Thursday, May 29, 2014

Steamboat in the house


Puas hati dapat makan steamboat buatan sendiri. Kalau nak makan kat luar kan mahal. Ni buat je ala kadar apa yang ada. First trial sebenarnya. Balik keje tadi terus pi giant cari bahan. Bersemangat nak buat steamboat ni lepas tengok kat fb Norahnani Ismail. Dia yang ajar cam mana nak buat steamboat ni.  Thanks ye Nani kongsi resepi yang sedap tu.

https://m.facebook.com/profile.php?id=100002109979325

(Saya tengok link kat atas tu la yang menyebabkan saya teringin nak makan steamboat)

Wednesday, May 28, 2014

Wordless wednesday

Omelet set RM4.00

Mee goreng basah RM1.00

Kuih tepung gomak 2 biji RM1.00. Popia pedas 2 ketul RM1.00

Jarang saya tamak macam ni. Pagi tadi turun food court nampak sume makanan menarik. Puas hati bila dapat beli apa yang rasa nak makan. 

U olls makan apa pagi ni.

Saturday, May 24, 2014

Gubahan sirih junjung


Ni hasil gubahan biras saya. Beliau memang expert bab bab gubahan ni. Kalau berminat nak buat hantaran boleh la calling calling saya ye. Harga berpatutan.

Ni sirih junjung untuk majlis pertunangan sepupu esok Ahad 25 May 2014 dengan orang Putrajaya. Ke Putrajaya lah kite esok. Sib baik dekat. Kalau jauh idok le teman nak ngekor.

Friday, May 23, 2014

Giveaway RM300 by Blog Pancing Elih


Sila klik link di bawah kalau nak join
http://blogpancingelih.blogspot.com/2014/05/giveaway-rm300-by-blog-pancing-elih.html?m=1

Tart nenas bentuk buah


Oder untuk majlis pertunangan sepupu. Cantik kan. Rasa cam sayang nak makan. Kalau tak silap satu bekas tu rm3.40. Saya oder 20 bekas jer. 

Boleh tengok kat fb haris cottage kalau berkenan. Rasanya memang sedap. Tartnya sangat lembut. Jem nenasnya pun sedap. Tak manis sangat. Dapat kat saya sume ni sekali hadap je habis.

Thursday, May 22, 2014

Aktiviti fizikal pilihan kita

Dok kat opis je memanjang meme la membosangkan. Keje saya memang dok kat opis je. Ada la keluar sekali sekala. Tu pun jarang. Dok kat opis ni kalau tak masuk meeting mengadap komputer perah otak buat minit. Hari hari camtu la. Ni bosan yang tahap maksimum. Pagi tadi ada BOD meeting. Pukul 9.20 pagi dah masuk bilik meeting. Dekat pukul 10 baru chairman masuk. Dok borak sembang bagai pukul 10.30 pagi baru start meeting. Intro kejap pastu borak balik. Last last pukul 1 petang jugak la meeting tu habis. Adoi...sakit kepala tau.

Rasa cam nak tuko profession dah. Profession apa ye yang menarik?


Tuesday, May 20, 2014

Musical mesin jahit



Hari tu jalan jalan kat Living Cabin ternampak model mesin jahit yang comey lotey ni. Terus terpikat nak beli. Selalunya tak la terpikat sangat kat barang barang yang ada kat Living Cabin ni. Tapi saya beli mesin jahit yang gambar kat atas sekali tu. Melayang duit saya RM79.90. Last stok yang ada. Dapat diskaun 10%. Rupanya ini musical box. Kalau letak bateri ada music. Tapi saya tak letak bateri pun. Nanti punah dikerjakan anak anak. Tu pun ada yang dok testing nak pusing roda mesin jahit tu.

Comey tak?

Sunday, May 18, 2014

Hujan


Semalam hujan dari pagi sampai tengah hari. Pukul 10 baru boleh pegi pasar. Hari ni pulak hujan dari tengah hari sampai la ke malam. Lagi la nak ke mana pun tak boleh. Lepas masak makan tengah hari dan lepas tu tido. Bangun pastu tido balik. Dah takde benda lain nak buat. Bosan pun ada nak kemana pun tak boleh.

Sejak en hubby keluar hospital bacaan gula beliau dah bawah dari 10. Kena inject insulin sebanyak 4 kali sehari. 

Hari ibu




Dapat hadiah dari anak anak sempena hari ibu 2014.

Friday, May 16, 2014

Selamat hari guru 2014





Selamat hari guru 2014.

Macam macam betuk hadiah hari guru sekarang. Cantik dan comey. Sape yang dapat tu mesti suke.

Hari ni Danial bawa nasi lemak beli dengan kek Red Velvet beli untuk jamuan hari guru. Mana yang sempat je la sebab semalam balik dari hospital pun dah pukul 7 lebih. Tak sempat nak beli barang untuk masak. 

Thursday, May 15, 2014

Dah discaj hari ni


Hubby dah discaj hari ni. Tapi reading gula dia tak turun sangat dan bawah dari 16. Doktor suruh rehat dan exercise kat rumah. Lepas seminggu nanti datang hkl cek balik.

Dah pukul 4 lebih ni tapi masih kat wad lagi. 

Wednesday, May 14, 2014

Love


Note :

Tak sabar tunggu en hubby keluar hospital. Suram rumah tanpa dia.

Kenali diri anda

Popular betul post ni kat facebook. Apakah tarikh lahir korang.....

Januari 01-09 ~ hamster 
Januari 10-24 ~ Tikus 
Januari 25-31 ~ Singa 
Februari 01-05 ~ Kucing 
Februari 06-14 ~ Merpati 
Februari 15-21 ~ Kura-kura 
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang 
Mac 01-12 ~ hamster 
Mac 13-15 ~ Singa 
Mac 16-23 ~ Tikus 
Mac 24-31 ~ Kucing 
April 01-03 ~ jerung 
April 04-14 ~ Harimau Bintang 
April 15-26 ~ Tikus 
April 27-30 ~ Kura-kura 
Mei 01-13 ~ jerung 
Mei 14-21 ~ Merpati 
Mei 22-31 ~ Singa 
Jun 01-03 ~ Tikus 
Jun 04-14 ~ Kura-kura 
Jun 15-20 ~ jerung 
Jun 21-24 ~ hamster 
Jun 25-30 ~ Kucing 
Jul 01-09 ~ Tikus 
Julai 10-15 ~ jerung 
Julai 16-26 ~ Merpati 
Julai 27-31 ~ Kucing 
Ogas 01-15 ~ hamster 
Ogos 16-25 ~ Tikus 
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ jerung
Oktober 01-15 ~ hamster
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ jerung
Disember 17-25 ~ hamster
Disember 26-31 ~ Merpati "
»»» maksud/erti : 

# jerung: Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik. 

# Tikus: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. 

# Singa: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun,kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati. 

# Kucing: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan,kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman. 

# Kura-kura: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati.Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemur bah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal. 

# Merpati: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun,awas! Kamu mudah jatuh cinta! 

# Harimau Bintang: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm......kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung dibawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi,apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara -kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun,apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

# hamster: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu' suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. .
# Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah hamster memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

Note :

Kalau saya jerung dengan kucing. Saya lahir 9hb 12 manakala hubby lahir 27hb 7. Ada betulnya jugak kenyataan kat atas tu.

Kencing manis


Sedih la bila en hubby kena kencing manis. Umo baru nak masuk 40. Muda muda dah kena macam macam penyakit. 

En hubby masih lagi kat hospital. Semalam kan cuti. Dapat la jengah dia kat hospital tu. Susah bila dia warded kat hkl tu. Jauh nak pegi melawat. Dengan parking yang tak ada. Kalau pegi sana pukul 3 atau 4 dah kena balik. Tak berani nak balik lambat. Maklum la kl kan. Macam macam jenis manusia ada. Tapi nak buat macam mana dah hospital selayang tak nak terima.

Pagi tadi en hubby kata reding gula dia dalam 8 hingga 9. Okey la tu. Mungkin ambik masa nak turun. Pelan pelan kita tunggu bila en hubby boleh discaj.

Note :

Memang keturunan dia ramai yang ada kencing manis. Mak dia dan pakcik makcik dia semuanya ada kencing manis. Tapi depa kena kencing manis tu umo dah 50an. Lepas ni anak anak pun kena start jaga. Mohon dijauhkan la dari penyakit merbahaya camni.

Monday, May 12, 2014

First day keje


First day masuk keje setelah seminggu lebih bercuti. Rasa macam cuak. Rasa macam budak baru masuk keje kat company baru.

Tapi lama lama dah okey. Kawan kawan pun okey. Nasib la kat opis saya ni kalau sorang cuti kawan kawan tolong cover. Kalau tidak menimbun la keje tu. 

Terima kasih la kepada kawan kawan yang memahami yang tolong cover keje keje saya disepanjang ketiadaan saya.

Sunday, May 11, 2014

Hanya mampu berdoa


Esok saya dah start keje setelah bercuti seminggu. 2 hari tolak annual leave. 3 hari tolak compassionate leave. Sehari tolak mc. 

Doa doa hubby segera la sembuh. Sunyi rumah ni kalau dia tak ada. 

Sebenarnya takde hati dan perasaan pun nak pegi keja dengan keadaan hubby yang warded kat hospital tu. Tapi apa boleh buatkan. Kalau company sendiri boleh la nak cuti sesuka hati.

Hari ke 5



Hari ni hari ke 5 dah hubby warded. Reading gula masih jugak tinggi. Kejap 21 kejap 25 kejap 29. Paling rendah pun turun 17.5 tadi. Tak dapat nak agak bila hubby boleh keluar wad. Ulang alik ke hkl dah jadi satu rutin bagiku. 

Esok saya dah start keje. Mungkin tak dapat la nak jengah hubby kat wad sebab kesuntukan masa. Harapnya hubby dapat discaj dalam minggu depan. Tak larat dah rasanya nak ulang alik ke hkl tu. Dah la kena parking jauh. Sabar je la. Menguji kesabaran betul. Silap haribulan nanti saya pulak yang pengsan.

Note : 
Makanan yang hkl bagi sumenya tak menepati pantang larang orang sakit. Ada ke orang kencing manis diberinya teh manis dengan roti bun kelapa. Hari ni pulak disajikan dengan bubur pulut hitam. Sampai bila nak baik kalau macam tu. Tak kena atas batang hidung sendiri takpe la. Esok bila awak tu yang sakit baru tau macam mana.

Thursday, May 8, 2014

Catatan hari ini

Pagi ni reading sugar hubby tinggi lagi. Pagi pagi tadi nurse cek reading 21.5. Pukul 11 tadi nurse cek reading 28.5. Padahal hubby makan roti dengan air kosong sahaja. Dah seminggu macam ni. Doktor kata nak investigate apa punca sugar yang tinggi. Mungkin ada kaitan dengan pankrease hubby atau liver dia. Doa doa dipermudahkan segalanya.

Perjalanan ke HKL.

Cam nak nangis nak datang melawat hubby kat hkl. First time hubby warded kat sini.

Keluar rumah tadi pukul 9. Mulanya tak tau nak parking kat mana. Tapi ada kawan bagitau boleh parking kat parking awam berdekatan dengan kuil. Gamble je cari parking tu. Alhamdulillah jumpa. Dari situ boleh naik shuttke van kalau ada. Kalau tak ada kena naik teksi. Memang tak tahu langsung tentang hkl ni. Dengan sesaknya. Dengan parking yang sentiasa penuh. Nak parking kat tepi jalan pun tak boleh sesuka hati. Nasib la ada kawan yang tahu. Terima kasih la sesangat.

Mulanya pikir nak parking kat tempat parking berbayar ijn tu. Lepas tu nak naik teksi ke sini. Masak jugak la kalau parking berbayar tu. Satu jam rm2. Kalau 5 jam dah berapa. Dengan duit teksi lagi kan.

Bagus jugak la hkl sediakan shuttle van tu. Dah namanya pun van kan. Bilangan penumpang agak terhad la. Tapi ok la dari tak de langsung. Tapi lama jugak kalau nak harap kat shuttle tu. Rasanya cam ada satu je shuttle tu. Pastu dia kena round satu hkl.

Sampai hkl pukul 10.30am. Lif nak naik ke wad hanya satu yang berfungsi.  Tu la lif untuk patient. Tu la lif untuk pelawat. Kalau lif tu penuh kena la tunggu lagi berjam jam.

Kejap lagi kena pikir cara nak balik pulak. Harapnya dipermudahkan la. Pengalaman dan pelajaran baru untuk saya. Susahnya sebuah kehidupan tu kan.

Wednesday, May 7, 2014

Akhirnya warded kat HKL



Setelah dua kali direject oleh hospital selayang, kami decide nak refer kat HKL pulak. Bayangkan la masa pegi hari Ahad tu kena discaj pukul 1.30 pagi. Pegi balik hari selasa kena discaj pukul 3.30 pagi. Terbaik la sangat servis kat hospital selayang tu. Discaj patient pagi pagi buta.

Tadi sampai kat HKL dalam pukul 12.00 tengahari. Lepas daftar kat outpatient department terus dapat jumpa doktor. Tak perlu nak tunggu lama lama. Pukul 3.30 petang dah naik masuk wad. Doktor HKL kata en hubby memang patut kena warded dalam keadaan bacaan gula yang tinggi tu. Kalau tidak nanti akan effect buah pinggang dan lain lain. Dia pun pelik kenapa hospital selayang bertindak sedemikian. Geleng kepala sume doktor yang kami jumpa.

Alhamdulillah en hubby dah selamat masuk wad. Moga cepat sembuh dan cepat keluar wad.

Note :
Rasa cam bola pulak bila pergi balik pergi balik ke hospital selayang. Kecik hati tau bila orang tak nak rawat kita.

Monday, May 5, 2014

Jika itu takdirnya

Semalam lepas balik dari kampung terus gerak ke klinik. En hubby kata mata dia dah tak nampak. Anak dok kat sebelah pun dia dah nampak blur blur je. Nasib la selamat sampai rumah.

Sampai kat klinik semalam dalam pukul 6.30 petang. Doktor ambik darah dan cek tengok tengok bacaan gula dalam darah sangat tinggi sampai mesin tu pun tak boleh baca. Doktor suggest supaya encik hubby pergi hospital selayang sebab kat klinik takde kemudahan nak masukkan air dan insulin bagai. Nak masukkan air pun kena ada limit jugak sebab en hubby ada masalah jantung. So doktor bagi refer letter untuk en hubby ke hospital.

Sampai kat hospital dalam pukul 8.00 malam. Nasib la puan bini boleh drive. Sampai kat emergency department tu kami terus ke kaunter saringan. Lepas tu en hubby terus di tolak ke wad observation. Doktor kata kandungan gula en hubby sangat tinggi. Masa kat kaunter saringan tu bacaan dalan 28.7. Patut la en hubby rasa kabur dan pening pening.

Kat wad tu en hubby kena masuk air dan insulin. Lepas tu baru bacaan turun sampai ke 22. Nasib tak kena masuk wad. Puan bini dah cuak takut kena drive tengah malam sorang sorang. Puan bini memang fobia keluar malam. Kalau nak tido kat hospitak gomen tu nak tido kat celah mana la kan. Kalau swasta tu boleh la bawak karpet toto bagai. Boleh la berkampung kat wad. Kalau hospital gomen tak de maknanya.

Pukul 1.30 pagi en hubby dah boleh discaj dengan bacaan 22. Pagi ni kena follow up pulak kat klinik kesihatan. Memang sah en hubby kena kencing manis dan kena ambik injection insulin tu. Lagi 2 minggu kena datang ke klinik kesihatan tu balik untuk follow up.

Apa yang puan bini rasa bila doktor kata en hubby kena kencing manis.

Puan bini rasa down sangat. Dalam hati kenapa la en hubby yang perlu kena semua ni. Kenapa Allah tak pilih orang lain sebagai ganti. Macam macam penyakit yang Allah bagi kat en hubby. Masalah jantung, hepatatis, tyroid dan gout. Ni tambah satu lagi penyakit pulak. Semuanya kronik.

Tak sanggup nak terima kenyatan. Tapi siapa kita untuk menolak qadak dan qadar yang telah ditetapkan. Mungkin Allah terlalu sayangkan kami dan Allah beri kami macam macam ujian. Allah beri kami kesenangan hidup tapi Allah ambik nikmat kesihatan en hubby. Lepas ni apa lagi yang Allah nak uji. Kami redho.

Habuk oooo habuk

Minggu lepas dah vacum habuk habuk yang ada kat rumah ni. Minggu ni tengok ada lagi. Tak boleh rumah nak bersih sikit. Selagi anak anak tak dewasa rumah pun dah macam tongkang pecah. Bersepah mainan, guli, bola pingpong, buku buku dan lain lain kat sana sini. Tak larat nak kemas dah. Kemas 5 minit kemudian bersepah balik.

Habuk owh habuk. Dari mana la ko datang. Atas rak tv atas almari belakang kerusi kat depan kat dapur sume tempat ko ada. Dengan masa yang tak cukup ni mana la larat nak sapu hari hari kan. Mana la larat nak lap habuk habuk tu setiap hari kan. Kalau nak buat pun tunggu hujung minggu je la. Tu pun kalau tak sibuk. Hari hari biasa mana sempat.

Rumah korang banyak habuk tak?