Thursday, January 30, 2014

Hotel di Langkawi

Saya nak tanya kepada sesape yang pernah ke Langkawi
Uolls tido kat hotel mana ek
Ada tak hotel yang berdekatan dengan Airport
Hotel kat Langkawi ni mahal ke
sebab saya google kat internet rate hotel sumenya mahal mahal belaka
saya bajet dalam RM150 hingga RM250 je per nigh
Bukan lah nak hotel yang 5 star pun
sekadar untuk bermalam saja sebab siangnya mestilah penuh dengan aktiviti ronda ronda kan
dah lama sangat tak pergi Langkawi ni
Last pergi masa mengandungkan anak sulung 10 tahun yang lalu
maklum la pengantin baru gitu

Macam mana nak buat Scroll Box


Macam mana saya nak letak senarai past and present yang atas tu dalam scroll box ye. Ada yang boleh membantu tak.

Note :

Saya dah try buat tapi tak boleh. Penat dah la.

Wednesday, January 29, 2014

Fakta anak sulung



Betul ker seperti apa yang diperkatakan. Saya pun anak sulung jugak. Kebanyakkannya betul lah especially yang no 3 tu. Memang hobi saya gelak sampai tak ingat dunia. No. 14 pun betul jugak. Saya tak berani nak keluar malam malam. Tapi sejak anak dah sekolah ni selalu je kena keluar malam sebab nak beli barang sekolah. Kadang cikgu nak itu nak ini. Sape lagi nak beli kalau bukan maknya. Mengaji Al Quran pun malam jugak. Tapi no 8 tu sangat tak  betul. Saya bukanlah artis yang nak jadi tumpuan ramai orang kan.

Nak tanya ni

Kalau korang perasan, list past and present saya tu berderet deret dari atas sampai bawahkan. Macam mana nak buat yang scroll tu ek. Tak la panjang berjela sangat. Ada yang tahu tak. Lepas tu column past and present saya tu kecik la sangat. Saya tak boleh nak lebarkan dah. Macam mana nak  buat ye. Ada yang expert tak pasal benda benda nih.

Power bank yang paling saya suka

Power bank yang paling saya suka setakat ni. Boleh cas banyak kali. Senang nak pegi mana mana. Tak perlu risau bateri telefon kong. Tapi saya tak suka cas telefon samsung dengan power bank sebab lambat penuh. Kalau iphone okey lagi.




Port paling best

Tempat paling best dalam tren. Tepi sekali. Boleh lena sambil sambil lentok kepala. Silap haribulan kalau tak sedar boleh terlajak ke port klang.


alhamdulillah Batu Caves ni adalah stesen paling akhir. Kalau nak tren pagi pagi memang boleh sangat nak pilih port mana yang paling best.

Dah boleh parking

Saya dah parking semula kat tempat asal. Parking betul betul kat depan stesen. Ramai je yang parking kat sini. Sepanjang Thaipusam hari tu saya parking kat tempat bayar. Tapi agak jauh nak menapak sorang sorang. Nak nak keadaan sekarang even pukul 715 pagi pun suasana masih gelap. Lalu pulak depan kuil. Ho ho ho. Menyeramkan. Tapi tu la. Parking kat depan komuter ni sesak la pulak kalau lambat sebab kat depan tu ada sekolah Tamil. Kalau balik awak ok lagi.

Korang parking kat mana. Bayar ke free of charge.

Note :
Weng kepalaku. Pukul 130 pagi tadi terjaga pastu tak leh lena dah sampai pagi. Cam ne nak meeting pagi nih....

Tuesday, January 28, 2014

Bila annual leave tak luak luak

Ada orang rajin sangat keje
cuti tahunan tak luak luak
malah berlebih lebih bila di bawa ke tahun hadapan
walau apa hal yang berlaku sekalipun
dia tetap pergi keje
anak tak sihat pun sanggup ditinggalkan dengan maid atau pengasuh

Untung majikan kalau dapat pekerja macam ni kan
kalau saya bagi annual leave sebulan pun tak cukup
macam macam urusan nak dibuat
urusan mak la urusan anak la

kat sini boleh carry forward cuti sebanyak 7 hari je
kena habiskan sebelum bulan Jun
kalau tidak burn
company tak akan bayar pun kalau masih ada baki

Note :
Ada kawan kawan saya yang rajin keje sepanjang tahun. Tak pernah mc tak pernah EL. Bagus betul deme deme nih. Mudah perjalanan hidup dorang. Baki  tahun tahunan pun berlambak lambak walaupun company bagi brought forward 7 hari je.




Monday, January 27, 2014

Ronda ronda pegi giant




Danial dengan maknye memang suka sangat tengok tarian singa ni. Pantang ada je kami mesti nak ambik gambar. Acara setahun sekali je pun.

Bila kakak beli kasut






Bila kakak beli kasut dia pun nak  beli kasut jugak. Meleleh air mata bila ibu tak bagi dia beli kasut. Kakak beli kasut tu pun sebab nak guna kat sekolah. Kasut lampu adik masih elok dan masih boleh di pakai. Nanti nak raya kita beli kasut baru ye.

Note:
Danial memang camtu. Sensitif. Apa yang kakak dengan abang beli dia pun nak. Semalam sengaja saya tak belikan dia kasut sebab hari sabtu tu dia dah beli menan berharga RM129.00. Nasib la si abang kat ikut masa beli kasut kakak ni. 

Hadiah dari shida

Hadiah dah sampai. Beg telekung yang comel yang bewarna hitam. Bukan setakat beg telekung. Rasanya boleh isi yang lain lain jugak. Comey sangat. Suke suke....
Thanks Shida.

Sunday, January 26, 2014

Tepung kek span ready mix

Ni la tepung kek span yang ready mix. Cuma prepare telo, air dan minyak. Harga tepung ni RM3.50 je untuk 500gm. Kalau nak buat separuh pun boleh. Dapat la dalam 25 biji cupcake. Boleh buat 2 kali. Nanti kalau dah buat saya akan share rupa kek dia ye. Tak tau lagi bila nak buat. Saya sengaja beli tepung ni siap siap sebab minggu depan kan dah cuti raya cina. Mesti la kedai baking tu tutup.

Saturday, January 25, 2014

Beli kolam baru


Kolam tu baru beli tadi. Request dari abang ngah. Dari jusco terus ke carrefour Semata mata nak beli kolam.


Lepas balik dari columbia pagi tadi singgah di Jusco. Inilah hasilnya. Ibu saje nak pegi Jusci nak cuci mata. Rupanya kena cuci poket sekali. kalau tak dibeli tu memang meleleh la ayaq mata.

LAKUKANLAH HAL INI SEBELUM TIDUR

Rasulullah bersabda :
"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir
3. Sebelum para muslim meridhoi kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh”

Aisyah bertanya, "Ya Rasulullah, Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum seraya bersabda,
1. “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas 3x seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an."
(Bismillaahir rahmaanir rahiim, Qulhuallaahu ahad, Allaahushshamad ¬¬, lam yalid walam yuulad, walam yakul lahuu kufuwan ahad).

2. "Membaca sholawat untukku dan para nabi sebelum aku, makakami semua akan memberi syafa’at di hari kiamat."
(Allaahumma shallii a`laa Sayidina Muhammad wa a`laa aalii Sayidina Muhammad).

3. "Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridhoi kamu."
(Astaghfirullaa ¬¬hal adziim alladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih)

4. "Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."
(Subhanallaahi Walhamdu lillaahi walaailaaha illallaahu Allaahu Akbar)

Subahanallah..., ternyata ISLAM itu Mudah dan Indah.

Friday, January 24, 2014

Anak sulung yang merajuk


Membelakangkan saya sebab merajuk. Meleleh air mata la tu. Dah darjah 4 pun nak suruh ibu tolong buatkan homework.


Tulisan berangkai yang dia selalu suruh saya buat. Pada saya buat la cam mana pun asalkan jadi. Practice makes perfectkan. Ni bila ada masa tak nak pulak practice. Sibuk dok practice nak jadi pengacar cam retis retis tu. Amboi cita cita.


Semalam Nabila merajuk dengan saya sebab tak nak tolong dia buat homework. Bukan saya tak nak tolong tapi saya nak dia berdikari dan berusaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Bila bab tulisan sambung sambung tu mesti dia akan suruh saya tulis sebab tulisannya tak cantik. Walhal tulisan dia ok je saya tengok.

Nak jadi Pengawas

Balik je dari sekolah agama dia terus call saya

"ibu kalau abang ngah jadi pengawas
abang ngah nak beli kasut Ben10 kaler hitam
kena beli sampin merah
Ustazah suruh jaga disiplin jaga adab
tadi abang ngah tak main pun kat sekolah"

adush

Besar betul harapan kamu. Kesiannya kamu kalau tak dapat jadi pengawas. Ibu pulak yang susah hati. Apa apa pun ibu doakan supaya anak ibu ni jadi Pengawas seperti yang diimpikan

Kawan kawan pun tolong doakan jugak ye. Hari Isnin baru tau keputusan sape yang dapat jadi Pengawas tu

Dup dap dup dap

Nak shopping untuk raya

Tiba tiba terpikir dah lama tak pegi Jalan TAR
dah lama tak beli tudung
last beli tudung bulan 32014 kut
sekarang tudung fesyen apa pun tak tahu

Rasa cam nak pegi jugak shopping dalam jangkamasa terdekat ni
nak shopping kain untuk buat baju raya siap siap
nanti boleh terus tempah
tapi kena tunggu encik hubby free la
encik hubby kita keje 7 hari seminggu
pagi sampai malam
camne tu
kita raya tahun ni pun hujung bulan 7 kan
ada sape sape tak kat sini yang pandai jahit baju
saya nak tempah

Note :

Korang selalu beli baju melayu untuk budak budak kat mana ek
tahun lepas saya beli kat Jusco
tapi kualiti kain tak berapa nak puas hati la
kalau nak tempah kebanyakan tailor memang tak
ambik tempahan baju melayu untuk budak budak ni
selalunya kalau tempah pun buat
baju melayu Johor je yang takde cekak musang tu

Install Google Chrome pun masih tak boleh komen


Walaupun saya dah install Google Chrome 
secara diam diam kat pc kat opis ni 
tapi masih jugak ada 
blog yang saya boleh komen 
dan kebanyakkanya masih tak boleh komen. 
Sedih tau.

Yahuu esok dan lusa dah cuti. 
Boleh lepak lepak kat rumah.

Thursday, January 23, 2014

Lunch hour dan kepek bayam

Nak buat apa ye. Nak tido mata ni tak nak pulak lelap. Padahal pagi tadi pukul 5 pagi dah terjaga. Pastu tak boleh tido dah.

Nak makan. Pose la pulak. Ada lagi 2 hari nak pose ganti. Sejak berumo ni makin malas nak pose. Asik terbabas je. Kalau pose nak kena bangun sahur plak. Kalau tidak perut ni memang tak tahan. Dolu dolu senang je nak ganti pose. Belum masuk tahun baru dah habis ganti pose. Sekarang jenuh. Tu pun semalam mintak husben belikan berger untuk buat sahur. Sib la dia belikan.

Time pose ni macam macam makanan terbayang. Termasuklah kepek bayam. Korang tau tak macam mana nak buat kepek bayam tu. Semalam makan sedap betul. Dapat rasa sikit je. Kepada sape yang tau macam mana nak buat kepek bayam tu sila lah berkongsi resepi ye.

Note :

Kite dah dapat gaji hari ni. Wiken ni boleh la shopping. Yahuuu.....

Wednesday, January 22, 2014

Boleh buka tapi takleh komen



Boleh buka blog tapi tak leh nak komen. Tension tak. Ni lah gambaran pc kat opis kalau nak komen kat entry kawan kawan. Selama ni saya hanya komen tru fon aje. Agak 
susah la nak bw dan komen tru fon ni sebab skrin fon kan kecik je. Rabun sekejap

Note : 
Kat opis ni memang tak leh nak install.google chrome atau mozilla firefox bagai. Sume system pihak IT yang control.

Dah tak muat kete

Baru baru ni balik kampung penuh sendat kete. Memang setiap kali pegi mana mana memang dah tak muat pun. Saya jenis bawa banyak barang. Bantal selimut extension plug sume nak bawak. Baju haruslah satu beg sorang. Campo beg bonda lagi. Nak nak pulak sekarang ni dah ada 2 'ekor' baby kan. Berjalan tuan berjalan lah dia. Balik kampung balik lah dia. Dah tu nak tinggal mana. Kang ada pulak yang mati tak makan.

Sekarang tengah pikir dan tengah survey kete apa yang sesuai. Maklumla anak anak pun dah semakin membesar walaupun 3 je. Kalau naik kete biasa memang la tak selesa dok 4 orang kat belakang tu. Siap nak bersilat bergaduh bagai.

Korang kalau balik kampung atau pegi jenjalan bawak banyak barang tak?

Tuesday, January 21, 2014

Yang esok tetap kena collect esok

Saya dah ambil duit bantuan awal persekolahan untuk anak saya yang darjah 2 tu. Untuk yang darjah 4 tu tetap kena ambik esok jugak. Adoi la sekolah ni. Kenapa la tak buat sekali. Ingat mak ayah senang ke nak cuti semata mata nak pi sekolah collect duit tu je. Yang keje jauh cam mana. Sekolah nak bagi cam tak ikhlas je. 100 tu tau. Kalau 2 orang dah 200. Kalau 3 orang dah 300.

Kalau tak silap saya sekolah swasta pun dapat jugak. Tahun tahun lepas dapat. Tapi mungkin lewat sikit kut.

Adoiiii mengah sungguh marathon pi balik ni tau. Dari opis ke sekolah pastu dari sekolah ke opis.

Keadaan masih sesak

Keadaan masih sesak lagi kat stesen komuter batu caves ni. Dorang masih dok berniaga lagi even Thaipusam dah habis. Sampai bila entah la. Susah orang nak parking kete nak pi keja.

note: 
Tambang komuter pun dah naik harga tau sejak Thaipusam hari tu. Sebelum ni rm1 je. Tapi sekarang dah rm2. Tapi kalau beli kat mesin tiket tu masih lagi rm1. 

Bantuan RM100

Korang dah ambik ke duit bantuan awal persekolahan rm100 tu. Sekolah anak saya hari ni baru nak bagi. Sape yang anaknya darjah 1, 2 dan 3 boleh collect hari ni 21.1.2014 bermula jam 1.30 petang sampai jam 3.30 petang. Sape yang anaknya darjah 4,5 dan 6 boleh collect esok 22.1.2014 dari jam 11.00 pagi sampai jam 1.30 petang.

Susah jugak camtu sebab anak saya sorang darjah 2 dan sorang lagi darjah 4. Maknanya 2 hari berturut turut saya kena hadir ke sekolah semata mata nak collect duit bantuan tu. Kenapa tak buat sekali je. Ataupun kenapa tak buat dari pukul 3.30 petang hingga pukul 5.00 petang. So bagi kami kami yang keje tu kan senang keluar opis pi ambik duit pastu boleh balik ke rumah terus. Kalau sampai pukul 3.30 tu takkan nak balik rumah terus pulak kan. Nanti apa kata boss. Haruslah balik ke opis buat keje.

Esok tak tau lagi macam mana. Kalau boleh collect hari ni je kan senang. Kalau kena collect esok maknanya kena la pi opis dulu pastu keluar pi sekolah pastu pi opis balik.

Monday, January 20, 2014

Thaipusam owh Thaipusam

Makkk ai. Sampai hari ni masih bersepah khemah khemah kat tepi jalan. Sampah bertaburan sana sini. Nak bawa kete pi keje pun susah sebab depa dah konker tempat parking. Menyusahkan betul. Sampai bila nak clear sumenye tu. Adakah minggu depan. Adakah bulan depan. Mengganggu orang yang nak parking kete nak pi keje tau.

Sunday, January 19, 2014

Zoo Taiping 2014

Best pegi zoo Taiping ni. Banyak binatang. Kalau nak jalan kaki pun tak panas sangat sebab banyak pokok pokok. Redup je. Kalau rasa malas nak jalan.boleh naik tram. Tak.kena bayar pun.

Saturday, January 18, 2014

Ulat daun yang comey

Anak anak jumpa ulat daun ni masa kat kampung. Ni ulat betul tau. Hidup lagi. Comey sangat. Cantik kaler hijau. Tengok mata dia cam ketapi dalam citer katun kan.

Baik je ulat ni dok dalam bekas tu. Redho je. Dah 3 hari dok dalam bekas tu tak keluar keluar pun.


Monday, January 13, 2014

Anak bertuah sorang ni

Anak bertuah sungguh la yang no 2 ni
Dua hari cuti takde pun nak suruh ibu isi borang bagai
Cuti 2 hari jugak tak pun nak cek buku matematik tak de la bagai
Petang ni nak pi sekolah pagi ni la buat kelam kabut
Nak isi borang tu la
Buku matematik tak de la
Kalau tak isi borang tak nak pegi sekolah sebab takut kena marah dengan cikgu
Sanggup suruh ibu balik rumah dari opis semata mata nak isi borang tu
Adoi la anak

Note: Dalam tren otw nak balik rumah nak isi borang apa ntah. Japgi masuk opis balik. Weng kepala jadinya.

Sunday, January 12, 2014

Magnum mini

Suke beli yang mini ni
Comel
Senang nak makan
Kalau yang besar tu selalu tak habis
Makan banyak sangat jadi muak
Kalau kat giant rm12.99
Kalau kat tempat lain rm11.99 je

Sent from Samsung Mobile

Saturday, January 11, 2014

Kek span 2nd trial

Akhirnya jadi jugak kek span saya ni. Dua kali cuba tau. Masa buat pertama kali tu tak jadi. Hari ni buat alhamdulillah jadi. Kagum sangat. Guna tepung ready made je pun.

Lepas lepas ni kalau Danial nak makan kek nak buat kek ni je. Gebu dan ringan. 
Cuma guna tepung ready made 250gm, telo 4 biji, minyak 60 gm ngan air 60 gm. Pastu mixer sampai kembang dan putih.
Sent from Samsung Mobile

Friday, January 10, 2014

Bijaknya dia berkata kata

Dah 1 minggu Danial masuk tadika. Dia kata ibu tak payah la pi keja. Ibu hantar adik pi cekolah. Pastu ibu ambik adik balik cekolah. Pastu baru la ibu pi keje....

Amboi. Sedapnya cakap. Kalau boleh dah lama ibu buat camtu.

Salam hari Jumaat kawan kawan. Jangan lupa baca surah Al Kahfi hari ni. Mudah mudahan urusan kita pada hari ini dipermudahkan dan diberkati.

Thursday, January 9, 2014

Nak ibu jugak yang hantar

Danial buat perangai pulak hari ni tak nak pegi tadika. Kalau pergi nak saya yang hantarkan. Nasib la call rumah before tren bergerak. Saya dah ada dalam tren time tu. Bila dengar danial menangis suruh saya hantar pegi tadika saya terus keluar dari tren tu. Balik rumah pulak semata mata nak hantar dia. Pukul 9 baru saya naik tren semula nak pi keja. Tu pun dia suruh saya tunggu dia. Saya mengaku je la yang saya akan tunggu dia. Harapnya okey lah tu nanti bila dah dapat kawan. Sementara nak pergi tu je yang problem.

Note : Tak tenang hati dibuatnya bila anak anak buat perangai pagi pagi tak nak pegi sekolah.

Wednesday, January 8, 2014

Tanah runtuh di jalan Mahameru


Alhamdulillah nasib baik semalam tak keja. Kalau keja pun memang tak bawak kete. Kalau tidak mesti sangkut berjam jam kat sini. Memang petang semalam hujan lebat sangat kan. Time budak budak nak balik sekolah pulak tu. Bila hujan petang petang ni hati mula la sayu teringat kat anak anak yang nak balik sekolah. Yang nak menapak dari sekolah nak naik van. Habislah basah kuyup. Sebagai alternatifnya terpaksa la ambik anak anak balik sekolah setiap petang sebulan dua ni sementara nak musim kemarau pulak. Harap harap komuter tak buat hal. Boleh sampai pukul 6:30 kat stesen pastu zrassss pi sekolah. Memang la jem sikit. Tapi asalkan anak anak tak basah kuyup.

Note:
Tengah menahan sakit gigi yang zruppp sampai sakit kepala. Dah tiga hari sakit gigi sakit kepala nih. Makan ubat tahan sakit pun tak jalan. Bukan ada masalah gigi berlubang ke apa. Cuma masalah gigi sensitif. Start ngilu bila kena makanan atau benda benda sejuk pastu terus la berdenyut denyut. Kalau jumpa doktor apa rawatan doktor ek kalau gigi ngilu ni.

Danial 5 years

Danial dah masuk tadika. Start hari isnin lepas 6 Januari 2014. Masa first day tu okey je. Saya hantar dia depan pintu menonong je dia masuk kelas. Tak toleh kiri kanan pun. Pegi saya hantar. Balik saya ambik. Saya ambik cuti selama tiga hari sebab nak uruskan Danial ni. Maklum la first time.

Hari kedua dah buat hal takmo pi tadika. Lama sangat katanya kat sekolah tu. Bosan. Mulanya nak suruh dia pi naik van je. Tapi buat hal la pulak. Akhirnya saya ngan hubby hantar dia naik moto. Balik sekolah dia citer yang dia nangis kat sekolah. Saya tanya la sebab apa. Katanya sebab ibu tak tunggu. Tapi teacher pujuk. Teacher kata nanti ibu datang.

Hari ketiga drama air mata la pulak. Pagi pagi dah mengamuk takmo pi sekolah. Fobia sebab ibu tak tunggu dia kat sekolah semalam. Padahal hari isnin pun saya tak tunggu. Saya acah je dia saya kata saya tunggu. Dia pun percaya. Tapi semalam dah pegi naik moto. Ayah nak pi keja. Off course la ibu kena balik rumahkan. Haih...bijak sungguh budak ni. Kita jawap ada je yang dia persoalkan. Pujuk punya pujuk pun tak jalan gak. Last last bila ayah turun nak pi keja suruh dia siap pi sekolah rela dalam terpaksa la bersiap. Ayah pulak buat buat pegang tali pinggang bagai. Lagi la dia takut kan. Tapi nak gak masuk keta. Sampai depan sekolah menangis lagi. Ibu pun naik sebak. Pastu teacher datang pujuk bawak dia masuk dalam kelas. Saya cakap saya tunggu dia kat tepi sekolah. Jangan nangis tau.

Masa ambik tadi saya tanya adik nangis ke tak kat sekolah. Tak katanya. Tapi dia kencing dalam seluar la pulak. Hampir hampir lencun. Seluar spare pulak tak bawak. Habih la kete ibu bau hancing.


Saturday, January 4, 2014

Kek tahun baru

Dah beberapa kali Danial request buat kek. Semalam buat kek span. Tapi tak jadi. Saya kena marah dengan Danial sebab kek tak jadi. Merajuk sikenit tu. Ye la. Tu first trial buat kek span. Haruslah tak jadi. Rasa cam susah sikit buat kek span ni.

Pagi tadi saya terus buat projek kek lagi sebelum Danial bangun tido. Geram pulak saya kek yang semalam tu tak menjadi. Kali ni saya pakai resepi yang traditional. Semalam tu saya beli tepung kek span yang ready made. Tapi kali ni saya buat macam biasa. Guna self raising flour, gula caster, butter dan telo.

Note:

Korang tahu tak. Kalau gula caster expired bulan dec 2013 masih boleh guna lagi tak. Sayang pulak nak buang. Tu la saya ni. Beli bahan cam rajin sangat nak baking. Akhirnya terperuk gula caster la, tepung la, butter dalam kabinet tu.

Sent from Samsung Mobile

Friday, January 3, 2014

Bibir bengkak

Gambar anak sulung saya yang bengkak bibirnya. Tak tahu kenapa. Tetiba je jadi masa kat dalam kelas sekolah kebangsaan tadi.

Appraisal 2013 - penentu bonus dan kenaikan

Nak isi apa pun tak tahu la. Susah kan kalau wat keje kena ikut kpi ni. Isi je la seadanya. Korang ada appraisal bagai tak.

Sent from Samsung Mobile

Cerita semalam

Penat tak hengat semalam. Mana taknya. Pagi semalam pukul 5.15 pagi dah bangun buat macaroni goreng. Danish dengan Danial tak nak  makan la pulak. Dah jemu katanya. Padahal dah lama tak  buat pun. Bebudak ni ikut musim kan. Kadang tu buat hari hari pun tak pe. Kadang pulak tak nak. Nasib la si Nabila tu makan. Siap bawak bekal pi sekolah pagi. Balik sekolah pun makan lagi. Kalau tak kecik hati ibu penat penat buat tak de orang makan.

Pagi tu dah hantar Nabila pi sekolah kebangsaan (dah darjah 4 tau), balik hantar Danish pulak pi sekolah agama. Nak settlekan yuran sekali. Lepas bayar yuran saya angkut Danish balik rumah sekali sebab tak belajar pun. Daripada main sampai kotor baju seluar baik saya bawak dia balik.

Lepas tu pergi Giant pulak sebab nak beli lauk. Angkut pulak si Danial. Si kenit tu kalau saya ada kat rumah mesti dia nak ikut kalau pegi mana mana. Kalau tinggal merajuklah nanti. Kat Giant beli ayam ngan udang je. Beli sikit je sementara nak tunggu hari minggu. Hari minggu boleh pegi pasar sebab lauk lagi fresh kan.

Balik dari Giant tu hantar Danish pi sekolah kebangsaan pulak. Tunggu kejap sementara nak masuk kelas. Punya la lama pulak perhimpunan tu. Dah la sakit kepala nih. Panas terik kan. Dah Danish masuk kelas baru la balik rumah dengan si Nabila. Danial pun tak ketinggalan la mengikut. Sampai rumah dalam pukul 2.

Pukul 3 pegi sekolah agama lagi sekali sebab nak bayar yuran si kakak pulak. Nasib la orang tak ramai. Balik dari sekolah agama saya pun kebabom pengsan merehatkan minda dan fizikal. Dengan si Danial sekali pengsan. Cam dia pulak bawak kete.

Pukul 6 keluar lagi sekali sebab nak ambik Danish balik sekolah kebangsaan pulak. Jalan jem tak hingat. Maklum la hari pertama sekolah kan. Selalu saya ambik Danish depan pagar dalam pukul 6.45 petang. Tapi semalam pukul 7 lebih baru sampai depan sekolah dia. Punya la sesak. Dalam pukul 6.10 kat depan sekolah tu memang dah sesak pun.

Camtu la jadi mak mak ni. Penat woo jadi supir ni sebenarnya.

Sent from Samsung Mobile

Wednesday, January 1, 2014

Murtabak maggi

First time buat bila anak bujang nak makan murtabak maggi. Resepi dan cara cara buat dapat dari youtube je pun. Senang dan sedap. Sampai 2 kali buat. First trial buat dah habis kat anak bujang sorang je. Buat lagi kali kedua. Dapat 2 ketul.