Tuesday, June 16, 2015

Al fatihah


Al Fatihah untuk ayahanda mertua saya yang telah pergi mengadap ilahi padi 15 jun 2015 jam 10.15 malam.

Arwah tak ada sakit apa apa pun sebelum ni. Cuma darah tinggi sahaja. Tapi sejak 2 minggu yang lalu beliau sangat lemah sampai tak boleh bangun. Beliau telah dimasukkan ke hospital selayang selama seminggu. Doktor diagnose beliau sakit jantung mild strok dan tiroid. Pada hari sabtu yang lepas beliau telah di discaj. Sejak itu beliau dah tak boleh makan dan minum. Segala makanan dan minuman yang masuk akan keluar semula.

Semalam sewaktu beliau pergi kami sekeluarga tak sempat jumpa. Bila sampai di rumah beliau sudah pun tiada. Beliau pergi dalam keadaan yang sangat mudah dan tanpa dijangka.

Al fatihah untuk ayahanda Khalid bin Ibrahim yang berusi 69 tahun. Semoga ayahanda fi tempatkan di kalangan orang orang yang soleh dan beriman. Amen.

Monday, June 15, 2015

Suka buat matematik

Danial ni lebih suka buat matematik. Kalau suruh membaca memang dia liat sangat. Tahun depan dah masuk darjah satu. Tak tahu lah cam mana nanti.

Korang suka tengok wayang kat mana


Semalam saya tengok wayang kat Cathay Cineplex The Curve. First time tengok kat situ. Kalau nak beli tiket kat kaunter tak sah kalau tak beratur panjang kan. Nasib baik ada anak buah. Mintak dia yang beratur. Saya muncul time nak bayar je. Ha ha ha. Bijak tak strategi.

Selalunya saya beli online je. Dan selalu tengok wayang kat TGV atau MBO. Pada saya tengok wayang kat TGV atau MBO lagi senang sebab boleh beli tiket secara online. Tapi harga tiket wayang kat TGV agak mahal kalau dibandingkan dengan MBO. Kat Cathay Cineplex ni saya tak tau nak beli online macam mana sebab first time. Semalam cari website pun tak jumpa. Yang tak bestnya nak beli makanan pun kena beratur dan bayar kat kaunter lain pastu collect makanan kat kaunter lain. Tak ke leceh sistem macam tu.

Dalam panggung wayang pulak port yang paling best mesti la belakang. Tapi kalau kat TGV port belakang mahal kalau dibandingkan dengan seat depan. Kalau kat MBO harga seat dari depan sampai belakang sama saja. Yang pasti lebih murah dari TGV dan Cathay Cineplex.

Korang plak cam mana.



Sunday, June 14, 2015

Baking class



Hari sabtu lepas saya attend kelas kek dan deko deko. Bayaran hanya RM10 sahaja. Saje je attend kelas ni walaupun dah tahu basic. Boleh tambah ilmu apa yang patut.

Ber ice skatting di hujung minggu


Esok sekolah dah nak mula. Cuti sekolah ni tak pegi mana mana pun. Saya memang allergic kalau pegi bercuti time cuti sekolah ni. Tak suka nak mengadap kesesakan. Lebih baik dok kat rumah je.

Demi tak nak kecewakan anak anak bawak la jugak dorang tengok wayang dan main ice skatting. Si anak dara sorang ni la yang beriya iya nak main ice skating.

Fees untuk main ice skating ni ialah RM30 kalau sebelum 12 tengah hari dan RM35 selepas jam 12 tengah hari. Korang main la berapa lama yang korang suka. Harga RM35 tu dah termasuk harga sewa kasut. Glove boleh bawa sendiri. Kalau nak beli pun ada jual dengan harga RM8. 

Baking time




Si kecik ni malam malam request nak makan coklat kek. Dan dan kek tu masak kasi sejuk sikit pastu saya potong. Separuh bekas gak habis dimakan Danial. 

Lain kali buat kena kurangkan sikit isi dalam bekas tu. Kalau tidak tak muat nak isi topping.

Nak ucap terima kasih jugak kat empunya blog oven bulat buruk sebab selalu beri tunjuk ajar kat saya. Apa apa tentang masakan selalunya saya refer kat dia. Dia pun semakin hebat sekarang ni. Oder makin hari makin bertambah. Semoga empunya oven bulat buruk dimurahkan rezeki dan berjaya selalu.
(Nanti saya letak oven bulat buruk tu. Ni update dengan fon je.)

Tuesday, June 9, 2015

Bila musin hujan



Musim musim hujan ni mula la terpikir nak beli mesin pengering pakaian. Mana taknya. Balik keje tak sempat nak angkat kain dah basah balik kena hujan. Setiap hari hujan petang petang. Kalau ada mesin pengering pakaian tak payah nak jemur tunggu kering. Masuk dalam mesin je terus kering. Kan senang.

Ataupun hantar je ke kedai dobi. Antara kedai dobi layan diri dengan kedai dobi biasa mana lagi best. Kalau kedai dobi biasa harganya agak mahal. Tapi dari basuh sampai lipat terus. Kalau kedai dobi layan diri nak kena tunggu. Lepas tu kena masukkan ke dalam mesin pengering dan tunggu lagi. Kalau tak cukup kering kena tambah masa dan tambah bayaran. Pi mai pi mai rasa cam lebih kurang je kot dengan kedai dobi biasa. Kat rumah saya ni kalau basuh baju kat kedai dobi biasa satu kilo rm2.80. Korang rasa mahal ke murah tu?

Selingan je

Kelas Talam free




Sabtu lepas saya attend kelas kuih talam. Ada macam macam jenis kuih talam yang di ajar. Sepatutnya setiap peserta kena bayar rm30 seorang. Tapi ada pulak yang bermurah hati nak sponsor. Dalam kelas tu habis sume ipar duai saya join jugak. Yang sederet tu ipar duai saya la plus anak buah yang berhijab tu.

Kelas ni diadakan di Balai Penghulu Mukim Batu Batu Caves. Peserta hanya terhad seramai 30 orang je. Memang berbaloi attend kelas macam.ni. Murah tapi boleh belajar macam macam kuih talam.

Sunday, June 7, 2015

Sampai hati tinggalkan ibu

Anak  anak sebuk nak ikut tok cik dorang balik kampung. Tokcik tu dah macam atok dan nenek dorang sendiri walaupun atok dan nenek sedare je. Dulu dulu kalau time cuti sekolah tokcik selalu la datang sini. Tokcik keje cikgu. Sekarang ni dah pencen lagi la selalu datang. Lagipun tokcik ni rajin layan dorang. Sebab tu la dorang rapat. Lagi pun anak anak saya ni mudah mesra alam. Tak kira la dengan sape.

Tokcik girl tu adalah adik perempuan mak saya. Dulu mak saya yang jaga anak anak dia dari lahir sampai besar seramai 5 orang. Anak anak dia rapat dengan mak saya. Bila dah sekolah anak anak dia balik duduk dengan mak dorang. Bila mak saya duduk kl ni rajin la tokcik datang sini ziarah mak saya tu.

Haih. Tinggal la ibu kat sini sorang sorang. Sedih pulak. Kalau tak disebabkan keje ibu pun nak balik kampung jugak. Terpaksa relakan dorang balik kampung sebab kami memang tak de plan nak bercuti time cuti sekolah ni. Malas nak mengadap sesak dan jem. Mudah mudahan perjalanan mereka selamat sampai dan dipermudahkan. Moga Allah jaga mereka semua.

Thursday, June 4, 2015

Esok ada acara lari

Esok ada acara tahunan ofis. Kena lari mengelilingi tasik titiwangsa, bangun tubi, pumping dan lain lain. Segala keputusan akan dicatat dan direkodkan. Tak tahu la esok mampu nak lari ke tak. Kalau sebelum sebelum ni macam nak pitam wei. Orang lain dapat pusing 15 minit je. Aku pulak 30 minit pun belum tentu sampai. Entah lah.

Gambar? Esok update ek.

Dia guru anak saya


Guru wanita maut bertembung

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Seorang guru wanita berusia 35 tahun maut, manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuh Raya Salor- Kota Bharu, di sini, 3.50 petang tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Kancil dipandu mangsa Salma Salawati Mat Saad, bersendirian, terbabas dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung Proton Preve.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari Wakaf Che Yeh ke rumahnya di Salor.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Ali berkata, pihaknya mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu.

"Kami terima panggilan kecemasan kira-kita 3.50 petang. 15 minit diperlukan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Dia parah di kepala dan badan maut di lokasi kejadian," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat.

Empat mangsa cedera dihantar ke Hospital Pasir Mas bagi mendapatkan rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : 
Rabu, 3 Jun 2015 @ 6:49 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55467?m=1#sthash.gA9PAQmH.dpuf

Note :

Salam takziah kepada keluarga Allayarhamah. Kesian anak anak beliau yang masih kecil. Tahun 2013 beliau kehilangan suami tercinta. Tahun ni beliau pula kembali ke pangkuan Ilahi. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.

Al Fatihah.