Monday, April 28, 2014

Muka bengkak. Mata bengkak

Semalam masa cuci kete lepak bawah pokok sementara nak habis. Hantar kat kedai je pun. Tetiba rasa gatal gatal kat muka. Pastu mata jadi bengkak. Seluruh muka pun bengkak bengkak. Balik rumah dari cuci kete tu saya telan ubat gatal je sebab dah tak tahan sangat.

Pagi ni datang jugak ke opis dengan muka dan mata yang bengkak. Hari jumaat ni saya apply cuti. Minggu ni keje sampai hari Rabu je la. Kalau Jumaat ni tak cuti memang hari ni tak datang keje dah. Cuti banyak banyak nanti dapat pulak warning email daripada boss.

Malu la pulak nak tepek gambar kat sini. Korang bayangkan aje la macam mana rupa saya yang bengkak sana sini tu. Malam ni baru nak pi klinik kot.

Korang sambung cuti tak hari jumaat ni? Nak jalan jalan pi mana tu? Jangan lupa bawa balik oley oley tau.


Nampak tak mata saya yang bengkak tu. Tu baru mata. Kat muka muka pun hbis bengkak jugak. Esok mungkin ke klinik dulu sebelum masuk opis. Mungkin kena ambik ubat surutkan bengkak tu.

Sunday, April 27, 2014

Sukan Tadika Little Caliphs


Lega bila sukan ni dah berakhir. Kalau tidak saya yang tak lena tido sebab kena drive sensorang nak ke Taman Layang Layang (TLL) Kepong tu. Tak pernah sampai kesana lagi even dekat dengan rumah. Ni la first time sampai sana. Sampai awal pagi pukul 7.30 pun parking dah takde. Terpaksa parking kat bahu bahu jalan. Best jugak TLL Kepong ni. Next time boleh pegi sana lagi bawa anak anak beriadah.

Sukan ni start pukul 9.00 pagi dan tamat pukul 10.30 pagi. Senang hati sebab habis awal. Boleh balik rumah dan buat apa yang patut.


Ada 4 center yang involved masa sukan tu iaitu Little Caliph Wangsa Maju, Little Caliph Damansara Damai dan Little Caliph Sungai Buloh. Masing masing ada kaler tema masing masing dan tema sukan untuk kali ni ialah Go Green Muslim. Bahan bahan yang digunakan untuk sukan kali ni berdasarkan bahan bahan yang terpakai. Apa apa peralatan yang dibuat untuk sukan ni adalah dengan menggunakan bahan bahan buangan yang dah terpakai.

Kagum dengan cikgu cikgu yang bertungkus lumus menyediakan segala peralatan. Bukan senang nak buat sesuatu event tu berjaya kan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Saturday, April 26, 2014

Baju raya lagi

Tadi encik hubby beli kain ela untuk buat baju raya. Kaler hijau tu untuk baju melayu untuk encik hubby dan anak anak. Kain yang bunga bunga tu of kos la tuan permaisuri yang punya. Baju melayu tu dah siap tempah sekali dengan anak anak. Kalau beli yang dah siap kainnya kurang berkualiti. Maka dengan itu saya rela beli kain dan tempah sahaja. Baru puas hati. 

Friday, April 25, 2014

Cantik tak


Lunch time tadi pegi Jakel. Memang tak de planning pun nak beli apa apa. Sekadar nak jenjalan cuci mata. Tapi bila sampai kat jakel ternmpak pulak kain kaler biru yang cantik tu. Pikir punya pikir terbeli la pulak. Harganya rm17 semeter.

Lepas tu ada pula pick hour. Terbeli pulak kain yang kaler pink tu. Harga asal rm100 lebih. Lepas pick hour dapat rm50 untuk sepasang.

Sebenarnya tak suka sangat nak pegi jakel ni. Sebab sales girl dia kan suke je ikut mana kita pegi. Rimas la. Lagi satu sebab jakel tu crowded sangat dengan manusia. Murah sangat ke kain  kat jakel tu. Cam tipu harga pun ada jugak kan. Kadang kadang rasa kain tu murah je tapi dijual dengan harga mahal.

Nak tempah bila kain yang baru beli ni ntah la. Baru je minggu lepas tempah baju raya. Duduk gombak tapi tempah kat Segambut. Kat gombak tak tau nak tempah kat mana yang menarik. Tak biasa.

Wednesday, April 23, 2014

Kepala ting tong

Hari ni tak nak lunch. Nak lepak lepak je dalam surau sambil sambil blogwalking. Pagi tadi pukul 10.40 pagi lepas habis meeting terus belasah mee goreng. Lapar giler siut walaupun dalam meeting tu ada makanan tapi dapat makan kat meja sendiri lagi sedap. Tak payah nak control control.

Kepala tengah ting tong mengadap pc. Rasa cam nak terkeluar biji mata dah. Nak buat minit mesyuarat pengarah. Mesyuarat tu dah seminggu yang lalu. Baru hari ni nak mengarang ayat. Aduh jenuh. Jom tolong.

Monday, April 21, 2014

Lukis batik

Kalau anak anak korang mintak tolong lukis kan batik, korang tolong tak? Nabila suruh saya lukiskan batik untuk subjek seni lukis. Tapi saya suruh dia lukis sendiri. Dia kata lukisan dia tak cantik. Memang la tak cantik mula mula. Tapi kalau dah selalu praktis lukisan tu akan jadi cantik la.

Nabila ni memang suka suruh saya tolong dia dalam segala benda. Tapi selalunya saya akan suruh dia buat sendiri sebab saya nak dia berusaha buat sesuatu tu sendiri. Kalau kita asyik tolong dia sampai bila nak maju kan. Tapi kalau yang anak lelaki ni memang la tak boleh kalau tak tolong. Kalau kita tak buat memang tak buat la jawapnya. Dia buat noheng je. Takde kesungguhan.


Wednesday, April 16, 2014

Semalam punya cerita

Kisah semalam yang kena naik tangga dari ground floor ke tingkat 13. Mak ai. Cam nak tercabut kepala lutut dan nyawa bagai. Ni semua gara gara lif rosak pagi pagi buta. Dah cun sampai before opis hour. Tup tup tengok ramai member opis melepak kat bawah. Ingatkan kebakaran ke apa.

Dah la semalam ada meeting Pengarah. Tak semena mena kena escort Tan Sri panjat tangga ke tingkat 13 tu. Dia rileks je. Kita yang termengah mengah. Dalam hati Tan Sri pi la jalan dulu. Tapi jangan harap la. Selagi kita tak panjat tangga tu dia pun duduk situ jugak. DAh la bawa banyak barang. Dengan jajannya dengan jeruknya dengan handbegnya. Siap Tan Sri tu pulak yang offer diri nak bawa beg saya tu. Owh tidak.

Sampai je kat tingkat 13 tu tengok bos tengah tunggu Tan Sri. Saya terus blah masuk opis. Tak larat dah nak cakap apa apa. Sampai je tempat duduk rasa nak pitam. Nasib baik ada kipas yang comel yang boleh pasang through komputer tu. Baru la lega. Sampai ke hari ni lenguh kaki tu masih terasa. Maklum la orang jarang exercise.

Tuesday, April 15, 2014

Shopping buah tangan

Nak beli tapi tak de saiz untuk saya.


Rasanya ikan bilis kat sini agak mahal dari kat pasar kat rumah saya. 
Kalau kat tempat saya 100gm baru RM4.50.
Kat sana RM5.00. Atau mungkin jenis ikan bilis tak sama. 
Wallahualam.

Suka sangat dengan sotong bergula yang kaler merah tu. 
Kalau mengadap tu satu balang pun boleh habis tau.




Kat sini la tempat kami memborong buah tangan. Ownernya Melayu.
BAnyak jugak dia bagi diskaun.



Lepas balik dari Pangkor sempat lagi singgah shopping buah tangan untuk keluarga dan kawan kawan. Kedai ni pun terletak berdekatan dengan hotel kami. Harganya agak berpatutan. Sampai penuh kete Encik hubby shopping. Dengan ikan bilisnya, sotong gula, satay ikan, ikan masin, udang kering dan lain lain. Pendek kata lain kali kalau datang sini kena bawak lori kut baru muat.
(Via blogger samsung)

Main pasir












Seronok budak budak ni dapat main pasir. Hari isnin pagi sebelum bertolak balik sempat singgah pantai jap semata mata nk main pasir. Lagipun pantai hanya kat depan hotel. Cuma jalan kaki nak ke pantai tu. Tak de orang mandi pun kat situ. Mungkin sebab semuanya lebih suka mandi kat kolam yang disediakan oleh hotel.
(Via blogger samsung)

Jalan jalan ke Pangkor
















Hari Ahad kami berjalan jalan ke Pangkor. Naik feri hanya setengah jam dari Lumut. Tambang pergi balik untuk dewasa ialah Rm10 manakala untuk kanak kanak RM5 sahaja. Dulu dulu masa zaman sekolah saya selalu datang ke Pangkor ni. Selalu camping kat sini. Anak anak seronok merasa naik feri. Saja nak bagi anak anak pengalaman yang baru.  Kami sampai ke Pangkor jam 12 tengah hari dan balik pukul 3.30 petang. Alhamdulillah tak hujan. Senang nak berjalan.

Nak tanya. Kalau nak bermalam kat Pangkor hotel mana yang best?

(Via blogger samsung)

Monday, April 14, 2014

Orient Star Lumut










Orang lain berjalan time cuti sekolah. Kami berjalan time sekolah. Leceh la kalau bercuti time cuti sekolah ni. Sesak. Harga barang pun mahal. 

Cek in 12hb april 2014. Kami bercuti selama 3 hari 2 malam. Cek out 14hb april 2014. Bermalam di Orient Star Lumut. Kedudukan hotel betul betul di pekan Lumut. Kalau nak naik feri ke Pulau Pangkor hanya boleh berjalan kaki sahaja dari hotel. Nak makan nak shopping barang barang laut pun boleh jalan kaki sahaja. Di sekeliling Orient Star ni macam macam ada. Kedai makan, tempat shopping dan kalau nak jalan jalan cuci mata pun boleh.

Harga hotel ni satu malam Rm255 including tax. Boleh request extra mattres dengan harga Rm35 atau extra bed dengan harga Rm55. Tapi kalau saya pergi bercuti semestinya kena bawak karpet, bantal kecik, selimut, extension plug dan seterika. Karpet pun bawak yang ringan je. Selimut pun bawak yang nipis je. Maklum la semua anak anak nak berkepit dengan ibu mana nak muat kalau nak tido atas katil semua. 

Friday, April 11, 2014

Dah dapat bayaran balik

Alhamdulillah dah dapat bayaran balik lebihan bayar cukai pendapatan. Boleh buat apa yang patut. Opis saya memang gila gila potong income tax ni. Kat bonus potong, kat increament potong, kat gaji pun potong. Dapat baki ciput je. Kalau dapat bonus lagi sakit hati. Nampak atas kertas je dapat banyak. Bila dah opis tolak income tax ni berapa je tinggal. Dalam claim balik lega.

Korang dah submit ke? Submit cepat cepat tau sebelum 30 April ni.

Thursday, April 10, 2014

Bila dh habis presentation

Mood lega bila dah selesai presentation. Lapang dada. Homework minggu ni kena berlakon the busy moment dan buat presentation. Apa yang saya buat masa presentation tu? Saya buat presentation tu cara cara membuat dadih. So saya angkut segala mak nenek untuk buat dadih dari rumah. Saya bawa dadih, susu cair dan bekas dadih. Air saya cilok dari opis. Sampai masa saya pun present dengan penuh bersemangat.
Tak sangka pulak presentation saya tu mendapat undian yang paling tinggi dalam mencari pemenang presentation pilihan. Saya dapat hadiah berupa pen yang ada cop Dale Canergie. Tak sia sia saya prepare apa yang patut saya prepare.

Wednesday, April 9, 2014

Shopping raya


Saya dah shopping baju raya anak anak hari sabtu lepas. Dah lengkap semuanya dari kasut sampai la ke baju. Cuma Nabila yang masih belum lengkap. Anak perempuan lah katakan. Nak beli pakaian kena ikut taste sendiri. Kalau ibu dan ayah yang belikan memang dia tak akan pakai la. Budak budak zaman sekarang kan. Kalau zaman saya dulu pakai je apa yang mak ayah belikan.

Anak anak saya pilih kasut yang beroda untuk pakai raya kali ni. Saya pun goggle la kat mana ada jual kasut beroda ni dan akhirnya dapat jugak. Tapi masalahnya sekarang kasut raya dorang tu dah digunakan untuk praktis pulak kat rumah. Macam mana nak pakai raya nanti. Siang malam dok praktis. Tu la budak budak kan bukan reti nak simpan raya ke hapa. Apa yang ada sume nak belasah sekarang.

Training kat opis - Dale Canergie Course

Sape pernah attend Dale Canergie Course. Tujuan training ni diadakan adalah untuk membina keyakinan diri apabila bercakap dihadapan orang ramai.
Setelah 6 tahun keje kat sini akhirnya kena gak attend training ni. Memang setiap staff kat sini dikalangan eksekutif wajib attend training ni. Training ni diadakan setiap hari khamis pada setiap minggu bulan April ni. Maka bulan April ni bagi saya tak menarik sebab banyak homework bila attend training ni.
Salah satu homework yang kena buat ialah kena prepare untuk presentation esok. Siap kena bawak peralatan bagai. Tujuan homework tersebut adalah untuk belajar bagaimana cara yang betul untuk memberi arahan supaya orang tu faham. Nanti saya cerita ye apa yang berlaku lepas presentation tu esok dan apa yang saya buat untuk presentation tu. Doakan saya berjaya tau.

{Mood malu sebenarnya nak buat presentation tu. Rasa tak nak join kelas tu esok. Tapi kalau skipp class maknanya saya kena repeat balik nanti. Nak tak nak memang kena join jugak}.




Kemain banyak dapat buku. Hambik ko. Baca la sampai pengsan.

Dah dapat dah


Puas la menggoggle mana nak beli biskut ni. Akhirnya dapat jugak. Tu pun kawan yang belikan. Harganya RM12. Ada jugak yang jual RM18. Dengar kata harga asal hanya RM8 sahaja.


Cheese powder ni pun dapat beli jugak akhirnya. Dok google. Dok message orang yang jual serbuk ni tapi tak reply. Akhirnya dapat kat kedai bakeri dekat dekat rumah je. Tak payah nak bayar kos pos bagai. Kalau beli online 200gm RM12. Plus dengan kos pos RM6.

Serbuk ni adalah serbuk yang nak buat sos cheezy wedges yang kaler kuning tu. Si Nabila la request beli tepung ni. Mana dia tahu entah lah. Anak dara ku itu memang advance dari ibunya. Rasanya sedap. Sebijik cam kat kfc tu. 100gm baru RM5.90. Berbaloi sangat. Beli wedges goreng sendiri pastu bubuh sos ni. Memang licin lah pinggan. Nak buat sos ni pun senang sangat. Hanya bancuh dengan air panas je. Pastu dah siap. Mudahkan. So boleh la anak anak bawak bekal cheezy wedges ke sekolah.

Monday, April 7, 2014

Penangan Captain America








Penangan CA. Mula mula dah beli piring CA yang kaler merah tu dengan teropong hari Jumaat lepas. Tapi danial nak jugak piring yang biasa kaler biru tu. So hari sabtu keluar pulak pi beli piring yang kaler biru tu. Dh sampai sana bukan dapat piring je tapi dia dok aim jugak topeng CA. Akhirnya lengkap la koleksi CA dia dari kepala sampai la ke kasut.

Chocolate oat choco




Sape tau biskut ni ada jual kat mana dan berapa harganya. Ada yang kata rm8. Ada jugak yang kata rm13 ke rm15. 

Sekarang memang hot kan biskut ni. Saya pun baru dapat sepeket dari kawan hubby. Tapi dia jual rm18. So kalau boleh mesti la nak cari yang murah dulu. Dengar kata biskut ni banyak kat kelantan.

Rasa biskut ni sedap. Rasa manis manis dan rasa nestum. Rasanya agak keras kalau compare dengan biskut biasa sebab bentuknya agak tebal. Tapi kalau dah rasa mesti nak lagi.

Wednesday, April 2, 2014

Van sekolah


Geram dengan van sekolah ni tau. Macam ni citer dia. Nabila pegi sekolah pagi petang naik van. Tapi pagi saya hantar dia pegi sekolah sebab van tu ambik lambat. Tengah hari dia balik naik van la. Pegi sekolah agama pun dia naik van jugak. Tapi balik dia balik dengan ustazah sebab van tu lambat ambik. Balik dari sekolah agama pun dia sorang je yang tunggu van tu. Orang lain ada yang balik jalan kaki sebab malas nak tunggu. Lambat sangat. So bulan ni saya decide nak bayar separuh je la duit van tu. Kalau dulu saya bayar RM100. Tapi start bulan ni saya nak bayar cuma RM60 je. Bila driver van tu tahu yang saya nak bayar separuh je, mengamuk la driver van tu kat nabila. Dia cakap kalau nak bayar separuh baik tak payah naik langsung. Geram pulak saya dengar. Dah la saya bayar awal tiap tiap bulan. Tu pun kalau cuti sekolah pun saya bayar penuh. Sampai la bulan November tau. 

Sekarang ni saya tak tau nak buat macam mana. Ayah nabila haruslah tak nak ambik tahu benda benda remeh macam ni. Dia kata bayar je la. Kalau naik van lain pulak budak budak selalu kena tinggal kalau lambat time balik sekolah. Nak tanya korang Van sekolah memang caj macam tu ke.

Nak hantar nak ambik susah la pulak sebab opis jauh dengan tempat keje. Kalau dekat memang ambik dan hantar sendiri je.