Thursday, October 31, 2019

Day 3 - Pak Bara ke Betong



Inilah chalet yang kami sewa.


Antara menu makan malam yang kami oder. Salah satunya ialah telur belangkas.


Dah bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan ke Betong.



Tempat kami bersarapan. 1 minit je dari Pak Bara Resort.


Macam macam air ada kat sini





Meriah sungguh makanan dia. Terasa macam berada di kampung.


Pulut ayam. Menu wajib yang ada kat sana. sedap.



Ni dah on the way ke Betong. Singgah sini jap untuk isi minyak dan rest. Kat Thailand tak ada RnR macam kita. Kalau nak berhenti rehat kena stop kat petrol pam. Surau pun disediakan.


Besarnya ayam dia.


Amazon Cafe ni terdapat di Petrol Pam yang terpilih sahaja. Kalau nak makan kek atau minum air sedap boleh singgah di sini. Air sedap tu macam lemon tea, green tea dan latte.


Ni dah sampai Betong. On the way nak pi makan malam terjumpa pulak post box gergasi ni. Post box ni paling besar di dunia rasanya.



Kedai makan Haji Nan. Lupa pulak nak ambik alamat. Lokasinya terletak di celah celah kedai. Agak tersorok jugak la dari tepi jalan besar tu. Tapi kalau rajin jalan jalan mesti jumpa.


Ni la antara menu yang kami oder. Yang specialnya kat sini ialah ikan siakap serai. Sedap jugak.


Tinggal ni je geng yang ada. Yang lain dah bawak haluan masing masing.


Dari Pak Bara kami berkumpul seawal jam 7 pagi untuk meneruskan perjalanan ke Betong. Kami bersarapan dahulu di gerai yang berhampiran dengan resort kami. Ada macam macam makanan di situ. Semuanya sedap sedap belaka.

Kami tiba di Betong jam 4.30 petang waktu Thailand. Lenguhnya duduk atas motor lama lama jangan cakap la. Rasa kebas sakit bontot semua ada. Kami check in di Hello hotel Betong. Terdapat banyak kedai urut di sekitar sini. Esoknya selepas makan tengah hari di  Betong kami meneruskan perjalanan balik ke KL. Sampai di rumah kira kira jam 11 malam dengan hujan di sepanjang perjalanan. Habis basah kuyup.

Day 2 - Hatnyai ke Pak Bara











Hari ke 2 di Hatnyai. Paginya kami bersarapan di sebuah kedai Dimsum yang viral tu yang terletak di Hatnyai. Pelbagai juadah dimsum disediakan. Tinggal pilih je mana yang berkenan. Selain itu terdapat juga menu menu lain seperti nasi goreng, daging bakar salad, spageti dan lain lain lagi. Antara menu yang kami oder ialah nasi kerabu, daging bakar, nasi goreng ketam, air green tea, milo panas, teh o panas dan air kelapa. Masa kami sampai kerusi meja semua dah penuh. Terpaksa la menunggu kira kira 1 jam untuk dapat tempat duduk untuk 20 orang.

Selepas selesai makan, kami pun pulang ke hotel dengan menaiki tut tut untuk berkemas kemas dan menuju ke Pak Bara pula.


Wednesday, October 30, 2019

Day 1 - Kl ke Hatnyai






Ni dah sampai Hatnyai. Singgah beli buah jap. Kelaparan sudah sebab last makan pukul 10 tengah hari.


Singgah beli simkad Thailand jap. Wajib beli simkad sebab nak tengok google map bagai kan. Kalau tak de simkad tak bersosial la nanti. Tapi internet sana agak slow walaupun unlimited data.



Ni trip mat mat motor ke Thailand. Berkumpul di Petronas Rawang jam 7 pagi. Bertolak pukul 8 pagi. Kami tiba di Hatnyai jam 5.30 petang waktu Thailand. Waktu di Thailand adalah kurang 1 jam dari waktu Malaysia.

Total motor yang konvoi ke Thailand ni lebih kurang 15 buah. Meriah pulak rasanya konvoi ramai ramai ni. Ni la first time aku join en husband ride jauh. Saje nak merasa pengalaman masuk sempadan dengan motor. Kalau dengan kete dah pernah merasa.

Semasa di Hatnya kami bermalam di Friendlytel Hotel. Hotelnya cukup selesa disamping terdapat banyak kedai makan di sekitar sana. 7e pun dekat. So tak perlu risau kalau ada barang peribadi yang tak mencukupi. 7e di Thailand meriah. Macam macam ada.

Wednesday, October 16, 2019

Beli satu percuma satu





Aku tak pernah beli jenama ni sebelum ni. Hari tu pegi Ekspo kucing ada la dapat free gift yang ni. Kebetulan pula Lazada bagi aku RM12.60. Aku pun beli la makanan kucing Felix ni. Total harga RM24. Aku perlu bayar cuma RM11.40 sahaja sebab Lazada sponsor aku lagi RM12.60 tu. So jimat dah kat situ. 

Tak habis kat situ, bila dapat barang petang tadi bila aku buka rupanya dapat kiblle Fancy Feast 1.2kg tu free. Patut la kotak berat semacam je. Happy aku. Bayar RM11.40 dapat 2 benda. 12 peket Felix wet food dan 1.2 kg kibble Fancy Feast. Jimat belanja untuk 2 minggu.

Pokok Limau Purut


Geram betul dengan pokok limau purut ni. Tanam tak pernah nak hidup. Awal tanam hidup la dalam 2 ke 3 bulan. Lepas tu mati. Dah 2 kali aku beli pokok limau purut ni. Tangan panas betul. Hari tu nak beli pokok ni dengan orang bawa lori pokok kat pasar, tapi mahal sangat. RM15 satu. Mak oii, terus aku tak jadi beli. Kalau RM5 boleh tahan la lagi. 

Aku selalu beli je daun ni kat pasar atau kedai runcit. Nak pakai sikit je tapi kena beli sejambak. Akhirnya yang lebih tak pakai tu buang sebab dah kering dan rosak. Takkan hari hari nak pakai daun ni pulak kan. Kalau ada pokok ni tanam kat rumah boleh ambik setakat nak guna je. Tak la membazir.

Teringat masa kat kampung dulu. Pokok ni ditanam dibelakang dapur. Segar bugar. Meriah betul daun dan buah dia. Kalau nak pakai petik je. Tak payah beli. Hidup kat bandar ni semua benda kena beli. Kan.....

Monday, October 14, 2019

Juicy Milk murah di Giant Batu Caves




Ada promosi susu ni kat Giant Batu Caves. Barang lain cam tak berapa menarik. Cari Downy botol 1.2 Liter pun tak ada. Maybe Giant tak keluarkan stok lagi. Tunggu Jumaat baru ada. Biasanya hujung minggu ada promosi. Aku selalu beli barang kat Giant ni kalau ada promosi je. Kalau tak ada lebih baik beli kat Speedmart 99. Lebih jimat.

Sunday, October 13, 2019

Kucing datang rumah


Yang kat dalam tu kucing aku bela. Anak ambik dari sekolah.

Yang pakai kolar tu mak dia. Muka comel dan sweet. Anaknya pun sama comel. Maknya tu dah dimandulkan memandangkan dia dah duduk rumah aku. Kang beranak pinak pulak.

Mengintai dari luar tingkap je. Sesekali baru boleh masuk. Aku tak bagi duduk dalam rumah sebab si Leo tu dah pandai memancut.

Ni bukan kucing yang aku bela. Kucing kucing ni datang rumah sejak December 2018. Mulanya mak dia je yang datang mintak makan kat rumah aku. Lepas makan dia pun pergi. Nak makan datang lagi. Macam tu la hari hari. Masa mula datang tu mak dia tengah mengandung. Sampai masanya dia beranak kat mana pun aku tak tau. Tau tau bulan 12 hari tu datang bawak anak dah besar besar dan comel. Sejak dari hari tu depe pun menetap kat rumah aku. 3 ekor anak dia semuanya. 

 Aku ni pantang tengok kucing Kesian jadinya. Aku pun bagi makan setiap hari. Padahal aku dah ada 3 ekor kucing masa tu. Campo yang ni jadi 7 kucing aku. Time sakit aku rawat. Bawak ke klinik bagai. Ada sekor tu kaki dia bengkak. Maybe jatuh pokok kut. Terpaksa la angkut ke Vet. Tapi sekarang anak dia tinggal satu je. Yang satu tu dah mati bulan Februari hari tu sebab kena Parvo. Yang satu lagi pulak hilang ntah ke mana lepas raya hari tu. Dan inilah yang masih tinggal dengan aku bersama maknya.

2 beranak ni bebas kat luar rumah je. Aku memang tak bagi masuk dalam rumah. Tapi bila malam aku letakkan dorang kat belakang rumah aku demi keselamatan depe. Belakang rumah aku tu memang dah siap pasang jaring supaya depe ni tak lolos keluar. Ada jugak kucing kucing liar yang jahat datang mengacau dan bergaduh dengan depe kalau aku biar kat luar rumah waktu malam.

Nampaknya depe ni dah jadi penghuni tetap dah duduk rumah aku. Aku pun tak kesah. Jangan berak merata dah.

(Kalau mood rajin banyak betul nak update dalam blog ni.Lepas tu senyap beberapa hari).

 


The Garden dah ada surau










Sumber daripada fb ni.

 Aku baru tau kat The Garden ni ada surau. Sebelum ni kalau nak solat kena solat kat surau yang berdekatan dengan food court tu. Tidak pun solat kat Midvalley. Jauh nak menapak. Dengan adanya surau kat Level 1 The Garden ni lebih mudah. Lokasi surau ni berada di level atas the Robinson. So dah tak de alasan tak nak solat okeh. Suraunya tak besar mana tapi tak berapa crowded kalau nak dibandingkan dengan surau kat Mid Valley tu. Boleh solat dengan selesa.

Aku tak tau la berapa lama surah ni dah wujud. Sebelum ni pernah tanya kat staf yang bekerja di The Garden ni lokasi surau. Tapi katanya tak ada. Takkan la staf The Garden kena solat kat Mid Valley kan.