Wednesday, January 8, 2014

Danial 5 years

Danial dah masuk tadika. Start hari isnin lepas 6 Januari 2014. Masa first day tu okey je. Saya hantar dia depan pintu menonong je dia masuk kelas. Tak toleh kiri kanan pun. Pegi saya hantar. Balik saya ambik. Saya ambik cuti selama tiga hari sebab nak uruskan Danial ni. Maklum la first time.

Hari kedua dah buat hal takmo pi tadika. Lama sangat katanya kat sekolah tu. Bosan. Mulanya nak suruh dia pi naik van je. Tapi buat hal la pulak. Akhirnya saya ngan hubby hantar dia naik moto. Balik sekolah dia citer yang dia nangis kat sekolah. Saya tanya la sebab apa. Katanya sebab ibu tak tunggu. Tapi teacher pujuk. Teacher kata nanti ibu datang.

Hari ketiga drama air mata la pulak. Pagi pagi dah mengamuk takmo pi sekolah. Fobia sebab ibu tak tunggu dia kat sekolah semalam. Padahal hari isnin pun saya tak tunggu. Saya acah je dia saya kata saya tunggu. Dia pun percaya. Tapi semalam dah pegi naik moto. Ayah nak pi keja. Off course la ibu kena balik rumahkan. Haih...bijak sungguh budak ni. Kita jawap ada je yang dia persoalkan. Pujuk punya pujuk pun tak jalan gak. Last last bila ayah turun nak pi keja suruh dia siap pi sekolah rela dalam terpaksa la bersiap. Ayah pulak buat buat pegang tali pinggang bagai. Lagi la dia takut kan. Tapi nak gak masuk keta. Sampai depan sekolah menangis lagi. Ibu pun naik sebak. Pastu teacher datang pujuk bawak dia masuk dalam kelas. Saya cakap saya tunggu dia kat tepi sekolah. Jangan nangis tau.

Masa ambik tadi saya tanya adik nangis ke tak kat sekolah. Tak katanya. Tapi dia kencing dalam seluar la pulak. Hampir hampir lencun. Seluar spare pulak tak bawak. Habih la kete ibu bau hancing.


4 comments:

  1. Macam-macam kisah anak baru masuk tadika ni..geram ada, kelakar pun ada.. Che Mid ada sorang lagi..Deeja..mungkin tahun depan baru tadika. Entah macamana pulak kisahnya..

    ReplyDelete
  2. memula x biasa lagi mmg mcm tu kak... lama2 ok la tu...

    ReplyDelete
  3. hihihi...mcm2 ragam anak ye..mcm kite dlu anak lelaki hari pertama sekolah menangis..maira je la yg stedy..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.