Tiba tiba terpikir dah lama tak pegi Jalan TAR
dah lama tak beli tudung
last beli tudung bulan 32014 kut
sekarang tudung fesyen apa pun tak tahu
Rasa cam nak pegi jugak shopping dalam jangkamasa terdekat ni
nak shopping kain untuk buat baju raya siap siap
nanti boleh terus tempah
tapi kena tunggu encik hubby free la
encik hubby kita keje 7 hari seminggu
pagi sampai malam
camne tu
kita raya tahun ni pun hujung bulan 7 kan
ada sape sape tak kat sini yang pandai jahit baju
saya nak tempah
Note :
Korang selalu beli baju melayu untuk budak budak kat mana ek
tahun lepas saya beli kat Jusco
tapi kualiti kain tak berapa nak puas hati la
kalau nak tempah kebanyakan tailor memang tak
ambik tempahan baju melayu untuk budak budak ni
selalunya kalau tempah pun buat
baju melayu Johor je yang takde cekak musang tu
hehe..sama lah kita dah terfikir nk shoping utk raya..
ReplyDeleteslm kenal ;)
Awal shopping raya kak ☺
ReplyDeleteAwalnya shopping raya. Untuk anak-anak lelaki saya, selalu saya tempah atau beli di Hugo Clothier di Semua House. Kalau beli yang dah siap, mereka boleh alter time tu juga. Kalau last minute beli pun takpa... biasanya ada diskaun masa musim raya.
ReplyDelete