Hari ni mood entah ke mana
mana taknye
pagi pagi pukul 6.30 anak yang no 2 tu buat hal
menangis nangis nak mandi air panas tak mau mandi air sejuk
bila suruh mandi kat bilik air yang ada air panas tak nak pulak
dok menangis la buat perangai terjerit jerit
aduhai
nak marah pagi pagi pun kesian
tapi berangin la jugak
dengan nak bersiap nak pi keje lagi
haru betul la
anak korang ada tak yang macam tu
yang semalam pulak si kakak
dah la pi mengaji lambat sebab ai pose semalam
lepas bukak pose dalam pukul 8.15 baru hantar dorang pi mengaji
selalu hantar dorang dalam pukul 8
balik dari mengaji nak beli barang barang seni la pulak
terpaksa la pulak keluar pi kedai stationary malam malam
nak cari kertas warna la bagai
bila dah sampai kedai stationery tu
bukan setakat kertas warna
macam macam la pulak dia shopping
memang kaki shopping betul
tak peduli la ai ni ada duit ke tidak
asalkan dia dapat apa yang dia nak
sekali beli barang seni melayang RM50 tau
tiap tiap minggu macam tu
tak hangin ke nko satu badan
balik dar kedai pun dah pukul 10.00
mengadap jem lagi sebab ada pasar malam
dah balik rumah tu nak suruh kita tolong dia buat keje sekolah pulak
gunting gunting kertas tampal tampal bagai
tak dan nak tolong dia ai dah lena di ulit intan
kesian jugak tapi nak buat macam mana
benda dah berlalu
kan seronok kalau jadi wanita zaman zaman dulu
buat keje rumah je
tak payah pikir benda lain
wanita sekarang dah la kena keje cari pendapatan sendiri
ditambah lagi dengan keje keje yang patutnya dipikul oleh lelaki
memang la memenatkan
Psst :
mana la den tak berangin selalu.
kat opis keje, kat rumah pun keje.
Penat tau.
Bukan nak mengungkit, sekadar meluahkan perasaan je