Thursday, February 25, 2016

Nampak macam



Nampak macam kena letak rak kasut kat bawah meja nih. Kasut datang keje lain. Kasut masuk meeting lain. Kasut kat opis lain. Kasut jalan jalan lain. Slipar jepun untuk angkat wuduk pun ada. Tapi tak ada dalam gambar pulak. Hah 5 pasang kasut wey kat opis ni. Korang hado??

Wednesday, February 17, 2016

"Nak simpan duit nak pegi Mekah" - Danial



Danial adalah satu satunya anak yang suka menabung. Dia x berjimat cermat jugak orangnya. Tapi kalau ada orang bagi duit cepat cepat dia masukkan dalam tabung. Bila dah banyak dia suruh saya simpan kat bank. Setakat ni saya dah daftar haji untuk semua anak anak saya. Danial kata nak simpan duit untuk pi Mekah. Alahai Danial. So sweet. 

Psst. Adik doa la supaya ibu dan ayah murah rezeki. Nanti ibu dan ayah boleh sponsor adik pi Mekah free je. Dia kata Mekah tu adalah tempat yang paling best. Mana dia belajar entah la. Maybe masa kat little caliph kot. Sebab masa kat situ ada belajar cara cara mengerjakan haji. Comey kan anak anak punya impian. Insya Allah. Kalau niat baik mesti Allah permudahkan.

Tuesday, February 16, 2016

Pulau Payar yang best





Memang best la snorkeling kat Pulau Payar ni. Time kita mandi berenang renang ikan ni di sekeliling kita. Baby shark pun ada. Eii geram betul. Rasa nak sauk je ikan ikan tu semua bawak balik.

Lokasi : Pulau Payar Langkawi
Tarikh : 22 January 2016.