Memang pun. Sejak umur dah meningkat ni
macam macam sakit. Sakit pinggang sakit
tapak kaki especially bila bangun tido. Bila bangun tido je payah betul nak
pijak lantai. Sakit ya Amat. Padahal dah pakai stokin masa tido. Agak agak
kenapa eh sakit tapak kaki nih. Setakat ni tak jumpa lagi penawar sakit tapak
kaki ni. Bertabah je lah menahan kesakitan.
Saturday, September 21, 2019
JOM TERBANG BERSAMA QATAR AIRWAYS
Cuti sekolah dah tak lama lagi. Jom pergi bercuti. Kadang kadang dah
jemu naik flight Air Asia la, MAS la, Malindo Air la. Nak jugak rasa naik kapal
terbang yang lain pulak kan. Saje nak cari pengalaman yang baru. Apa kata kita
try dengan penerbangan Qatar Airways. Servis Qatar Airways ni tak jauh beza dengan
penerbangan yang sedia ada dan kalau bernasib baik boleh dapat harga tiket yang
lebih murah lagi. Dari segi kemudahan di dalam kapal terbang, Qatar Airways ini menyediakan mini skrin di depan setiap tempat duduk penumpang. Jadi para
penumpang boleh lah menikmati hiburan dengan sajian cerita cerita yang menarik.
Hiburan hiburan ini dilengkapi dengan pelbagai koleksi filem-filem dan lagu
lagu yang menarik. Kalau travel dengan anak anak tak la diaorang tu merengek la, menangis la dan buat macam macam perangai sebab diaorang boleh tengok movie yang disediakan. So mak dan ayah pun boleh la menikmati penerbangan ke destinasi yang dituju tanpa sebarang gangguan.
Sekarang ni aku nak
share dengan korang camne nak book Qatar Airways flights kat Traveloka.
Firstly korang bukak Traveloka, kemudian korang click flights. Nanti kat page
flights tu akan ada logo airlines seluruh dunia, dan cuba korang click kat logo
Qatar Airways, kalau korang tak tau korang boleh google Qatar Airways. Bila
korang dah click logo korang akan dihantar ke page untuk Qatar Airways. Kat
situ korang boleh pilih dari mana korang punya flight dan destination korang.
Lepas tu korang pilih berapa adults yang nak naik, suggestion aku korang letak
1 je dulu. Lepas tu korang pilih seating class ikut bajet korang. Then pilih
tarikh yang korang plan pergi, then last sekali click Search. Nanti akan keluar
list of flights yang available dan biasanya yang paling murah akan ada kat
paling atas. Menarikkan macam mana boleh cari dengan senang camni.
Kalau nak naik Qatar Airways
ni kena pergi tempat jauh-jauh supaya puas korang layan movie atas flight
nanti. Sebab collection dia ada banyak. Haha. Pasal makan lak memang best.
Kalau korang ada special request pasal makanan korang boleh order online dulu.
Qatar Airways ni juga ada Kuala Lumpur ke London flights, so
kepada sesiapa yang nak ke London yang jauh tu sesuai sangat naik flight ni.
And of course alang-alang cerita pasal London, aku nak share dengan korang
tempat-tempat yang best kat London.
Covent Garden adalah
sebuah tarikan yang cukup best di London. Sambil berjalan-jalan di sekitar
kawasan ini korang dapat melihat banyak pertunjukan jalanan yang kadangkala
mengumpulkan sehingga 200 penonton pada satu-satu masa. Dah puas melihat
persembahan ini, korang sekeluarga boleh singgah ke mana-mana kedai kosmetik
dan kecantikan yang terdapat di sekitar macam Chanel, Clinique dan Dior Beauty
Garden. Selain itu, tarikan menarik lain yang wajib dilawati adalah Royal Opera
House. Kat sini sering diadakan pertunjukan ballet dan opera. Inilah peluang
untuk merasai dunia London yang sebenar bukan?
British Museum adalah
sebuah muzium yang telah wujud semenjak tahun 1753 dengan hasil koleksi sejarah
manusia sejak lebih daripada 2 juta tahun. Antara bahan pameran yang paling
terkenal di dalam muzium ini adalah batu Rosetta, mumia-mumia Mesir, arca
Parthenon dan banyak lagi. Victoria and Albert Museum (V&A) adalah muzium
seni rekaan yang terbaik di dunia. Muzium ini mempamerkan kreativiti manusia
yang telah wujud sejak lebih daripada 3,000 tahun. Bahan-bahan pameran
kat sini merentasi pelbagai era yang telah berlalu. Koleksi yang dipamerkan
terdiri daripada lukisan, ukiran, reka bentuk, seramik, perabot, tekstil,
fesyen, fotografi, gelas, barangan kemas, barangan besi serta sejarah
pertunjukan dan teater. Natural History Museum adalah rumah kepada lebih
daripada 70 juta spesimen dengan sekurang-kurangnya 500,000 spesimen baru
dimasukkan setiap tahun. Ini menjadikan ia muzium dengan koleksi sejarah semula
jadi yang terbesar di dunia! Muzium yang ditubuhkan pada tahun 1754 ini beralih
ke lokasi sekarang sejak tahun 1881 mempamerkan koleksi macam batuan dari
bulan, tumbuhan eksotik, fosil dinasour dan tulang dodo. Untuk pengetahuan
korang, Natural History Museum adalah salah satu daripada 3 buah muzium yang
terpenting di London selepas British Museum dan The Victoria & Albert
Museum. Bercuti pun best, boleh tambah knowledge macam-macam dan boleh relax kat
atas flight. This is the dream!!!
So, korang yang ada plan
nak jalan jalan tu especially yang nak ke London tu, jom la booking flight
tiket Qatar Airways ni di Traveloka. Di jamin puas hati tau.
Subscribe to:
Posts (Atom)