuat
urusan mak la urusan anak la
kat sini boleh carry forward cuti sebanyak 7 hari je
kena habiskan sebelum bulan Jun
kalau tidak burn
company tak akan bayar pun kalau masih ada baki
Monday, January 27, 2014
Ronda ronda pegi giant
Bila kakak beli kasut
Hadiah dari shida
Sunday, January 26, 2014
Tepung kek span ready mix
Ni la tepung kek span yang ready mix. Cuma prepare telo, air dan minyak. Harga tepung ni RM3.50 je untuk 500gm. Kalau nak buat separuh pun boleh. Dapat la dalam 25 biji cupcake. Boleh buat 2 kali. Nanti kalau dah buat saya akan share rupa kek dia ye. Tak tau lagi bila nak buat. Saya sengaja beli tepung ni siap siap sebab minggu depan kan dah cuti raya cina. Mesti la kedai baking tu tutup.
Saturday, January 25, 2014
Beli kolam baru
LAKUKANLAH HAL INI SEBELUM TIDUR
Rasulullah bersabda :
"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir
3. Sebelum para muslim meridhoi kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh”
Aisyah bertanya, "Ya Rasulullah, Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum seraya bersabda,
1. “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas 3x seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an."
(Bismillaahir rahmaanir rahiim, Qulhuallaahu ahad, Allaahushshamad ¬¬, lam yalid walam yuulad, walam yakul lahuu kufuwan ahad).
2. "Membaca sholawat untukku dan para nabi sebelum aku, makakami semua akan memberi syafa’at di hari kiamat."
(Allaahumma shallii a`laa Sayidina Muhammad wa a`laa aalii Sayidina Muhammad).
3. "Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridhoi kamu."
(Astaghfirullaa ¬¬hal adziim alladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih)
4. "Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."
(Subhanallaahi Walhamdu lillaahi walaailaaha illallaahu Allaahu Akbar)
Subahanallah..., ternyata ISLAM itu Mudah dan Indah.
Friday, January 24, 2014
Anak sulung yang merajuk
Nak jadi Pengawas
Nak shopping untuk raya
Install Google Chrome pun masih tak boleh komen
Thursday, January 23, 2014
Lunch hour dan kepek bayam
Nak buat apa ye. Nak tido mata ni tak nak pulak lelap. Padahal pagi tadi pukul 5 pagi dah terjaga. Pastu tak boleh tido dah.
Nak makan. Pose la pulak. Ada lagi 2 hari nak pose ganti. Sejak berumo ni makin malas nak pose. Asik terbabas je. Kalau pose nak kena bangun sahur plak. Kalau tidak perut ni memang tak tahan. Dolu dolu senang je nak ganti pose. Belum masuk tahun baru dah habis ganti pose. Sekarang jenuh. Tu pun semalam mintak husben belikan berger untuk buat sahur. Sib la dia belikan.
Time pose ni macam macam makanan terbayang. Termasuklah kepek bayam. Korang tau tak macam mana nak buat kepek bayam tu. Semalam makan sedap betul. Dapat rasa sikit je. Kepada sape yang tau macam mana nak buat kepek bayam tu sila lah berkongsi resepi ye.
Note :
Kite dah dapat gaji hari ni. Wiken ni boleh la shopping. Yahuuu.....
Wednesday, January 22, 2014
Boleh buka tapi takleh komen
Dah tak muat kete
Tuesday, January 21, 2014
Yang esok tetap kena collect esok
Saya dah ambil duit bantuan awal persekolahan untuk anak saya yang darjah 2 tu. Untuk yang darjah 4 tu tetap kena ambik esok jugak. Adoi la sekolah ni. Kenapa la tak buat sekali. Ingat mak ayah senang ke nak cuti semata mata nak pi sekolah collect duit tu je. Yang keje jauh cam mana. Sekolah nak bagi cam tak ikhlas je. 100 tu tau. Kalau 2 orang dah 200. Kalau 3 orang dah 300.
Kalau tak silap saya sekolah swasta pun dapat jugak. Tahun tahun lepas dapat. Tapi mungkin lewat sikit kut.
Adoiiii mengah sungguh marathon pi balik ni tau. Dari opis ke sekolah pastu dari sekolah ke opis.
Keadaan masih sesak
Bantuan RM100
Korang dah ambik ke duit bantuan awal persekolahan rm100 tu. Sekolah anak saya hari ni baru nak bagi. Sape yang anaknya darjah 1, 2 dan 3 boleh collect hari ni 21.1.2014 bermula jam 1.30 petang sampai jam 3.30 petang. Sape yang anaknya darjah 4,5 dan 6 boleh collect esok 22.1.2014 dari jam 11.00 pagi sampai jam 1.30 petang.
Susah jugak camtu sebab anak saya sorang darjah 2 dan sorang lagi darjah 4. Maknanya 2 hari berturut turut saya kena hadir ke sekolah semata mata nak collect duit bantuan tu. Kenapa tak buat sekali je. Ataupun kenapa tak buat dari pukul 3.30 petang hingga pukul 5.00 petang. So bagi kami kami yang keje tu kan senang keluar opis pi ambik duit pastu boleh balik ke rumah terus. Kalau sampai pukul 3.30 tu takkan nak balik rumah terus pulak kan. Nanti apa kata boss. Haruslah balik ke opis buat keje.
Esok tak tau lagi macam mana. Kalau boleh collect hari ni je kan senang. Kalau kena collect esok maknanya kena la pi opis dulu pastu keluar pi sekolah pastu pi opis balik.
Monday, January 20, 2014
Thaipusam owh Thaipusam
Makkk ai. Sampai hari ni masih bersepah khemah khemah kat tepi jalan. Sampah bertaburan sana sini. Nak bawa kete pi keje pun susah sebab depa dah konker tempat parking. Menyusahkan betul. Sampai bila nak clear sumenye tu. Adakah minggu depan. Adakah bulan depan. Mengganggu orang yang nak parking kete nak pi keje tau.
Sunday, January 19, 2014
Zoo Taiping 2014
Saturday, January 18, 2014
Ulat daun yang comey
Anak anak jumpa ulat daun ni masa kat kampung. Ni ulat betul tau. Hidup lagi. Comey sangat. Cantik kaler hijau. Tengok mata dia cam ketapi dalam citer katun kan.
Baik je ulat ni dok dalam bekas tu. Redho je. Dah 3 hari dok dalam bekas tu tak keluar keluar pun.
Monday, January 13, 2014
Anak bertuah sorang ni
Anak bertuah sungguh la yang no 2 ni
Dua hari cuti takde pun nak suruh ibu isi borang bagai
Cuti 2 hari jugak tak pun nak cek buku matematik tak de la bagai
Petang ni nak pi sekolah pagi ni la buat kelam kabut
Nak isi borang tu la
Buku matematik tak de la
Kalau tak isi borang tak nak pegi sekolah sebab takut kena marah dengan cikgu
Sanggup suruh ibu balik rumah dari opis semata mata nak isi borang tu
Adoi la anak
Note: Dalam tren otw nak balik rumah nak isi borang apa ntah. Japgi masuk opis balik. Weng kepala jadinya.
Sunday, January 12, 2014
Magnum mini
Saturday, January 11, 2014
Kek span 2nd trial
Friday, January 10, 2014
Bijaknya dia berkata kata
Dah 1 minggu Danial masuk tadika. Dia kata ibu tak payah la pi keja. Ibu hantar adik pi cekolah. Pastu ibu ambik adik balik cekolah. Pastu baru la ibu pi keje....
Amboi. Sedapnya cakap. Kalau boleh dah lama ibu buat camtu.
Salam hari Jumaat kawan kawan. Jangan lupa baca surah Al Kahfi hari ni. Mudah mudahan urusan kita pada hari ini dipermudahkan dan diberkati.
Thursday, January 9, 2014
Nak ibu jugak yang hantar
Danial buat perangai pulak hari ni tak nak pegi tadika. Kalau pergi nak saya yang hantarkan. Nasib la call rumah before tren bergerak. Saya dah ada dalam tren time tu. Bila dengar danial menangis suruh saya hantar pegi tadika saya terus keluar dari tren tu. Balik rumah pulak semata mata nak hantar dia. Pukul 9 baru saya naik tren semula nak pi keja. Tu pun dia suruh saya tunggu dia. Saya mengaku je la yang saya akan tunggu dia. Harapnya okey lah tu nanti bila dah dapat kawan. Sementara nak pergi tu je yang problem.
Note : Tak tenang hati dibuatnya bila anak anak buat perangai pagi pagi tak nak pegi sekolah.
Wednesday, January 8, 2014
Tanah runtuh di jalan Mahameru
Alhamdulillah nasib baik semalam tak keja. Kalau keja pun memang tak bawak kete. Kalau tidak mesti sangkut berjam jam kat sini. Memang petang semalam hujan lebat sangat kan. Time budak budak nak balik sekolah pulak tu. Bila hujan petang petang ni hati mula la sayu teringat kat anak anak yang nak balik sekolah. Yang nak menapak dari sekolah nak naik van. Habislah basah kuyup. Sebagai alternatifnya terpaksa la ambik anak anak balik sekolah setiap petang sebulan dua ni sementara nak musim kemarau pulak. Harap harap komuter tak buat hal. Boleh sampai pukul 6:30 kat stesen pastu zrassss pi sekolah. Memang la jem sikit. Tapi asalkan anak anak tak basah kuyup.
Note:
Tengah menahan sakit gigi yang zruppp sampai sakit kepala. Dah tiga hari sakit gigi sakit kepala nih. Makan ubat tahan sakit pun tak jalan. Bukan ada masalah gigi berlubang ke apa. Cuma masalah gigi sensitif. Start ngilu bila kena makanan atau benda benda sejuk pastu terus la berdenyut denyut. Kalau jumpa doktor apa rawatan doktor ek kalau gigi ngilu ni.
Danial 5 years
Hari kedua dah buat hal takmo pi tadika. Lama sangat katanya kat sekolah tu. Bosan. Mulanya nak suruh dia pi naik van je. Tapi buat hal la pulak. Akhirnya saya ngan hubby hantar dia naik moto. Balik sekolah dia citer yang dia nangis kat sekolah. Saya tanya la sebab apa. Katanya sebab ibu tak tunggu. Tapi teacher pujuk. Teacher kata nanti ibu datang.
Hari ketiga drama air mata la pulak. Pagi pagi dah mengamuk takmo pi sekolah. Fobia sebab ibu tak tunggu dia kat sekolah semalam. Padahal hari isnin pun saya tak tunggu. Saya acah je dia saya kata saya tunggu. Dia pun percaya. Tapi semalam dah pegi naik moto. Ayah nak pi keja. Off course la ibu kena balik rumahkan. Haih...bijak sungguh budak ni. Kita jawap ada je yang dia persoalkan. Pujuk punya pujuk pun tak jalan gak. Last last bila ayah turun nak pi keja suruh dia siap pi sekolah rela dalam terpaksa la bersiap. Ayah pulak buat buat pegang tali pinggang bagai. Lagi la dia takut kan. Tapi nak gak masuk keta. Sampai depan sekolah menangis lagi. Ibu pun naik sebak. Pastu teacher datang pujuk bawak dia masuk dalam kelas. Saya cakap saya tunggu dia kat tepi sekolah. Jangan nangis tau.
Masa ambik tadi saya tanya adik nangis ke tak kat sekolah. Tak katanya. Tapi dia kencing dalam seluar la pulak. Hampir hampir lencun. Seluar spare pulak tak bawak. Habih la kete ibu bau hancing.
Saturday, January 4, 2014
Kek tahun baru
Friday, January 3, 2014
Bibir bengkak
Appraisal 2013 - penentu bonus dan kenaikan
Cerita semalam
Penat tak hengat semalam. Mana taknya. Pagi semalam pukul 5.15 pagi dah bangun buat macaroni goreng. Danish dengan Danial tak nak makan la pulak. Dah jemu katanya. Padahal dah lama tak buat pun. Bebudak ni ikut musim kan. Kadang tu buat hari hari pun tak pe. Kadang pulak tak nak. Nasib la si Nabila tu makan. Siap bawak bekal pi sekolah pagi. Balik sekolah pun makan lagi. Kalau tak kecik hati ibu penat penat buat tak de orang makan.
Pagi tu dah hantar Nabila pi sekolah kebangsaan (dah darjah 4 tau), balik hantar Danish pulak pi sekolah agama. Nak settlekan yuran sekali. Lepas bayar yuran saya angkut Danish balik rumah sekali sebab tak belajar pun. Daripada main sampai kotor baju seluar baik saya bawak dia balik.
Lepas tu pergi Giant pulak sebab nak beli lauk. Angkut pulak si Danial. Si kenit tu kalau saya ada kat rumah mesti dia nak ikut kalau pegi mana mana. Kalau tinggal merajuklah nanti. Kat Giant beli ayam ngan udang je. Beli sikit je sementara nak tunggu hari minggu. Hari minggu boleh pegi pasar sebab lauk lagi fresh kan.
Balik dari Giant tu hantar Danish pi sekolah kebangsaan pulak. Tunggu kejap sementara nak masuk kelas. Punya la lama pulak perhimpunan tu. Dah la sakit kepala nih. Panas terik kan. Dah Danish masuk kelas baru la balik rumah dengan si Nabila. Danial pun tak ketinggalan la mengikut. Sampai rumah dalam pukul 2.
Pukul 3 pegi sekolah agama lagi sekali sebab nak bayar yuran si kakak pulak. Nasib la orang tak ramai. Balik dari sekolah agama saya pun kebabom pengsan merehatkan minda dan fizikal. Dengan si Danial sekali pengsan. Cam dia pulak bawak kete.
Pukul 6 keluar lagi sekali sebab nak ambik Danish balik sekolah kebangsaan pulak. Jalan jem tak hingat. Maklum la hari pertama sekolah kan. Selalu saya ambik Danish depan pagar dalam pukul 6.45 petang. Tapi semalam pukul 7 lebih baru sampai depan sekolah dia. Punya la sesak. Dalam pukul 6.10 kat depan sekolah tu memang dah sesak pun.
Camtu la jadi mak mak ni. Penat woo jadi supir ni sebenarnya.