Saturday, November 30, 2019

Cabut Gigi



Image result for gambar klinik sharifah aminah greenwood
Sumber gambar : Google

 Alamat : Klinik Pergigian Sharifah Aminah Greenwood
 SH-2, Taman Greenwood, Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.

Pagi tadi aku cabut gigi kat sini. Aku pilih Doktor Aini memandangkan doktor yang sorang lagi tu adalah lelaki. Pernah jugak aku buat rawatan gigi dengan doktor Kamsiah. Tapi hari ni mungkin Doktor Kamsiah cuti. Doktor Kamsiah ialah paling senior di situ rasanya.

Berdebar debar jugak nak cabut gigi hari ni. Sebab gigi tu dah tinggal tunggul je. Dalam kepala otak dok pikir macam mana la doktor nak cabut gigi ni kalau dah tinggal tunggul je. Perasaan risau dan takut sume ada.

Masuk je bilik rawatan awal awal dah buat pengakuan kat Doktor Aini yang aku ni takut sebenarnya. Doktor kata rileks je. Jangan takut. Doktor cek gigi aku dan doktor cakap gigi yang tunggul tu perlu dicabut. Aku pun setuju. Tapi aku request kat doktor tak nak sakit. Doktor Aini cuma gelak je dan dia kata dia akan cuba sebaik mungkin. Borak punya borak tak lama lepas tu Doktor Aini kata dah siap. Boleh balik. Fuh. Lega ya amat. Pandai Doktor Aini layan patient dia yang penakut macam aku ni. So next time kalau aku ke sini lagi memang aku akan pilih Doktor Aini ni sebab aku suka cara dia buat kerja. Cakap dengan patient dan staff dia pun lemah lembut je. Hilang la sikit rasa takut tu.


 

Wednesday, November 27, 2019

Crocodile Adventureland Langkawi (CAL)











Terletak di Mukim Air Hangat, Jalan Datai, 07000 Langkawi, Malaysia. 

Terdapat banyak jenis buaya di sini. Ada buaya tembaga, buaya air tawar dan juga buaya air masin. Di sini juga kita diberi peluang untuk memancing anak anak buaya. Makanan untuk anak anak buaya tersebut dibekalkan oleh pihak CAL.

Di sini terdapat juga pertunjukan oleh buaya buaya yang telah dilatih. Pertunjukan ini mengambil masa kira kira 20 minit. Selain dari pertunjukkan banyak juga info info yang menarik tentang buaya. 

Di sini juga terdapat kedai yang menjual barang barang yang diperbuat dari kulit buaya (lupa pulak nak snap gambar). Harganya di sekitar ribuan hingga puluhan ribu ringgit. Ada tas tangan, dompet, tali pinggang dan juga tali jam yang dijual di sini.

Wan Thai Langkawi Restaurant
















Langkawi Wan Thai Restaurant ni adalah antara kedai favourite kami kalau ke Langkawi. Lokasinya terletak di 86, Persiaran Bunga Raya, 07000 Kuah, Langkawi. Antara menu yang best kat sini ialah soft crab. Ketamnya sangat lembut dan sedap yang dicicah bersama sos cili. Harganya ialah RM35 (kecil), RM45 (sederhana) dan RM55 (besar). Kat sini terdapat juga pulut mangga. Kesedapan pulut mangga kat sini tak ada tandingannya di tempat lain. Harga pulut mangga di sini ialah RM16 sahaja. Kedai ni beroperasi dari jam 10 pagi hingga 3 petang sahaja. Tetapi ianya akan dibuka semula pada jam 6.30 petang hingga jam 9.30 malam

Shell Out Hotel Pantai Chenang Langkawi

















Lokasi di Lot 2599 Jalan Pantai Cenang 07000 Langkawi Kedah, Malaysia

Kami menginap di sini selama 4 malam dari 24-28 November 2019. Saya memang suka travel paling minimum 5 hari 4 malam sebab rasa lama sikit bercuti tu. kalau 3 hari 2 malam je rasa baru sampai dah nak balik. Tak cukup masa nak jalan jalan. Kali ni saya nak bagi review tentang hotel yang kami tinggal selama 4 malam ni. Hotel ni bukan lah hotel baru. Tak juga hotel lama. Bagi saya hotel ni berpatutan la dengan harganya. Saya cuma ambik satu family room untuk 5 orang. Ada 2 katil double bed dan boleh request extra tilam dengan harga RM20 satu malam. Kalau request extra bantal dan tuala tak perlu bayar. Bagi saya hotel di Shell Out ni menarik kerana :

# Lokasi yang strategik.
# Berdepan dengan pantai chenang
# Ada kemudahan dobi layan diri. Tak perlu bawa baju banyak banyak. 
# Parking senang. Depan bilik je. Turun kete terus masuk bilik. Tak perlu tunggu lif bagai
# Kedai makan keliling bilik. Tak perlu drive. Jalan kaki je. Sementara basuh baju kat dobi boleh terus pi makan. Balik makan boleh terus ambik baju. Jimat masa dah kat situ.
# Banyak tempat shopping. Kedai free duty zon pun bersepah. Boleh jalan kaki je. Kalau nak tambah ole ole boleh ulang alik 10 kali pun tak pe. Siap duit je banyak banyak. Minyak wangi pun murah murah kat sini. Rambang mata tengok minyak wangi kat sini.
# Family room besar.
# wifi ada tapi not connected sepanjang kami kat sini.
# Tuala ditukar dan bilik dikemas setiap hari. 

So kalau korang nak menginap di hotel ni boleh booking direct dengan hotel atau pun melalui booking dot com atau pun agoda.

Thursday, November 14, 2019

MONOPOLY TREND WAWASAN 2020


Patut la budak ni pening duduk di rumah dan dia beriya iya ajak aku pi jalan jalan. Bosan katanya kalau hanya duduk di rumah. Rupanya dia dah ada plan. Di Midvalley hai tu bersungguh sungguh dia ajak ke Toyrus. Rupanya nak cari yang ini. Ni mainan monopoly yang dah tak de pakai duit duit kertas tu. Pakai kad ye u olss. Kalau nak bayar pape hanya touch di mesin macam kita bayar dengan kad debit or kredit tu. 

Canggih betul mainan kau dik. Mak dulu dulu tak merasa la mainan macam ni. Mak dulu main congkak pun dalam bekas water kaler je. Untung anak anak zaman sekarang. Kalau tak beli tu meleleh ayaq mata la tu. Nasib baik harga RM130 je dik. Kalau RM190 mak tak beli kot. 

(Kadang kadang mak suruh dia pakai duit sendiri kalau nak beli menan. Duit dia banyak sebab selalu dapat upah mengurut. Boleh tahan rajin budak ni. Kalau kita suruh buat kerja tak banyak bantah. Jauh beza dengan kakak dan abang dia. Sebab tu mak selalunya ikut je apa dia nak. Kalah mak dan ayah dengan dia ni) 

SEDAPNYA KUIH PERIA KATAK

Sumber : Google

Lama sungguh tak makan kuih ni. Masa kat kampung selalu beli kuih ni kat pasar. Sejak menetap di gombak ni  dah tak pernah jumpa dengan kuih ni lagi. Kalau ada pun inti kacang merah. Aku suka inti kelapa manis tu. Korang pandai tak buat kuih ni.

Tadi aku try buat kuih ni. Rasa tu ada tapi kejadian kuihnya tak cantik. Mungkin sebab tepung yang aku bancuh tu lembek sikit. Next time kalau nak buat lagi kena bancuh tepung keras sedikit. Baru boleh bentukkan macam buah peria gitu. Bahan bahannya aku ambik kat sini ye. Tak boleh nak copy paste pulak. Mintak halal ye tuan punya resepi sebab kita viralkan resepi awak.

Corndog inti mozarela cis


Ni kerja anak sulung. Sekarang memang musim corndog ni kan. Anak anak kat rumah ni pun dah terjebak. Nak beli mahal. Baik la buat sediri. Kerja anak sulung hari hari buat ni aje untuk dia dan adik adiknya. Kadang dia ubah suai resepi ikut cita rasa sendiri. Boleh tahan kreatif jugak dia nih.

Hari Selasa lepas beli cis mozarela yang 2.5kg tu terus. Harga dalam RM67.00. Makan la sampai puas. Sebenarnya depe ni tak pernas puas kalau makan benda benda yang macam ni. Dah banyak kali jugak beli cis mozarela ketul besar tu dah dah berkali kali jugak buat corndog ni. Tapi tak pernah jemu. Kadang tu ada jugak kawan kawan yang oder.

Tuesday, November 12, 2019

Mood terlebih rajin




Hari ni mood terlebih rajin. Pagi pagi masak rendang daging hitam resepi mak mertua. Rendang ni mak mertua selalu masak bila time raya puasa je. Maknanya setahun sekali je la dapat makan rendang ni. Yang jadi rajin tu sebab anak bujang yang sulung ni request nak makan. Tu la rajin nak buat.

Yang kuih seri muka tu pulak first trial. Tapi lembek sikit. Resepi dari encik google je. Rasanya boleh tahan. Tapi kuih talam talam ni kalau makan banyak banyak jadi muak kan.