Thursday, October 31, 2013

Jauh tu pun penat

Penatnya menapak
Bukan ke mana pun
Ke KL Sentral tu je
Sensorang kat opis
X de geng
Berjalan la tanpa arah dan tujuan
Bukan ada nak beli barang pun
Tapi dah jemu duduk opis dari pagi sampai petang
Sekadar nak menghabiskan masa waktu rehat

Mungkin sebab dah nak masuk era 40s kut
Tu yang cepat penat
Jalan jauh sikit dah sakit kaki

Kawan kawan makan apa lunch ni...

Wednesday, October 30, 2013

Jelesnye saye

Jeles arr tengok korang boleh buka blog
Jeles arr tengok korang boleh komen kat blog
Jeles arr tengok korang boleh buat entry kat blog

Saya kat sini hanya boleh buka blog
Tapi tu pun tak penuh
Ada gambar gambar yang tak boleh nak display
Apatah lagi nak komen
Memang the page cannot be displayed la
Tension sungguh
Kat sini nama je ada internet
Tapi banyak web yang tak boleh nak buka
Banyak gambar yang tak boleh tengok
Takut sangat kami tak buat keje
Padahal keje sentiasa siap on time
Kadang kadang siap bawak balik rumah lagi
Kami tak berkira pun
Kenapa company nak berkira sangat dengan kami

Gerammm sungguh.
Tu lah dia keje makan gaji kan
Keje jadi kuli
Kena la ikut telunjuk pihak atasan
Orang bawahan buat tu tak boleh buat ni tak boleh
Orang atasan buat apa pun tak pe
Orang atasan buat sumenye betul

Tuesday, October 29, 2013

Tik tok tik tok

Tik tok tik tok
Tak sabar tunggu pukul 5:30
Tak sabar nak balik
Tak sabar nak jumpa anak anak

Itulah saat saat yang ditunggu setiap hari
Tak kira la kerja sebanyak mana
Hati tetap di rumah

Hadiah dah sampai


a
nak tudung kaler hitam




Hadiah hadiah dah pun selamat diterima
Terima kasih daun keladi kepada najihah90.blogspot.com dan nazirahnyerr.blogspot.com yang baik hati

(update via hp jek. susunan kureng cantik)

Monday, October 28, 2013

Congkak dan buku cerita







Kakak shopping congkak
Adik pulak shopping buku cerita
Yang si kakak dok ajak ibu main congkak
Yang si adik pulak dok suruh ibu bacakan buku cerita
Elok lah tu

Ibu kan segala galanya

Thursday, October 24, 2013

Suka sangat wafer ni

Danial suka sangat wafer ni
Hari hari kirim beli
Maknye pun sekali beli 3/4 bungkus
Buat stok kat rumah

Kenapa aku diuji

1-KENAPA AKU DIUJI? 

Surat Al-Ankabut: 2-3"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta."

2-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? 

Surah Al-Baqarah ayat 216"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

3-KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 

Surah Al-Baqarah ayat 286"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

4-BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN?

Surah Al-Imran ayat 139"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

5-SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!!!! 

Surah Yusuf ayat 87"Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir."

6-BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP?

Surah Ali-Imran ayat 200 "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah kamu beruntung."

7-APA JAWAPANNYA?

Surah Al-Baqarah ayat 45-46"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan (shalat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (yaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada- Nya."
 
8-SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU? 

Surah Ali-Imran: 173"Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung."

9-KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 

Surah At-Taubah ayat 129"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy (singgasana) yang agung."

Renung2 kan setiap hari saat kita berasa hidup ini payah.

(Sumber dari fb)


Kapal korek

Masa kat kedai adik kata adik tak nak beli pun
Adik kata adik nak tengok je
Tapi balik rumah adik nak beli pulak
Siap merajuk nangis mangis belakang pintu sambil lap air mata
Menangis tapi suara tak keluar
Akhirnya ibu terpaksa belikan jugak adik benda ni
Tu pun last stok yang ada
Nasib baik cepat pegi beli
Kalau lambat mesti orang lain dah beli dulu

Bila ditanya kenapa adik tak beli semalam
Katanya cebab nanti tak muat kete. Kan ayah beli adiah untuk baby kawan ayah tu.
(Kebetulan kotak hadiah bb tu pun besar jugak. Memang betul la kata adik. Kalau beli kapal korek tu harus lah tak muat kete. Maklum la kete kancil aje. Clever boy la adik ni).

Feeling bosan

Weekend yang lepas kami tak kemana mana pun
Kan minggu exam
Tak nak la buang masa kat luar
Tapi dok rumah pun budak budak mana reti baca buku kan
Dok buat aktiviti sendiri jugak
Ini la sudahnya
Masing masing mengadap katun je
Dari pagi sampai petang

Tuesday, October 22, 2013

Borak borak dengan kakak

Kalak : abg ngah besar nanti nak jadi apa

Danish : bawa ambulance

Kakak : kenapa

Danish : sbb bawa ambulance tu best

Diam sejenak

Ek eh tak jadi la bawak ambulance. Sebab nanti tak de cuti. Sabtu ahad pun kena bawak ambulance jugak.

(Dalam hati ibu "jangan kata bawak ambulance bawak kapal terbang pun ibu tak kasi. Kalau boleh ibu nak anak anak jadi pensyarah atau yang sewaktu dengannya.")

Doktor dan mekanik

Doktor itu ibarat mekanik kan
Kalau mekanik repair kereta tapi failed boleh beli kereta baru
Tapi kalau mekanik rawat manusia failed
Hilang tiada penggantinya

https://m.facebook.com/nadiashahfikri?__user=1128488628

Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk ahli syurga adek Putera Rafael Shah ini. 

Harap kawan kawan boleh bukak link tu. Maklum la update dengan fon je.

Thursday, October 17, 2013

Bawa anak anak ketika menunaikan umrah

Nak tanya pendapat u olls
Ok tak kalau bawak anak anak bersama ketika mengerjakan umrah
Larat ke diaorang nak ikut kita beribadat
Ke nak tinggalkan je diaorang dalam bilik pastu mak ayah pi masjid beribadat
Kalau bawak anak anak ni paham paham lah kan

Bukan apa
Encik hubby berhasrat nak buat umrah
Tapi ai tak sampai hati nak tinggalkan anak anak
Niat di hati kalau nak buat umrah mesti nak bawak anak anak sekali
3 je pun kan

Moga ianya dimakbulkan Allah
Amenn.

Nak donut tobeyi big apple jugak



Dah beli 6 ketul donut kat midvalley
Balik rumah tsk cukup pulak
Adik sampai merajuk nakkan donut tobeyi
Akhirnya terpaksa la ibu pegi beli donut kat alpha angle pulak
Beli 12 biji terus
Ambik nko...

Kasi make up sket



Dah lama nak make up
Tapi rak jumpa apa yang dicari
Bila dah jumpa trus make up tanpa banyak soal

Keje sekolah anak anak

Homework Zafran

Homework Nabila.



Menghabiskan masa di hari minggu membantu anak anak buat keje sekolah

Moga Allah berkati hidup kita

Salam hari khamis kawan kawan.
Tak sabar nak tunggu hari sabtu dan ahad kan




Sent from Samsung Galaxy Note

Wednesday, October 16, 2013

Apa nak buat kalau aku benti keja

Sampai bila nak keja kat sini
Sampai bila nak ikut arahan
Dan sampai bila aku mampu bertahan

Kalau benti keja apa yang aku nak buat
Demi mencari rezeki
Nak bayar duit keta
Nak bayar duit sekolah anak
Juga duit poket sendiri

Aku tak berani nak buat keputusan benti keja
Walaupun jiwa ku memberontak
Pahit manis jadi kuli
Terpaksa ku telan jua

Monday, October 14, 2013

Apa beza Note dengan Tab

Sape tau apa beza Note dengan Tab. Setahu ai bezanya Note ada pen sedangkan Tab tak de pen. Harga Note pun lebih mahal dari Tab. Kalau ada sesape tahu please share ye.

Note : Rasa nak beli Note 3 yang 8.0 tu. Skrin besar sikit dari Note 1 ni. Tapi bukan nak beli dalam jangkamasa tedekat ni pun. Pakai la Note 1 ni dulu selagi boleh.

Saturday, October 12, 2013

Dah booking tadika danial

Pagi tadi dah selamat booking tadika danial
Ai pilih tadika little caliph jugak memandangkan tadika tu siap sekali ada transport untuk budak budak tadika ni
Booking je tadi kena bayar rm400. Kalau kata cancel boleh claim balik rm300. Rm100 tu burn.
Sebenarnya fifty fifty gak lagi nak hantar danial ke tadika mana
Tadika little caliph tu registration je rm1562
Termasuk yuran untuk january rm230 dan november rm230.
Yuran bulanan rm230. 

Friday, October 11, 2013

Mak awak ni tak sekolah ke

Semalam zafran ada kelas seni
Tajuk seni semalam ialah anyaman
Alah yang anyam anyam macam tikar tu
Zafran tak bawak kertas warna yang berkilat tu
Tapi dia bawak kertas warna yang bersaiz A4 je
Saya dah potong jalur jalur siap siap la dari rumah
Sampai kat sekolah boleh pulak cikgu dia kata
Mak awak ni tak sekolah ke
Kertas warna pun tak kenal

Bila zafran balik rumah dia citer la kat saya cikgu dia cakap macam tu
Apa lagi
Menyirap la darah kan
Suka suka hati je cakap macam tu kat budak budak
Macam tu ke perangai seorang cikgu
Depan budak budak berani la dia cakap kan

Comel

Suke tengok wajah wajah baby ni
Comel sesangat

Selamat berhujung minggu kengkawan. Ada yang cuti hari Isnin ke. Saya keje lagi hari isnin tu. Nak save cuti. 

Kepada yang bercutu hari isnin tu selamat bercuti. Dan jugak selamat menyambut hari raya aidil adha. Moga suatu hari nanti kita pulak akan dijemput menunaikan ibadah haji. Amen.




Sent from Samsung Galaxy Note

Wednesday, October 9, 2013

Mahalnya yuran tadika sekarang kan

Tahun depan Danial dah 5 tahun. Tahun depan jugak Danial dah nak masuk sekolah tadika. Lepas ni habis la sume anak anak ai sekolah. Nak hantar Danial ke Tadika Pasti yang berdekatan dengan rumah tapi dah penuh. Murah la sikit kalau tadika Pasti ni kan. Tadika yang mahal mahal tu ada kosong lagi. Tapi perbelanjaan sebulan dalam lingkungan RM300 termasuk transport RM50. Tu pun kalau caj transport RM50. Pendaftaran aje RM1000 lebih. Mak ai..mahalnye.

Nak tadika pasti yang masih kosong tu ada tapi jauh la dari rumah. Sape pulak nak hantar nak ambik tu. Kalau tak keje boleh la hantar dan ambik. Tapi no job no money. Kannn.


Tuesday, October 8, 2013

Menang lagi

Alhamdulillah menang GA ni. Tima kasih kepada tuan punya blog.

http://najihah90.blogspot.com/2013/10/tahniah-awak-dapat-hadiah.html?m=1 

Dan ini

http://nazirahnyerr.blogspot.com/2013/10/pemenang-keychain-miniga-2.html?m=0

Entry simple sebab update dengan fon je. Sedih...

Monday, October 7, 2013

Lemah semangat

Badan danial ni agak lemah. Pantang pegi tempat yang dia tak boleh pegi baliknya mesti demam.

Semalam dia pegi main layang layang kat taman layang layang kepong dengan pak tih dia. Hari ni dah demam. Mula la ibu susah hati nak keje. Ibu tak suka kalau adik selalu demam, selalu makan ubat.

Tak tau la nak buat macam mana. Mungkin kena buat tetegur kut dengan opah. Dan mungkin jugak kena bagi mandi dengan air penawar. Harap harap danial cepat la sembuh.

Letih mengadap

Keje secretary letih mengadap pc nak buat minit
Keje akauntan letih mengadap pc ngan nombor
Keje driver letih pulak mengadap jem
Keje apa yang tak letih
Nak nak pulak keje yang banyak kena pikir
Adoiii...

Psst: tak sempat lagi nak jejak rumah kawan kawan hari ni. Pagi pagi buta masuk opis terus lah bizi. Maklum la merangkap PM gitu kan. Harus lah bizi.

Salam isnin kawan kawan



Sent from Samsung Galaxy Note

Sunday, October 6, 2013

Koleksi bdaman

Ni la koleksi bdaman adik. Mungkin ada lagi tapi tak tau ke mana peginya.

Badak berendam

Sila jangan cari badak dalam ni ye. Atau mungkin jugak yang hijau tu la badak.

Makan sojuk sojuk sedap sangat.

Dulu lain sekarang lain

Kalau dulu isi minyak rm50 dah penuh tangki. Sekarang kalau isi rm50 dapat banyak tu je. Tak penuh pun. Kalau nak penuh kena isi rm70. 50 dengan 70 banyak beza tu. Tu belum kira harga barang barang lain lagi.

Hobi baru pulak

Memenuhi permintaan zafran sebab dia tak dapat beli menan kat k4. Sedangkan kakak dapat beli mikrofon dan adik dapat beli menan.

Ingatkan bila dah beli ikan lupa la bab menan. Sekali dia ajak pegi beli menan jugak hari ni gara gara tak puas hati.

Saturday, October 5, 2013

Adoii geramnya. Kan dah rugi

Adoiii geram dengan anak dara saya nan satu ni
Patutnya ada kelas tusyen pukul 11:30 hari ni
Tapi katanya cikgu ada bagi surat mengatakan kelas start pukul 1:30
Bila kita mintak surat dok nanti la nanti la tak bagi bagi
Rupanya kelas yang start pukul 1:30 tu minggu depan
Bukannya hari ni
Kan dah rugi satu kelas
Bayar free je

Geram betui....

Ai suruh dia masuk kelas ganti minggu depan
Biar dia tusyen sampai 4 jam instead of 2 jam je
Sape suruh tak baca surat betui betui



Wednesday, October 2, 2013

Roti Naan





Roti Naan, ayam tandori dan kebab pakistan untuk dinner semalam. Bukan buat tau tapi beli. Tak pandai nak buat sendiri.

Roti Naan tu beli kat Selayang depan pasaraya Giant tu. Yang kebab tu beli kat Sg Tua.

Tuesday, October 1, 2013

Sape boleh tolong


Kalau korang perasan kan setiap entry yang ai buat tu segala word dengan gambo duduk belah kanan. Patutnya duduk belah kiri ataupun kalau nak cun duduk tengah tengah kan.

Macam mana nak buat ek supaya setiap word dan gambo gambo tu duduk belah kiri ek. Maksudnya ai nak bila ai buat entry dan post gambo otomatik dia appear kat belah kiri instead of belah kanan. Tak payah nak edit edit bagai. Lagi pun tak leh nak edit pun dengan pc kat opis ni. Merimaskan pulak bila setiap entry tu duduk kat sebelah kanan.

Kalau ada sesape yang tahu tolonglah ye. Kalau nak tolong adjust sekali lagi lah dialu alukan.



Sent from Samsung Galaxy Note

Jom bfast dengan biskut julies perisa lemon







Breakfast ni je pagi ni
Biskut julies perisa lemon
Sedap
Cicah dengan air milo

Yang dalam bekas comey kaler pepel tu ialah omega fish oil dengan alfafa shaklee
Malas nak makan kat rumah tadi sbb dah makan vco
Kalau makan supplemen banyak banyak serentak pun tak elok jugak

Kawan kawan makan apa pagi ni