Thursday, April 26, 2012

Orange Blended Cake

Malam ni berkobar kobar
semangat nak buat kek
blended oren ni.
Sib baik la bahan bahannya
ringkas dan buatnya pun mudah.
Terima kasih kepada cik mayang
sebab bagi resepi ni.
Rasa macam nak menjual pulak.
Anak yang kecik ni memang
suka kek. Masa mula mula
buat habis satu tray dia adap.



Jenuh jugak la nak membakar
kek yang comel comel ni.
Pukul 11.30 baru la sumenye selesai.

Tuesday, April 24, 2012

Selamat pengantin baru Amir dan Stella

Selamat Pengantin Baru.
Semoga kekal hingga ke anak cucu.









Breakfast saya pagi ni

Menu yang sama hari hari
selagi tak jemu.
Makaroni goreng dengan
puding jagung.
Dah berhari hari cari
puding jagung ni.
Nasib baik hari ni ada.
Kalau tak meleleh la
air liur ni.


Wednesday, April 18, 2012

Zafran dan HMFD

Dah lama tak membebel kat sini
Kesian kat blog ni yang makin bersawang

Nak citer apa lagi kalau bukan kisah permata-permata hati

Baru baru ni danial dengan zafran demam lagi
ingat bila dah baik demam
ok la
Rupanya ada lagi kesinambungannya
Zafran kena penyakit kaki tangan dan mulut pulak
Baru perasan pagi semalam
Ada kudis kudis di bawah bibir dia
Terus bawak ke klinik berhampiran
Doktor kata penyakit ni boleh berjangkit
Risaunya hati ni

Dah alang alang hari ni aku mc
Aku bawak zafran jumpa pakar
Pakar kata penyakit ni tak merbahaya
Tapi kena banyak minum air
Lama lama nanti dia akan hilang sendiri
Sebab penyakit ni tak ada ubat
Syukur alhamdulillah

Hari ni si kakak pulak dah start demam
kakak ni kalau nak makan ubat punya la seksa 
Adik adik senang makan ubat
Bila bagi ubat nganga je mulut
Tapi kalau si kakak
Jenuh paksa

Mana taknya si kakak demam
Pagi pagi buta dah minum ais
Pagi tadi pukul 6 pagi dah nak teguk ais
Bila cakap bukannya dengar kata
Mana la tak selalu bergaduh dengan ibunya

Geram

Monday, April 2, 2012

Koleksi - mana satu yang cantik..

Saja nak menambah koleksi jam tangan. Jam yang ada tu rasa sayang nak pakai dan satu daripadanya dah boleh masuk ke muzium. Jam tu encik hubby hadiahkan masa mula-mula nak ngorat dulu. Maklum la, sekarang ni pun anak yang fes tu pun dah darjah dua. Lama tak lamanya bertahan.

Encik hubby kata sekarang ni trend orang pakai jam seramik. Nak tahu jam seramik tu macam mana? Ni la contoh contoh jam seramik. Even Bonia pun ada jam seramik tau. Beratnya boleh tahan la jugak.



Den dah konpius. Tak tau nak pilih yang mana satu. Den pasrah. Biarlah encik hubby yang pilihkan kerana apa yang dia pilih itu selalunya cantik, terkini dan sesuai untukku. Terima kasih daun keladi. Sayang encik hubby.

De Palma Hotel Kuala Selangor

Hari Sabtu lepas kami ke Hotel De Palma Kuala Selangor sebab Encik Hubby ada reunion sekolah lama dia. Kami sampai di sana kira kira pukul 4.00 petang. Anak-anak dah tak sabar nak mandi kolam kat sana. Lepas turunkan barang dari kereta dan cek in, sume pakat - pakat tukar dengan baju mandi masing masing. Sempat jugak aku bergurau mengatakan yang aku tak bawak baju mandi mereka. Sume muka dah masam mencuka. Budak budak dan air kan tak boleh dipisahkan.


Chalet tempat kami menginap


Kolam mandi. Walaupun kecik tapi selesa.


Suasana dalam chalet.

Rata ratanya majlis ini cukup menarik walaupun simple. Kawan kawan encik hubby yang hadir seramai 15 buah keluarga. Tak sempat saya nak snap banyak gambar disebabkan kesibukan menguruskan anak-anak yang tak tau penat berendam dalam air. Walau macam mana pun tahun depan mereka bercadang untuk  mengadakan lagi aktiviti seperti ini.