Monday, March 31, 2014
Dapat power bank
Sunday, March 30, 2014
Jom shopping
CISKUT LELEH
Saturday, March 29, 2014
Hadiah dari Zalora dah sampai
Baru nak tengok Frozen
Bagi orang lain citer ni dah basi. Tapi kami baru nak tengok. Sebelum ni dah beli cd. Tapi hilang entah ke mana. Memang best la citer ni. Tak rugi tengok.
Friday, March 28, 2014
Captain America
Thursday, March 27, 2014
Biskut ni cedap cangat la ibu
Kalau hari cuti
Ubat sakit tekak yang sedap
Tuesday, March 25, 2014
MH370 yang berakhir dengan tragedi
Monday, March 24, 2014
Plan cuti sekolah
Request dari Danial
Friday, March 21, 2014
Weekend
Thursday, March 13, 2014
Gambar trip Danial
Wajah Danial takde pun dalam gambar ni. Tapi nak tunjuk jugak kat korang sebab budak budak kecik ni sume comel comel belaka. Semalam lupa nak pesan kat teacher supaya ambik gambar Danial satu dua. Danial ni bukan suka ambik gambar. Kalau saya ambik gambar dia pun dia tak suka. Jadinya dia tak heran kalau orang ambik gambar. Dia lagi suke kalau gambar dia tak de cuma maknya yang sebuk.
Malam tadi jenuh dia bercerita pengalaman dia pegi trip semalam. Pot pet pot pet sebelum tido. Penat bercakap lena terus. Patut la lama diam. Rupanya dah terbongkang.
Alhamdulillah sepanjang trip tu dia ok dan tak demam. Maknye punya la risau. Tapi teacher kata dia elok je.
Seronok la tu pegi trip dengan kawan kawan. Dia kata best sangat sebab dapat naik bas besar. Orang kolump kan. Dapat naik bas pun best. Ha ha ha.
Wednesday, March 12, 2014
HIJAB BY ZALORA
Danial pegi trip
Danial ada trip tadika nak pegi farm hari ni kat Serdang. Dia nak pegi jugak walaupun demam. Pagi tadi pun dah tercirit sikit. Harap harap cepat sembuh. Pagi tadi pukul 7 dah bagi ubat demam siap siap. Kalau tak bagi pegi kesian pulak. Dah meleleh ayaq mata dah tu.
Masa dia tengah naik bas tadi tak sempat nak ambik gambar dia. Tak perasan dia tengah panjat tangga bas tu. Maklum la comey sangat.
Ibu doa dari jauh moga Danial sihat dan kuat. Mudah mudahan Danial tak demam dah dan enjoy dengan kawan kawan masa trip tu ye sayang.
Tuesday, March 11, 2014
Doa doa dan teruslah berdoa
Sehebat mana pun kuasa teknologi yang ada. Hebat lagi kekuasaan Allah swt. Berdoa dan terus berdoa. Moga moga Allah beri petunjuk di mana mereka berada. Moga moga mereka semuanya dalam keadaan baik baik saja. Jauhkan lah mereka dari musibah dan anasir anasir jahat. Moga moga Allah pelihara mereka. Moga moga mereka semuanya selamat. Amen ya rabbal a'lamin.
Monday, March 10, 2014
Sepetang bersama ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood
Alhamdulillah dapat juga bergambar bersama sama dengan ustazah semanis kurma ni. Pertama kali pandang wajah ustazah ni masya Allah. Comeynya. Bibir tak lekang dari senyuman. Celotehnya semasa berceramah membuatkan kami ketawa dari mula sampai akhir. Memang seronok sangat dapat jumpa ustazah ni secara live. Orangnya lemah lembut tapi kelakar. Ustaz wan akashah pun sama. Semasa memberi ceramah tadi beliau juga turut diiringi oleh anak anak beliau.
Isnin lagi
Setiap kali jumpa hari isnin
Cam malas je nak pi keje
Cam malas je nak bangun pagi kan
Anak anak pun bising
Cuti 2 hari tak cukup la
Mak mak ni lagi la tak cukup
Sebab macam macam nak buat bila sabtu ahad
Sunday, March 9, 2014
Segalanya dengan ibu
Anak no 2 ibu ni
Nak tido dengan ibu
Dimana ibu disitulah dia
Atas katil ibu atas katil lah dia
Ibu tido kat bawah dia pun tido kat bawah
Nak solat pun dengan ibu
Kalau ibu solat tinggalkan dia
Menangis la sampai melompat lompat
Nak pegi sekolah pun dengan ibu
Tapi memang ibu tak sempat nak hantar
Sebab pukul 6.30 pagi ibu dah keluar rumah
Sedangkan dia masuk sekolah pukul 7.30
Sampai bila nak berkepit dengan ibu nih
Thursday, March 6, 2014
Daftar darjah satu 2016
Lega dah dah daftar persekolah Danial secara online. Lepas ni terus boleh submit dokumen kat sekolah.
Selimut ajaib - Biovelocity
Dapat jugak akhirnya beli selimut ajaib ni
Kebetulan ada promosi diskaun 40%
Rupanya selimut ni dah lama keluar
Saya je yang baru tahu
Itupun selepas dipromosikan oleh makcik saya yang memang pakai selimut ni
Dia kata dulu dia tak boleh naik tangga
Tapi lepas pakai selimut tu alhamdulillah dah boleh
Macam macam lagi faedah pakai selimut ni
Nanti kalau sempat saya share ye
Beli selimut ni pun untuk mak dulu
Nanti kalau ada rezeki boleh beli untuk diri sendiri pulak
Mana tau kut kut mood rajin nak pi keje kan bila pakai selimut ni.
Keistimewaan selimut ni adalah seperti berikut :
1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti
Minggu ni
Minggu ni cepat betul parking penuh
Sampai pukul 7 pun parking dah penuh
Pukul berapa pulak nak keluar rumah kalau dah camtu
Keluar pukul 645 dah habis awal dah rasanya
Lagipun rasanya minggu ni cam ramai orang
Tren pun penuh
Selalunya tak penuh camni pun
Kenapa kenapa kenapa ek?