Lama tak buat entri sebab bizi bizi dan bizi. Keje banyak kat opis manakala staff tak cukup. Dulu ada 4 orang. Sorang dah resign. Dapat jadi manager kut kat tempat baru. Sorang lagi pulak dah sarat menunggu kelahiran cahayamata ke 4. Makanya tinggal lah kami berdua sahaja. Sume keje kami berdua la nak kena handle. Meeting pulak setiap minggu. Macam macam meeting dok ada. Selain meeting banyak lagi adhoc keje nak kena buat.
Boss kata orang baru akan masuk lagi sebulan. Hu hu hu. Cam nak nangis dengar. Ayat boss yang tak boleh blah " u all kena bekerja keras dalam masa sebulan ni sementara orang baru nak masuk". Selama ni pun kami bekerja keras gak boss. Boss je yang senang hati jalan sana sini sedut udara segar.
Biasa la boss. Peduli apa keje banyak ke tak. Yang penting sume keje keje tu staff yang buat.